Beberapa hari kemudian selepas aku menghapuskan tentera kerajaan Xi di bahagian utara Demon Realm, aku menerima khabar yang Xi Qin Lu cuba memusnahkan Starry Night Guild kerana Spring Natural Sky Dragon, Irene tidak sependapat dengannya. Xi Qin Lu amat berani. Dia berani menyentuh Demon Realm. Dia juga berani menyentuh Starry Night Guild. Aku tidak menyangka yang dia begitu berani menyentuh semua benda yang aku hargai. "Aku sudah agak yang kau pasti berada di sini dan mabuk. Berhenti minum kerana itu tidak baik untuk kesihatan kau." Kata Zero. Semenjak aku kembali ke Demon Realm, Zero selalu berada di samping ku. Dia merupakan sahabat dan juga saudara kepada ku.
"Aku hanya mahu mengenangkan fikiran aku sebelum berperang esok pagi." Kataku sambil memegang cawan berisi Peach Wine.
Zero menrampas cawan itu dan dia meminum Peach Wine milik ku. "Rin, kau patut berehat." Kata Zero.
"Xi Qin Lu sangat berani. Dia berani menyentuh semua benda yang aku hargai. Perempuan itu berani membuat aku tersempit dan memaksa aku menjadi ganas. Aku akan memastikan perempuan itu akan menerima padah. Aku tidak akan memaafkan wanita itu." Kata ku kepada Zero.
"Rin, aku tertanya-tanya bagaimanakah perasaan kau? kau akan bermusuh dengan Celestial Realm. Hal itu akan membuatkan kau rengang dengan anak kau dan Lancel." Ujur Zero.
Apabila sebut pasal anak ku, aku terdiam. Aku berasa sedih jika aku mengingati anak yang aku lahir itu. Aku sebagai ibunya tidak boleh melihat dia membesar. Aku sebagai ibunya tidak dapat memeluknya. Namun, kelahirannya juga satu kesilapan kerana semasa aku melahirkannya, aku sedang menjalani ujian percubaan syurga untuk menjadi seorang Gao Shen. Dengan kata lain, aku dan Lancel ialah hanyalah sebuah hubungan percubaan. Jadi kelahirannya juga ialah sebahagian hubungan percubaan. "Anak itu terjadi semasa aku menjalani ujian percubaan syurga untuk menjadi Gao Shen. Adakah aku berhak menuntutnya setelah aku tamat ujian ini?" Soalku kepada Zero. Zero terdiam. "Anak itu milik Lancel. Jadi, dia ialah hal Lancel. Apabila aku meninggalkannya, aku mungkin tiada hak untuk mengambilnya walaupun aku ialah ibunya. Nasib anak itu sama dengan aku. Darah yang mengalir dalam tubuhnya berdarah syaitan dan Celestial. Tetapi kerana bapanya berketurunan Celestial, dia milik Celestial." Tambah ku. Zero tidak berkata apa-apa lalu mengangkat aku.
"Aku rasa kau perlu berehat." Kata Zero lalu menyihirkan aku agar aku dibuai mimpi.
Aku tersedar dari tidur ku apabila matahari terbit. Aku bangun dari tidur ku. Aku mendapati aku berada di dalam bilik ku. nampaknya, Zero yang membawa aku ke sini. Semalam, aku mabuk. Kepala aku masih sakit dan pening. "Kau sudah bangun. Baguslah." Kata Demon King yang masuk ke bilik ku secara tiba-tiba. Demon King menggunakan kuasanya untuk menyembuhkan sakit kepala ku. "Zero kata kau bersedih semalam. Jika kau bersedih, kau muncul diri kau ke Celestial Realm dan balas dendam secara langsung. Tidak perlu menanggung penderitaan seperti ini." Kata Demon King.
"Saya bukan agresif macam atuk." Jawabku.
"Sikap kau bercampur dua. Memang bagus. Sikap berdendam ialah sikap bapa kau dan sikap bersabar ialah sikap ibu kau. Kau mewarisi sikap dari kedua-dua ibu bapa kau." Ujur Demon King. Aku hanya diam. "Kau harus bersiap. Tentera sudah menunggu kehadiran kau. perlawanan ini kau harus memastikan yang kau menang. Atuk tidak menerima kekalahan." Tambah Demon King.
"Baiklah, atuk." Balasku kepada Demon King lalu berjalan masuk ke bilik mandi. Aku membersihkan diri ku. selepas membersihkan diri ku, aku memakai pakaian perang dan berangkat ke destinasi yang dituju.
Aku menggunakan strategik serangan hendap. Aku membiarkan musuh menyerang dahulu dan kami akan muncul sebagai hero di dalam medan perang itu. Seorang tentera ku disuruh untuk menyamar dan memberi isyarat kepada kami. Namun, rancangan aku tidak berjalan dengan lancar kerana Irene mengambil langkah yang lebih pantas. Apabila musuh tiba, Irene menggunakan kuasanya untuk menghapuskan musuh serta-merta. Namun, rancangan Irene ada bagusnya juga kerana musuh akan tertumpu padanya. Semasa musuh menyerang, aku melihat Yangzuo membantu Irene. Malangnya, Yangzuo tidak dapat mengalahkan musuh yang ramai.
YOU ARE READING
Starry Night: Dream Me
FantasyKagami Rin, seorang gadis yang menginginkan kehidupan biasa. Namun keinginan itu gagal dicapai kerana dia dilahirkan dengan kuasa. Kuasa yang ada pada dirinya itu telah menyebabkan dia disisir oleh masyarakat. Tahun demi tahun, Kagami Rin berusaha a...