Chapter 24: Gao Shen

55 3 0
                                    

Semasa aku terjun di dalam Xuexing Dong, aku merasakan yang diriku penuh dengan kesakitan. Aku merasakan aku hampir mati tetapi apabila aku membuka mata ku, aku boleh melihat. Aku terkejut. Adakah semua yang berlaku kepada aku hanya sekadar mimpi? Aku cuba bangun dari katil yang aku baring dan aku merasakan seluruh tubuh ku sakit. "Jangan bergerak. Kau cedera teruk. Nasiblah aku boleh merawat kau." Kata seorang lelaki yang memakai pakaian serba hitam. Apabila aku melihat lelaki itu, aku terus mengenalinya.

"Memori aku sudah kembali. Aku sudah ingat segalanya. Bagaimana saya boleh berada di sini, atuk?" Tanyaku sambil mata ku berair.

"Simbol di dahi kau hilang. Nampaknya bukan sekadar memori kau kembali tetapi kuasa kau juga kembali. Ye Rin, kau sekarang sudah mendapat status Gao Shen." Aku ketawa apabila Demon King berkata begitu. Pada masa yang sama, air mata aku mengalir.

"Mendapat status Gao Shen juga tiada gunanya. Sekarang aku tahu sebab Siyan sanggup meninggalkan Celestial Realm. Celestial Realm kelihatan indah di luar tetapi keji di dalam. Aku tidak boleh percaya yang mereka memegang kuasa baik. Namun, mendapat status Gao Shen ada baiknya. Aku boleh melihat semula." Kataku.

"Aku menemui kau di taman belakang istana ku. Kau cedea parah. Aku merawat semua luka kau. semasa aku merawat kau, aku mendapati kau kehilangan mata kau. Jadi, aku menggunakan kuasa ku untuk membangunkan mata jade kau. jika kau lihat di cermin, mata kau berwarna hijau di sebelah kiri dan biru di sebelah kanan. Mata itu milik Crystal Jade Eyes Dragon. Syukurlah kau selamat." Kata Demon King.

Di saat itu, air mata aku mengalir. Aku menangis kerana aku teringat memori perbuatan Lancel kepada aku. "Aku merasakan aku tersilap dalam pemilihan. Jika aku tidak menerima tawaran Yangzuo ke Kampung Qing Qiu, sudah tentu aku sudah lama berada di sini. Aku sepatutnya setia dengan hati aku. Dahulu aku menyatakan yang aku akan setia kepada Demon Realm tetapi niat itu berubah setelah aku berada di Kampung Qing Qiu. Mungkin ini satu hukuman kepada aku." Kataku sambil menangis.

"Memori kau amat menderita. Aku tidak akan menyoal kau. berehatlah. Aku akan menjaga kau di sini. Walaupun aku ialah Demon King tetapi aku tidak boleh mengabaikan darah daging aku. Kau ialah cucu aku dan juga Emo Gongzhu (Emo Gongzhu bermaksud Puteri Demon). Mustahil jika aku ingin mengabaikan kau. Memandangkan kau sudah berada di sini, aku akan tukar nama keluarga kau. Bapa kau memberikan nama kau Qu Ye Rin. Aku akan memanggil kau, Xiao Rin." Kata Demon King. Aku hanya mendiamkan diri. "Hari sudah lewat. Lebih baik kau berehat dulu." Kata Demon King lagi lalu keluar dari bilik ini.

Selepas Demon King keluar, aku merenung ke luar jendela. Aku melihat bulan mengambang. Memori aku dan Lancel mempunyai keindahan tetapi mempunyai penderitaan juga. Dalam soal ini, aku tidak boleh menyalahkan Lancel. Dia juga terpengaruh dengan kata-kata orang di sekelilingnya. Mungkin aku yang salah. Jika aku tidak berkahwin dengan Lancel, aku mungkin tidak akan menderita. Namun, pada masa itu memori aku hilang. Aku tidak mengetahui apa-apa. Jadi aku mempercayai semua yang dikatakan oleh Lancel. Inilah padah mempercayai kata-kata seseorang.

Lancel, walaupun memori aku sudah kembali tetapi hati aku masih mencintai kau. Syabas! Kau berjaya memiliki hati aku. Memandangkan kau sudah memiliki hati aku, kau mungkin menjadi lelaki terakhir yang aku cintai. Kau juga menjadi lelaki pertama yang ingin aku lupa. Mengenai anak kita, aku percaya kau akan menjaganya. Memori kesakitan yang kau berikan lebih menyakitkan daripada memori sebelum aku hilang ingatan. Kau membuat aku mengalami penderitaan yang mendalam. Memandangkan memori aku sudah kembali, aku mungkin tidak akan berdiam diri. Suatu hari, aku akan memastikan semua dosa yang kau dan juga Celestial Realm lakukan terbalas. Hutang mereka kepada aku akan dibayar satu demi satu. Xi Qin Lu, kau mungkin menang tetapi aku ingin melihat sejauh mana bibir kau akan tersenyum apabila kita berjumpa semula.

Untuk mengembalikan kekuatan fizikal ku, aku mengambil masa yang lama untuk sembuh. Setelah aku sembuh, aku menjalani latihan di bawah bimbingan tentera Demon King. Kekuatan aku menjadi lebih kukuh. Kelakuan ku tidak bersifat kewanitaan lagi. Aku bersifat lebih tegas. Reaksi wajah ku menjadi bengis dan tidak berhati perut. "Xiao Rin, kau masih mahu mengetahui peperangan ini?" Aku mengangguk apabila Demon King menyoal soalan itu.

"Aku akan menghapuskan semua puak-puak Victon. Aku tidak akan membiarkan mereka mencapai perkara yang mereka inginkan." Kataku.

"Kalau begitu, atuk harap kau berjaya. Xiao Rin, atuk rasa kau harus ke kawasan Celestial Realm juga. Kau harus melihat penjara yang kau bina untuk Victon. Atuk rasa penjara itu mungkin sudah lemah." Kata Demon King.

Aku terdiam seketika. "Aku akan pergi jika hari sudah lewat malam." Balasku. Demon King mengangguk. Tanpa aku berkata apa-apa, aku meninggalkan istana untuk menjalankan misi ku.

Semasa dalam perjalanan, Zero berkata, "Tubuh kau akan berbau darah lagi." Dalam banyak putera Celestial, hanya Zero yang berani berada di Demon Realm. Aku tersenyum. "Rin, anak kau sudah besar. Dia mula belajar membaca dan menulis." Kata Zero. Zero menjadi perisik untuk aku. Aku gembira mendengar berita tentang anak aku tetapi pada masa yang sama, aku tidak ingin mengetahui keadaannya kerana dia milik Lancel. Namun, mendengar keadaannya baik-baik sahaja, aku sudah cukup gembira.

Menurut Zero, Lancel mengalami tekanan selepas pemergian ku. Aku bersimpati kepadanya tetapi aku tidak ingin kembali ke sana. bagi aku, ini ialah pengajaran untuk Lancel. Biar dia menganggung penderitaan supaya dia tahu betapa deritanya aku semasa dia mengambil mata ku. semua kesalahan Lancel, aku boleh memaafkan kecuali mengambil penglihatan aku. Suatu hari, apabila aku cukup kuat, aku akan menghancurkan Celestial Realm. Pada masa itu, aku akan menuntut hutang aku. Mereka membuat hidup aku menderita. Maka, aku akan membuat mereka hidup menderita juga. 

Starry Night: Dream MeWhere stories live. Discover now