Setelah membersihkan luka yang terdapat di wajah Luke, Tiara menuam pula ais pada bawah bibir Luke.
" Aku mintak maaf. " ucap Luke.
Sebelah kening Tiara ternaik. Maaf?
" Kenapa nak mintak maaf pula? " tanya Tiara.
Sesekali dia menekan kuat ais itu pada lebam yang terdapat dibawah bibir.
" Auch! Sakitlah! " Luke memegang kuat tangan Tiara.
Matanya tajam menikam mata Tiara.
Tiara menelan air liur. Gugup pula.
" Aku mintak maaf sebab marah kau haritu. Aku tak sengaja. " kata Luke namun matanya masih memandang mata Tiara.
Tiara menarik tangannya perlahan-lahan. Ais yang ada ditangan kembali dituam dengan lebih kuat daripada tadi.
" Aduh Tiara sakit..."
" Balasan! " Tiara mengetap gigi kuat.
" Maaf diterima. Nah, buat sendiri. " Tiara mula meninggalkan Luke sendirian diruang rehat.
" Garang.. " Luke tersenyum sambil menuam ais.
Karl dan Jack duduk diruang menunggu. Masing-masing menunggu doktor yang merawat Elinna.
" Kalau jadi apa-apa dekat dia, sumpah aku bunuh kau. " ujar Jack dingin.
Karl hanya diam. Malas nak layan perangai beruk Jack.
" Kau dengar tak?! Lepas kena belasah terus pekak ke? " Jack tayang muka tak puas hati.
" Aku takde mood. Baik kau diam sebelum aku sumbat kepala kau dalam lubang jamban. " kata Karl tenang.
" Aku tak heran. " balas Jack berani.
" Aku harap lepasni kau dah boleh kot jauhkan diri kau dari El. " Jack berkata lagi.
" Apasal pula? " ujar Karl menahan geram.
" Kau tak sedar lagi ke? Sejak kau rapat dengan El, kau dah letakkan diri dia dalam bahaya. Nak tunggu El mati macam Ris baru kau nak menyesal ke? " terang Jack.
" Kematian Ris tak ada kena mengena dengan aku! Berapa kali aku nak terangkan situasi yang sebenar?! Dari dulu lagi kau tuduh aku punca Ris mati! Apa masalah kau sebenarnya?! " Karl melepaskan apa yang sudah lama terpendam.
" Aku nampak dengan mata kepala aku sendiri. Nak nafikan lagi? Sudahlah.. Kau dengan Firdaus sama je. Dua-dua punca kematian Ris! " luah Jack lalu beredar.
Namun setelah beberapa langkah, Jack berhenti.
" Jauhkan diri kau dari Elinna. Aku tak nak orang yang aku sayang mati macam Ris. " kata Jack lalu meninggalkan Karl seorang diri.
" Arghh!!! " Karl menumbuk kuat dinding hospital.
Felix termenung memandang hujan yang turun dengan lebat.
Dia tersenyum sendirian apabila teringatkan satu-satu kawan yang sangat memahami dirinya.
Arisa. Dia amat sukakan hujan.
" Eh Fel, hujan lah! Jom buat apa yang sepatutnya kita buat. " ajak Arisa.
" Serious lah. Aku penatlah Ris. " Felix menayang muka penat.
" Main game je penat apa kau ni. " balas Arisa kemudian menarik tangan Felix ke luar rumah.
Arisa mula menari sambil menyanyi. Bukan menyanyi tapi lebih kepada menjerit.
" Sumpah suara kau tak sedap! Lebih baik kau stop menyanyi. Suara macam katak. " kata Felix.
" Ah! Peduli apa aku. Nanti suara katak ni lah yang kau rindu! " jerit Arisa kuat ditelinga Felix.
" Bluekk!! Nak muntah aku.Tak akan terjadi dan tak akan pernah terjadi! " balas Felix.
Felix mengeluh panjang.
" Aku rindukan suara katak kau Ris. Maaf sebab tak sempat selamatkan kau. "
" Satu je aku mintak. Bila aku dah takde nanti, aku nak kau bagitau Karl yang aku cintakan dia. " pinta Arisa.
Felix hanya terdiam.
Macam mana aku nak bagitau kalau aku sendiri pun cintakan kau. Aku tak sanggup.
" Maaf juga sebab tak boleh tunaikan permintaan terakhir kau. Aku tak sanggup. Aku perlukan masa."
Written by Cikl0li
31 Aug 2019
YOU ARE READING
PROTECT HER
Teen Fiction[ UNEDITED ] ⚠SILA BACA IKUT SUSUNAN BAB. TQ⚠ " You're my responsibility, so by hook or by crook I have to protect you. Clear? " - Karl. Beku. Dingin. Itulah sisi kehidupan Karl. Namun apabila disamping Elinna Rose dia bertukar kepada protector guy...