Chapter 4: Siyan

129 12 0
                                    

Aku berdiri di suatu tempat yang dipenuhi kabus yang tebal. Aku seolah-olah berada di sebuah tempat yang terperangkap dengan kabus. Namun, kabus itu mula menghilang. Sedikit demi sedikit kabus itu menghilang. Setelah kabus menghilang, aku melihat seorang lelaki dan seorang perempuan sedang bertengkar antara satu sama lain. "Li Sheng, izinkan aku pergi. Aku tidak boleh melihat manusia terus hancur. Aku harus menyelamatkan mereka." Rayu wanita itu. Dari jauh, aku tidak dapat mengenali wanita tersebut. Namun, apabila aku memerhati wanita itu, aku mengetahui wanita tersebut ialah Crystal Jade Eyes Dragon.

"Aku tidak akan membiarkan kau ke sana. Aku tidak sanggup kehilangan kau, Siyan." Kata lelaki itu. Mendengar nama Siyan, aku mengingati kata-kata Scorpio. Jadi, nama sebenar Crystal Jade Eyes Dragon ialah Siyan. "Siyan, kau mengandung. Aku tidak boleh membiarkan kau pergi berperang." Kata lelaki itu lagi.

"Li Sheng, kenapa kau bersikap seperti ini? Kau merupakan salah seorang Calestial. Kau ialah Aquarius. Kau patut tahu masalah sekarang. Segalanya tidak pengakhiran. Jika aku tidak bertindak, manusia akan menjadi hamba kepada ahli sihir. Hidup manusia akan musnah." Siyan meninggikan suaranya.

Namun, Li Sheng menggelengkan kepalanya. "Aku tahu kau menyayangi manusia tetapi kau juga harus ingat bahawa manusia tidak akan menyayangi kau seperti aku." Kata Li Sheng.

Selepas Li Sheng berkata begitu, kemarahan terpancar di mata Siyan. Siyan menolak Li Sheng dan berlari untuk keluar dari kawasan istana. Namun, Li Sheng menghalang Siyan. "Aku tidak peduli apa pun yang kau katakan. aku tidak boleh membiarkan manusia terus mati. Aku harus menghentikan semua ini." Tegas Siyan.

Li Sheng mengeluarkan pedangnya. "Jika kau ingin pergi, langkah mayat aku dahulu." Cabar Li Sheng. Siyan yang tidak takut dan juga nekad melakukan keinginannya telah memilih untuk berlawan dengan Li Sheng. Pergaduhan mereka dipenuhi dengan aura memilukan. Aku boleh merasakan tangisan di dalam hati Siyan. Dia tahu yang dia salah tetapi dia percaya yang dia pasti berjaya menyelamatkan manusia dan kembali hidup bersama suaminya. Namun, semuanya tidak seperti yang dia jangka. Semasa dalam pergaduhan itu, Siyan tidak sengaja menikam perut Li Sheng. Air mata Li Sheng mengalir dan tubuhnya rebah di dalam dakapan Siyan. "Nampaknya hati kau lebih mulia, Siyan. Walaupun aku dilahirkan di dalam keluarga berhati mulia, malangnya aku tidak sanggup berkorban untuk manusia. Aku lebih memilih keluarga aku daripada manusia. Tetapi kau lain. Kau lebih memilih manusia daripada cinta kau. Namun, aku gembira kerana aku akan mati dahulu. Sekurang-kurangnya, aku mati di dalam dakapan kau. Aku tidak sanggup menempuh hidup aku tanpa kau, Siyan." Kata Li Sheng sebelum memejamkan matanya.

Siyan menangis di hadapan jasad Li Sheng. Pada masa itu, Siyan kehilangan arah dan harapan. Bagi Siyan kehilangan suaminya telah mematikan seluruh jiwanya. Di dalam tangisan, Calestial King dan Demon King hadir. Calestial King memberi cadangan kepada Demon King untuk menghentikan rancangan ini. Siyan tahu rancangan itu amat berisiko dan enggan diterima oleh Demon King. Namun, Siyan merayu kepada Demon King agar dia terlibat di dalam rancangan itu. Demon King boleh merasakan hati Siyan yang kosong dan tiada harapan. Oleh itu, Demon King terpaksa menurut permintaan Siyan walaupun hatinya sakit. Manakala Siyan pula percaya yang dia akan bersatu dengan Li Sheng di alam lain. Pengorbanan Siyan dan dua belas Calestial berjaya menghentikan kekejaman antara manusia dan ahli sihir. Malangnya, keputusan yang adil bagi Siyan menjadi tidak adil kepada sebelas Calestial yang lain. Mereka merasakan yang diri mereka dikorbankan. Namun begitu, ada sebahagian Calestial menerima bahawa pengorbanan ini untuk kedamaian buat semua makhluk.

Selepas menyaksikan semua itu, aku merasakan air mata ku membasahi pipi. Aku tersedar dari pengsan ku. Aku melihat Yuri, Alex dan atuk berada di samping ku. "Kau menangis semasa kau pengsan." Kata Yuri.

Aku meletakkan tangan ku di atas mata ku kerana aku ingin menyembunyikan tangisan ku. "Sungguh tragis. Aku tidak faham. Kenapa Siyan sanggup berkorban untuk manusia? Dia tidak sepatutnya berkorban sebegitu rupa kepada manusia. Disebabkan keinginan dia untuk menyelamatkan manusia, dia sanggup melakukan hal itu kepada Li Sheng." Kataku sambil menangis.

Starry Night: Dream MeWhere stories live. Discover now