Elinna menyaing langkah Tiara menuju ke kafe sekolah. Tiara dari tadi tak habis-habis mengomel.
" Mulut kau ni dari tadi non-stop. Pening kepala aku dengar kau membebel. " kata Elinna geram.
" Aku bukan sengaja nak membebel. Tapi aku geram dengan Luke. Ada ke patut dia tak bagi aku dekat dengan budak-budak basketball. Dia siapa? Nak kata abang aku bukan. Boyfriend aku lagi lah bukan. Dia ingat ak- "
Elinna menyiku Tiara dan serta-merta omelannya terhenti.
" Kau mengata aku ke? " suara garau milik Luke menerjah.
Tiara ternganga. Bila masa dia dekat sini?
Mampus aku!
" Bila masa pulak? Memandai je kau ni. " Tiara cuba berdalih.
" Aku belum pekak lagi. "
" Eh- " kata-kata Tiara dipotong.
" Aku malas nak bergaduh dengan kau Tiara.... "
" Korang ni, asal jumpa je bergaduh. Tak penat ke? " tanya Elinna.
"Tak!! " jawab mereka serentak.
" Kalau macam ni lah, lebih baik korang bercinta. Mana tau kan, takde gaduh-gaduh lagi. Aku pun tak pening kepala . " kata Elinna seakan gurau.
" Ok then . " Balas Luke selamba.
" Wait! What? " Tiara seakan tidak percaya.
" Aku dah ada boyfriend lah! " jelas Tiara.
" Bila masa pulak? " soal Luke dan Elinna serentak.
" Siapa boyfriend kau? " soal Luke tak puas hati.
Tiara mengeluarkan cermin kecil dipoketnya lalu cermin itu disuakan pada Luke.
Berkerut dahi Luke sebelum dia mengukir senyuman sinis.
" Huh! So dah offical la ni? " tanya Elinna.
Luke dan Tiara saling berpandangan lalu tersengih.
" Macam aku je yang single sekarang ni. " kata Elinna.
" Eleh! Karl kan ada! " Tanpa berfikir, Tiara terus berkata-kata.
"Woi!" Bisik Luke lalu menyiku lengan Tiara.
Elinna seakan terdiam lalu perlahan-lahan mengukir senyuman.
" Sampai sekarang aku tak tau kenapa dia pergi macam tu je. Atleast , cakap lah selamat tinggal. But... takpe lah mungkin aku bukan sesiapa dalam hidup dia. " ujar Elinna menahan sebak.
Luke berasa serba salah. Patut ke bagitau perkara sebenar?
" Jangan sedih-sedih. Jack kan ada! Ye tak Luke? " Tiara cuba memeriahkan suasana dengan gelak tawanya.
Luke hanya tersenyum kecil.
'I miss you bro.'
Meja bar itu di dekati Jack. Kelihatan Ben sibuk menelan rakus air beralkohol itu. Tanpa amaran, Jack memberi tumbukan padu pada wajah Ben.
Orang ramai didalam kelab malam itu memerhati pertengkaran mereka.
" Kau kenapa bro! Sakit eh? " ujar Ben dalam keadaan mamai.
" Memang aku sakit! Aku sakit bila ada kawan tikam belakang macam kau! " jerit Jack lantang lalu menumbuk perut Ben.
Ben terbatuk-batuk menahan kesakitan.
" Kau memang gila! Karl yang tikam belakang kau bukan aku! " balas Ben lalu menolak kuat dada Jack.
" Sampai bila nak tutup kesalahan sendiri? Sampai bila?! Kau dah buat hidup aku huru-hara. Kau bunuh Arisa! Kau jadikan Karl kambing hitam kau! Kau memang nak mampus!" luah Jack lalu bertubi-tubi tumbukan dilepaskan pada muka Ben yang tak berapa nak kacak.
Ben tertawa sinis.
" Ye! Ni semua plan aku dengan Daus! Memang aku yang bunuh perempuan tu. Asal? Tak puas hati? Sini lah! Kau panggil semua budak-budak kau datang pukul aku! Aku tak goyang lah!" angkuh Ben .
Dengan mulutnya berdarah-darah dia meneguk beer.
" Aku bukan jenis macam tu. Kau tunggu polis jemput kau. Aku cau dulu. " kata Jack lalu mengangkat handphone.
Segala percakapan Ben telah dia rekod sebagai bahan bukti.
Ben terkedu. Dia seakan tersedar dengan apa terjadi.
Dia memandang sekeliling. Semua mata melihatnya dengan pandangan sinis.
"Sial! " Ben berlari keluar daripada kelab malam itu.
Semuanya telah terbongkar. Dia harus pergi dari sini .
' Tapi ada satu lagi rahsia besar yang korang tak tau. ' bisik hati Ben lalu tersenyum sinis.
Written by Cikl0li
19 March 2020
YOU ARE READING
PROTECT HER
Teen Fiction[ UNEDITED ] ⚠SILA BACA IKUT SUSUNAN BAB. TQ⚠ " You're my responsibility, so by hook or by crook I have to protect you. Clear? " - Karl. Beku. Dingin. Itulah sisi kehidupan Karl. Namun apabila disamping Elinna Rose dia bertukar kepada protector guy...