Chapter 32: Kasih Sayang

61 2 0
                                    

Aku membawa Larry kembali ke istana di Demon Realm. Aku menunjukkan Larry kepada Demon King. Demon King melihat Larry. Kemudian, Demon King menemani Larry manakala aku pula menemui Zero. "Adakah kau memaafkan Lancel?" Soal Zero.

"Rancangan kita gagal. Lancel mengetahui yang aku bukan hilang ingatan." Kata ku. Zero terdiam. "Tak berapa lama lagi, Celestial King akan mengetahui identiti aku. Ye Rin yang hilang selama ini tidak mati tetapi menjadi puteri di Demon Realm." Kata ku lagi.

"Jika begitu, aku akan mengambil alih semua rancangan peperangan. Kau hanya tunggu sahaja." Kata Zero. Aku memandang Zero dengan serius sekali. "Maafkan aku, Rin. Aku percaya pada kemampuan kau. tetapi apabila Lancel masuk campur, aku tidak yakin yang kau boleh mengurus segalanya. Walau apa pun, aku tidak akan membiarkan kau tewas. Kita mempunyai latar belakang berlainan tetapi dendam kita sama. Kita mahu membalas perbuatan jahat Celestial King dan orang-orangnya." Kata Zero. Aku memandang Zero tanpa berkata apa-apa. "Aku melakukan semua ini untuk Mei Yue. Aku ingin keadilan untuk Mei Yue." Kata Zero. Aku boleh merasakan yang Zero masih berasa kesakitan terhadap kematian Mei Yue.

Selepas itu, Zero pergi meninggalkan aku. Apabila bayangan Zero hilang, aku pergi mengambil angin di tepi tasik yang berada di kebun berbunga di belakang istana. Semasa aku sedang berjalan di kebun itu, aku melihat Demon King sedang bercakap dengan Larry. Di sebalik pohon, aku mendengar perbualan Demon King dan juga Larry. "Larry, ibu kau bukan tidak mencintai bapa kau. ibu kau amat mencintai bapa kau tetapi kesalahan bapa kau amat menyakiti ibu kau. kesakitan yang ibu kau rasa membuatkan ibu kau memutuskan untuk meninggalkan kau dan bapa kau sebaik sahaja dia melahirkan kau." Kata Demon King.

"Moyang, boleh saya tahu kesakitan apakah yang moyang maksudkan?" Tanya Larry.

"Ibu kau dan bapa kau ditakdirkan bersama oleh Celestial King. Bapa kau mencintai ibu kau tetapi ibu kau tidak membalas cinta bapa kau. suatu hari, ibu kau pergi ke Pergunungan Kunlun dan belajar teknik peperangan. Semasa ibu kau menjadi anak didik di Pergunungan Kunlun, satu kuasa jahat telah menyerang Pergunungan Kunlun. Ibu kau ingin mempertahankan Pergunungan Kunlun. Jadi, dia melawan kuasa jahat tersebut. demi mengalahkan kuasa jahat itu, ibu kau terpaksa menggunakan seluruh kuasanya. Harga untuk mengalahkan kuasa jahat itu, dia bayar dengan memori dan kuasa magiknya. Selepas ibu kau menang menentang kuasa jahat itu, ibu kau hilang ingatan dan kuasanya. Ibu kau menjalani kehidupan sebagai seorang ahli sihir yang lemah. Pada masa itu, bapa kau mendekati ibu kau dan mereka jatuh cinta. Kebahagiaan mereka tiada batasan. Namun, kebahagiaan itu hilang apabila Celestial King memaksa bapa kau kembali ke Celestial Realm. Semasa ibu kau berada di Celestial Realm, orang-orang di Celestial Realm tidak melayan ibu kau dengan baik. Malah, ibu kau juga dihukum dengan kesalahan yang dia tidak pernah lakukan. Kesedihan yang melampau membuatkan ibu kau berputus asa untuk mempertahankan hubungannya dengan bapa kau. pada awalnya, ibu kau ingin membunuh diri dengan terjun ke dalam Xuexing Dong. Namun, nyawanya panjang. Semasa ibu kau terjun ke dalam Xuexing Dong, ibu kau menerima status Gao Shen. Ingatannya dan kuasanya kembali semula. Moyang menemuinya dalam keadaan cedera di taman ini. Semasa moyang menemuinya, moyang mendapati ibu kau kehilangan penglihatannya. Moyang merawatnya dan melihat memorinya. Moyang mendapati ibu kau mengalami penderitaan yang dia tidak dapat tanggungkan. Jadi, ibu kau pernah meminta moyang untuk menghapuskan segala ingatannya. Namun, moyang enggan melakukannya. Oleh sebab itu, ibu kau menyimpan dendam di dalam hatinya." Kata Demon King.

"Adakah papa menyakiti mama?" Soal Larry.

"Jika moyang memberi jawapan mengikut memori ibu kau, moyang tidak berasa yang bapa kau menyakiti ibu kau secara sengaja. Tetapi situasi pada masa itu membuatkan bapa kau terpaksa melukai ibu kau. pada pandangan ibu kau, bapa kau mengkhianatinya. Jadi, moyang harap kau memahami posisi bapa kau." Balas Demon King.

Larry terdiam. Kemudian, dia memberikan sebuah buku catatan kepada Demon King. "Jangan beritahu papa. Larry menemui buku ini di dalam bilik bacaan mama di istana Celestial. Saya membaca buku catatan ini. saya rasa mama lebih menderita daripada papa. Namun, saya tidak boleh berkata apa-apa kepada papa kerana saya melihat penderitaan papa menunggu mama dan juga perasaan bersalah papa kepada mama. Oleh sebab itu, saya mendiamkan diri." Kata Larry. Demon King menyusap rambut Larry. "Saya benci Xi Qin Lu. Dia mengambil mata mama. Jika saya ada kuasa, saya akan merampas mata itu." Kata Larry. Demon King terkejut apabila mendengar ayat itu. Demon King mengetahui mata ku hilang tetapi dia tidak tahu yang mata aku diberikan kepada Xi Qin Lu. "Papa yang mengambil mata mama dan memberikannya kepada Xi Qin Lu. Sekarang Xi Qin Lu cuba merampas posisi mama. Perempuan tua itu sangat tidak sedar diri." Kata Larry.

"Larry, mama ingin berbicara dengan moyang kau dulu. tunggu mama di bilik." Aku masuk campur sebaik sahaja Larry memberitahu tentang mata ku. Demon King terdiam. Aku boleh merasakan yang Demon King marah. Larry mengangguk lalu berjalan masuk ke dalam istana.

Selepas Larry masuk ke dalam istana, Demon King memandang aku dengan pandangan serius. "Atuk melihat kesakitan kau melalui memori kau tetapi atuk tidak menyangkakan yang Lancel sanggup mengambil mata kau dan memberikan mata itu kepada Xi Qin Lu. Oleh sebab itu, kau ingin membalas dendam kepada Celestial Realm?" Soal Demon King. Aku terdiam. "Jika begitu, atuk akan membantu kau membalas dendam. Namun, sebagai balasan untuk bantuan atuk, atuk enggan memulangkan Larry kepada Lancel." Kata Demon King.

"Tetapi Larry ialah anak Lancel." Ujur ku.

"Di sini atuk tidak membicarakan tentang keturunan atau waris. Atuk tidak ingin kau disakiti lagi, terutamanya sekali dari pihak Celestial Realm. Lelaki di Celestial Realm selalu gagal mempertahankan sesuatu hak mereka. Perkara ini boleh diselesaikan tetapi mereka tidak cukup tegas. Apabila sudah jadi begini, atuk fikir atuk bangga dengan bapa kau. demi kebahagiaan bersama wanita yang dia cintai, dia sanggup meninggalkan segalanya. Dia mempertahankan ibu kau sehingga ke penghujung nyawanya. Jika dia masih hidup, atuk tidak rasa yang dia gembira melihat kau mencintai lelaki dayus. Larry hak kau. kau harus mempertahankan dia." Kata Demon King.

"Mama, Larry mahu tinggal bersama mama. Di istana Celestial.... Tempat itu amat menakutkan. Di depan papa, semua perkara baik-baik berlaka. Di belakang papa, Xi Qin Lu selalu membuli saya. Saya ingin tinggal di sini." Kata Larry yang tiba-tiba lari ke arahku. Aku terdiam. Tangan ku menyusap rambut Larry tanpa berkata apa-apa. 

Starry Night: Dream MeWhere stories live. Discover now