Apabila Irene mendapat tahu rancangan Xi Qin Lu untuk menguasai dunia manusia, Irene membina satu rancangan dengan mengumpul putera Celestial yang keluar dari Celestial Realm. Irene juga berpakat dengan Yuri. Jika dilihat usaha Irene, Xi Qin Lu patut berasa takut. Namun, perkara yang Irene lakukan langsung tidak merisaukan Xi Qin Lu. Perkara ini berlaku kerana Xi Qin Lu terlalu yakin dengan kuasanya. Dia juga berjaya memanipulasikan Celestial King. Walau apa pun dia lakukan, semua orang di Celestial King akan mempercayainya. Dia amat hebat. Namun, dia lupa sesuatu. Aku juga mempunyai latar belakang yang sama dengan Lancel. Dengan kata lain, kuasa ku dan kuasa Lancel seimbang.
Tanggal gerhana bulan, Xi Qin Lu dan tenteranya menyeksa kehidupan manusia. Dia membuat manusia tunduk kepadanya. Pada masa itu, Irene tidak bertindak melakukan apa-apa kerana Irene ingin melihat sejauh mana kejahatan Xi Qin Lu. Mengikut waktu dunia manusia, manusia mengalami penderitaan selama setahun. Ramai kanak-kanak dan orang dewasa yang tidak bersalah terkorban akibat ingin mempertahankan dunia manusia dari dikuasai oleh sihir. Namun, manusia ialah makhluk tidak berkuasa. Betapa kuat pun mereka, mereka tidak akan mampu melawan sihir. Aku dan Zero menjadi perisik pada masa itu. Aku menemui tujuan Xi Qin Lu ingin menghancurkan dunia manusia.
Setelah bertahun-tahun aku meninggalkan Lancel, Xi Qin Lu tetap tidak boleh memenangi hati Lancel kerana Lancel hanya mengingati aku. Xi Qin Lu tahu yang memori indah ku dan Lancel di dunia manusia. Jadi, dia ingin memusnahkan segala memori tersebut agar Lancel tidak mengingati aku. Sungguh kesian. Cinta Xi Qin Lu hanya sebelah tangan. Aku tidak kisah apa pun yang Xi Qin Lu lakukan kerana aku tiada niat untuk melindungi kenangan indah aku dan Lancel. Tetapi menyakiti manusia yang tidak berkuasa merupakan satu kesilapan. Namun, aku dan Zero mengambil alternatif lain. Kami berdua akan bertindak apabila Irene mengambil tindakan. Jika Irene berdiam, kami akan berdiam.
Beberapa hari kemudian, aku mendengar khabar yang Irene mempertahankan dunia manusia bersama sembilan orang putera Celestial, termasuk Archer dan Shan Shui. Zero juga menerima khabar yang sama. Pada masa peperangan itu berlangsung, aku duduk di dalam bilik sambil mendodol Larry. Aku melihat Larry sedang nyenyak tidur. Semasa aku sedang menemani Larry, Zero masuk ke dalam bilik ku. "Keadaan semakin teruk. Di dunia manusia, jutaan manusia sudah terkorban. Tentera Xi Qin Lu pula meraih kemenangan. Keadaan menjadi parah kerana Victon meminjamkan kuasanya kepada Xi Qin Lu. Lancel pula cuba menyerang Demon Realm kerana kau enggan memulangkan Larry." Kata Zero sambil duduk di atas sofa.
Aku menyelimuti Larry lalu berjalan ke koridor bilik ku. Aku menggunakan kuasa ku untuk melindungi Demon Realm. Kuasa yang aku guna ini membuatkan Celestial Realm tidak boleh menyentuh Demon Realm. Jika mereka ingin masuk ke kawasan Demon Realm, kuasa itu akan menghalang mereka. "Aku sudah mengukuhkan Eclipse Glass. Dengan cara ini, orang-orang dari Celestial tidak akan mampu melangkah kaki masuk ke dalam istana. Walaupun kau berada di samping kami selalu, tetapi aura Celestial kau sangat kuat. Disebabkan itu, aku menghadiahi kau cincin Soul Supress. Cincin itu akan membenarkan kau boleh keluar masuk ke kawasan Demon Realm. Namun, bukan hanya itu sahaja yang aku ingin berbicara dengan kau. keadaan di dunia manusia semakin teruk. Aku tidak rasa aku boleh membiarkan keadaan di dunia manusia semakin teruk. Tambahan pula, Victon telah memberi sebahagian kuasanya kepada Xi Qin Lu. Oleh sebab itu, aku harus menyelesaikan masalah Victon dulu dan kemudian aku akan urus masalah di dunia manusia. Sekarang aku ingin pergi ke Pergunungan Kunlun. Aku harap kau boleh mengekori aku ke sana." Kata ku kepada Zero. Zero memandang aku dengan pandangan simpati. Dia tidak bersuara. "Hey, jangan pandang aku begitu. Aku tahu semua perkara yang aku lakukan." Kataku kepada Zero sambil tersenyum.
Zero menghembus nafasnya. "Jika rancangan kau berjalan dengan bagus kali ini, panggil aku 'papa'?" Kata Zero. Aku ketawa.
"Papa? Jangan melawak la." Kataku.
"Ye Rin, aku tidak pernah bergurau la. Jika diikutkan usia, aku cukup tua untuk menjadi bapa kau. jadi jangan pandang rendah kepada aku. Panggil aku dengan nama 'Zero' sudah cukup kurang ajar." Kata Zero.
Aku tersenyum. "Zero, kenapa kau selalu berada di samping ku?" Soal ku.
"Aku rasa sudah tiba masanya untuk aku memberitahu aku. Aku mengenali kau sebelum kau lahir ke dunia ini. semasa ibu kau sedang sarat mengandung, bapa kau ada datang menemui aku. Bapa kau berkata kepada aku, jika boleh dia tidak ingin kau menjejak kaki ke Istana Celestial." Kata Zero. Aku memandangnya dengan pandangan keliru. "Sichen.... Walaupun dia tidak bersuara semasa kematian Siyan tetapi Sichen menerima kesan yang kuat. Namun, dia tidak ingin berdendam dengan orang-orang di istana Celestial walaupun dia membenci mereka. Dia tidak ingin menyimpan dendam kerana Li Sheng terlalu baik. Tambahan pula, Li Sheng tidak bersalah dalam hal ini. Pada waktu mudanya, dia bersangka yang dia tidak akan berkahwin atau jatuh cinta kepada wanita yang ada hubungan dengan Celestial Realm kerana dia tidak ingin sejarah Siyan berulang. Namun, takdir pada masa depan tiada sesiapa pun tahu. Dia bertemu dengan Bai Qian Qian dan jatuh cinta. Apabila dia mengenal cinta, dia mula memahami alasan Siyan. Tanpa dia sedar, dia mengambil langkah yang sama seperti Siyan. Sanggup berkorban segalanya demi cinta. Oleh kerana itu, dia sanggup melepaskan kuasa dan takhtanya demi bersama dengan Bai Qian Qian. Kami sangka Bai Qian Qian akan mengkhianati Qu Sichen. Rupanya, Bai Qian Qian juga sanggup berkorban." Kata Zero.
"Cinta mereka amat agung. Malangnya, aku tidak berkesempatan melihat mereka." Balasku.
"Sebelum kau lahir, aku dan Sichen membuat satu perjanjian yang Sichen ingin aku menjadi bapa angkat kau jika sesuatu terjadi kepadanya. Sichen tidak mempunyai kuasa sehebat Siyan. Tetapi Sichen mempunyai keistimewaan. Dia boleh meramal masa depan kau. dia kata kepada ku, kau merupakan kelahiran semula kakaknya. Jika kau membesar suatu hari nanti, hasratnya cuma tidak ingin kau terlibat dengan Celestial King. Menurut ramalan Sichen, kau mungkin akan hidup seperti Siyan. Dia tidak ingin anaknya menderita seperti kakaknya. Oleh sebab itu, Sichen mohon kepada aku, jika apa-apa berlaku pada masa depan, dia ingin aku masuk campur dalam hidup kau. aku bersetuju dengan permintaannya kerana aku tidak tahu yang dia tidak berkesempatan menjaga kau. selepas Sichen mati, aku memerhati kau dari jauh. Aku melihat semua penderitaan kau. namun, pada pandangan ku, semua itu hanyalah sebahagian daripada hidup kau. betapa susah pun hidup kau, asalkan kau tidak terlibat dengan Celestial Realm, aku berasa okay. Namun, apabila Lancel muncul dalam hidup kau, aku merasakan kamu berdua akan jatuh cinta. Disebabkan itu, aku menjadi penghalang utama antara kau dan Lancel tanpa kau menyedarinya. Namun, Yangzuo merosakkan semua rancangan aku. Apabila kau berkahwin dengan Lancel, aku berasa bersalah kepada Sichen tetapi aku berkata kepada diri ku, asalkan kau bahagia semuanya baik-baik sahaja. Tetapi apabila aku melihat penderitaan kau, aku memutuskan untuk berada di samping kau." Kata Zero sambil menyusap kepala ku.
Aku menepis tangan Zero. "Tidak hairanlah kau melayan aku seperti budak-budak." Balasku. Zero tersenyum.
"Jika kau menang, aku ada hadiah untuk kau." Bisik Zero.
Aku tersenyum. "Jika begitu, kita harus ke Pergunungan Kunlun." Jawabku. Zero tersenyum kepada ku. Aku tidak menyangka yang Zero amat menghargai persahabatannya dengan bapa ku. memang tiada ukuran nilai persahabatan Zero dan Sichen. Malangnya, Zero juga menerima pelbagai dugaan dalam hidupnya. kehidupan kami sama, iaitu melalui penderitaan kehidupan kerana cinta.
YOU ARE READING
Starry Night: Dream Me
FantasyKagami Rin, seorang gadis yang menginginkan kehidupan biasa. Namun keinginan itu gagal dicapai kerana dia dilahirkan dengan kuasa. Kuasa yang ada pada dirinya itu telah menyebabkan dia disisir oleh masyarakat. Tahun demi tahun, Kagami Rin berusaha a...