Chapter 8: Suratan dan Kebetulan

75 8 0
                                    

Pejam celik pejam celik, lima bulan sudah berlalu. Aku dan Irene dilatih oleh Yangzuo sepanjang pengembaraan kami. Hari demi hari, aku belajar sesuatu yang baru. Gagal dan bangun semula sudah menjadi rutin hidup ku. Menangis dan berdiri semula juga menjadi sebahagian hidup ku. Kini, kekuatan aku sudah bertambah. Aku boleh mengawal kuasa aku dengan lebih stabil. Aku boleh mengimbangi stamina aku. Mata ku kini lebih pantas dalam mengesan serangan musuh. Namun, bayaran untuk mencapai semua itu, aku terpaksa melepaskan kehidupan artis yang mengekalkan kecantikan diri ku. Sekarang, aku sudah tidak begitu mengambil berat tentang kondisi diri ku. Tangan ku kasar. Tubuh ku berparut. Wajah ku kekeringan. Tona warna ku agak gelap dan rambut ku tidak selembut dulu. semasa aku menjadi artis, diri ku lebih cantik berbanding sekarang.

Setiap malam aku melihat perbezaan diri ku. Aku kecewa dengan perubahan diri ku tetapi aku tidak terdaya untuk melakukan apa-apa dengan perubahan itu. Kecantikan bukan alat untuk aku menjadi kuat. Aku rasa aku patut melupakan sahaja kecantikan ku. selagi semua ini tidak selesai, aku tidak akan boleh kembali kehidupan yang nyaman seperti dulu.

Di suatu pagi, di dalam hutan yang dipenuhi dengan pohon sakura, aku berlatih menstabilkan stamina ku. Aku juga berlatih menstabilkan penggunaan kuasa sihir ku. Selepas aku berlatih kestabilan tersebut, aku mula berlatih pedang ku. Teknik, strategik dan rancangan dalam penggunaan pedang dapat aku gambarkan semasa aku memegang pedang. Namun, semasa aku sedang berlatih, kestabilan aku hilang dan aku hampir jatuh. Aku bersedia untuk berasa sakit tetapi sesuatu telah menyelamatkan aku. Aku merasakan ada seseorang menggunakan kuasa sihirnya untuk menyelamatkan aku daripada terjatuh. Apabila aku berpijak di daratan, mata ku mencari si penyelamat itu.

Aku terkejut apabila aku nampak si penyelamat itu. Lancel? Bagaimana dia boleh berada di sini? "Kau di sini rupanya." Kata Lancel. Aku berdiri dan cuba mengelak daripada dirinya. Lancel menarik tangan aku untuk menghentikan langkah ku. "Selama tujuh bulan kau menghilangkan diri.... Tiada apa-apa kau hendak katakan?" Soal Lancel.

"Aku tidak berasa ingin menemui kau di sini. Apa-apa pun, terima kasih kerana menyelamatkan aku." Kataku.

"Aura kau sudah berubah. Kau sudah banyak berubah. Rin yang aku kenal bukan seperti ini." Ujur Lancel.

Aku memberi senyuman sinis kepada Lancel. "Rin yang dulu tidak akan mungkin kembali. Rin yang dulu lemah dan tidak boleh berbuat apa-apa. Semua perkara dia mengharapkan orang lain. Selalu mencari tempat untuk bergantung. Akibat kelemahannya itu, dia tidak boleh melindungi seseorang yang dia sayang. Orang yang dia sayang mati di hadapan matanya." Balasku.

"Tetapi itu bukan salah kau." Kata Lancel.

"Memang bukan salah aku. Tetapi seorang kawan yang menyatakan dirinya tidak salah kerana tidak dapat melindungi kawannya walaupun dia mempunyai kemampuan, itu lebih teruk daripada orang yang lemah dan tidak boleh melindungi kawannya kerana tiada kemampuan." Balasku kepada Lancel. Lancel terdiam. Aku tidak berkata apa-apa lagi lalu pergi meninggalkan Lancel. Lancel memandang aku dengan perasaan bersalah.

"Adakah kau rasa perbuatan kau itu betul? Kak Yuri amat merisaukan keadaan kau semasa kau meninggalkan dunia manusia. Kau menghilangkan diri tanpa berita. Kau pergi tanpa pesanan. Disebabkan kau juga kak Yuri sanggup datang ke sini. Adakah kau ingin mensia-siakan usaha mereka? Kalau kau tidak mahu fikir tentang aku atau orang lain di dunia manusia, tetapi aku mohon kau fikirlah tentang Kak Yuri." Tegas Lancel

Aku menggigit bibir ku menahan air mata. "Aku rasa bersalah kepada Kak Yuri tetapi aku tidak ingin membebankan dia. walaupun keputusan aku ini mungkin salah tetapi sekurang-kurangnya aku percaya yang perbuatan ku boleh mengubah sesuatu keadaan." Balasku. Lancel sekali lagi terdiam. Tanpa memandang Lancel buat kali terakhir, aku menghilangkan diri ku dengan kuasa sihir. Melarikan diri menggunakan kuasa sihir bukan sesuatu yang baik tetapi aku tidak ingin berbicara dengan Lancel lebih lanjut kerana aku takut kepada emosi ku. Aku takut jika aku tidak boleh mengawal emosi aku kelak.

Namun air mata ku mengalir apabila aku tiba di tempat berteduh aku dan Irene. Aku menangis di penjuru agar tiada sesiapa menyedari tangisan ku. Malangnya menyembunyikan tangisan lebih sukar daripada menyembunyikan sebuah rahsia. Walaupun kau cuba sedaya upaya menyembunyikan tangisan itu, tetapi bunyi tangisan itu tetap akan didengari. Irene yang baru melangkah masuk ke dalam ruang itu perasan bunyi tangisan ku. Irene tidak berkata apa-apa kepada aku. Dia hanya datang dan memeluk ku dari belakang seolah-olah dia tahu punca tangisan ku.

Pada keesokan harinya, Yangzuo memberitahu aku bahawa dunia kawasan utara akan diserang oleh sepasukan ahli sihir yang gila kuasa. Yangzuo berkata tempat itu ibarat kampung halamannya. Semasa dia kehilangan kuasa dan tiada arah tuju, orang-orang kampung itu telah membantunya. Jadi dia tidak ingin jika orang kampung itu disakiti. Oleh itu, dia ingin pergi ke kampung itu dan menghalang niat jahat ahli sihir berhaluan kiri itu. Aku dan Irene hanya setuju sahaja. Walaupun aku tidak memahami Yangzuo tetapi aku mengerti perasaan ingin melindungi seseorang yang kita sayang. Oleh kerana itu, aku bersetuju untuk bekerja bersama Yangzuo.

Jam 9 malam, Yangzuo, Irene dan aku serta beberapa penduduk kampung untuk berada di kawasan tinggi, iaitu tempat yang berupaya untuk melihat dari mana musuh menyerang. Kami tidak berada di satu tempat. Kami berada di tempat berlainan. Musuh yang kami berdepan untuk kali ini bukan calang-calang musuh. Musuh itu datang dari arah berlainan. Mereka melakukan serangan hendap. Nasib baik kami sudah berjaya membina tempat persembunyian untuk penduduk lain. Semasa musuh menyerang, Yangzuo dan juga Irene serta beberapa orang kampung terlibat. Peperangan menjadi sengit pada masa itu. Namun, aku tidak bergerak dari posisi ku. Aku tidak ingin bergerak dari posisi aku kerana aku ingin melihat strategik musuh. Seorang penduduk kampung mula terkorban. Keadaan menjadi semakin serius. Kemudian, aku melihat seorang lelaki bertopeng mulut serta berjubah hitam meninggalkan kawasan jagaannya dan masuk berperang di dalam medan perang. Bibir ku tersenyum.

Aku melepaskan letusan bunga api ke udara memberi isyarat agar semua sekutu ku berundur. Musuh berasa aneh kerana ramai sekutu ku mula berundur. Selepas aku memastikan semua sekutu ku berudur, aku memulakan serangan ku. "Ice Gate: Crystal shoot" seruan ku. Aku menyerang musuh ku dengan serangan Crystal Shoot. Serangan Crystal Shoot mungkin kelihatan tidak berbahaya tetapi tajam senjata itu lebih daripada ketajaman pisau cukur. Dengan serangan itu, beribu musuh mati. Seorang musuh berupaya untuk bergerak. Aku mendekati musuh itu dengan reaksi muka tanpa belas kasihan. Aku menikam pedang ku di sebelah musuh tersebut. Aku merenung mata musuh itu. Aku fikir aku ingin membunuhnya tetapi gerak hati ku menghalang ku.

"Crystal Jade Eyes Dragon...." Musuh tersebut menyebut nama ku. kemudian bibirnya tersenyum. "Walaupun kau dilahirkan semula, kau tetap kejam." Katanya.

"Jika dibandingkan dengan diri kau dan juga sekutu kau, aku tidaklah sekejam mana, Gemini." Kataku.

Dia ketawa. "Kau mengenali aku. Walaupun kau bukan Siyan tetapi aura kau lebih gelap daripada Siyan. Bunuhlah aku. Apa lagi yang kau tunggu?" Cabarnya.

Aku memandangnya. "Aku tidak akan membunuh kau. bunuh kau tiada kebaikan kepada aku. Jadi, aku akan memberi peluang untuk kau terus hidup." Kata ku lalu menyemburkan semua lukanya. Selepas lukanya sembur, aku berdiri di hadapannya. "Zitao, membunuh orang tidak bersalah demi kematian kau lebih teruk daripada dajjal. Jika kau ingin mati begitu cepat, kau sepatutnya mengambil nyawa kau dengan tangan kau sendiri. Kenapa kau harus mencetus peperangan untuk memenuhi keinginan kau? Kau menghasut orang dan menaikkan kemarahan orang lain. Peperangan tercetus. Semua orang mengharapkan kebaikan untuk kemenangan tetapi kau mengharapkan kematian di dalam peperangan. Adakah kau fikir mati di dalam peperangan merupakan satu kemuliaan? Mungkin mulia jika niat kau baik tetapi kematian itu akan menjadi celaka jika niat kau tidak betul." Balasku.

"Zitao, sudah lama aku mencari kau. Aku tidak sangka kau jadi begini setelah kita berpisah. Jika aku tahu kau akan jadi seperti ini, aku tidak akan meninggalkan kau." Tertiba Yangzuo muncul. Aku melihat Yangzuo. Yangzuo menghampiri Zitao dan membantunya untuk berdiri. "Zitao, ini ialah Crystal Jade Eyes Dragon, Kagami Rin." Yangzuo memperkenalkan aku. Aku hanya diam. "Zitao, Aquarius sudah dilahirkan semula. Aku masih belum bertemu dengan Aquarius tetapi aku berjanji kepada diri ku untuk mencarinya." Kata Yangzuo kepada Zitao. Aku terdiam.

Perlahan-lahan, aku berundur meninggalkan mereka. "Rin, kamu mahu pergi ke mana?" Soal Irene.

Tanpa menoleh melihat mereka, aku berkata "Aku akan kembali nanti." Balasku. Aku tahu yang Yangzuo cuba untuk menyatukan adik-beradik Calestial. Niat Yangzuo tidak salah. Aku yang salah dalam hal ini kerana aku tidak ingin Aquarius menjadi sebahagian ahli kumpulan ku. aku enggan bekerjasama dengan Aquarius. Aquarius menyimpan dendam kepada aku. Kemarahan dia tidak mungkin mudah dipadamkan. Tambahan pula, aku punca kematian bapanya. Oleh kerana dendam itu, aku berusaha untuk menjauhkan diri ku daripadanya. 

Starry Night: Dream MeWhere stories live. Discover now