Chapter 23: Xuexing Dong (Bloody Hole)

55 2 0
                                    

Kehidupan aku di Celestial Realm tidak berjalan seperti yang aku inginkan. Walaupun aku mempunyai Lancel di sisi ku tetapi kebahagiaan yang dulu aku merasakan semakin lama semakin pudar. Keakraban aku dan Lancel semakin rengang. Lancel selalu sahaja keluar dan menjalani latihan di luar istana. Aku merasakan hidup ku amat sunyi dan berada di dalam penjara. Tambahan pula, Xi Qin Lu selalu sahaja menuduh aku dengan perkara yang aku tidak pernah lakukan. Aku selalu sahaja dihukum dengan kesalahan yang aku tidak pernah lakukan. Xi Qin Lu selalu menang dalam perhitungan kerana dia mempunyai seseorang yang menyokongnya. Dalam sejarah selalu menyatakan yang Celestial Realm merupakan pihak yang baik tetapi aku tidak menyangka yang orang di dalam Celestial Realm juga kejam. Mereka lebih kejam daripada iblis. Aku marah tetapi aku tidak boleh melepaskannya kerana aku harus memikirkan keselamatan nyawa lain. Aku mesti bersabar kerana kandungan aku.

Suatu hari, Xi Qin Lu datang ke bilik ku bersama dayangnya. "Bai Ye Rin, kau pasti memikirkan untuk memberitahu Lancel, kan? Lancel seorang yang bijak. Dia tidak akan percaya jika sesuatu itu tidak dilihat dengan matanya. Bai Ye Rin, walaupun kau dilahirkan di dalam keluarga Fox Spirit tetapi tanpa kuasa, kau tidak layak berada di sini. Orang seperti kau hanya layak berada di dunia manusia yang lemah dan dayus." Xi Qin Lu menghina dunia yang menyimpan memori indah ku.

"Jika aku layak untuk ke dunia manusia, beritahu aku caranya." Kataku.

"Hurmm.... Kau tahu di mana Xuexing Dong, kan? Jika kau terjun di dalam lubang itu, kau akan kembali ke dunia manusia." Kata Xi Qin Lu.

Aku melihat wajah Xi Qin Lu. "Di mana Xuexing Dong?" Soal ku.

Xi Qin Lu tersenyum. "Mari ikut aku." Kata Xi Qin Lu. Aku mengekori Xi Qin Lu ke Xuexing Dong.

Apabila tiba di sana, aku melihat lubang itu sangat gelap dan menakutkan. Jadi inilah Xuexing Dong yang dikatakan oleh penduduk Celestial Realm. Semasa aku melihat lubang itu, aku merasakan ada seseorang ingin menolak aku. Jadi, aku cuba melindungi ku dan Xi Qin Lu hampir terjatuh di lubang itu. Aku cuba menarik Xi Qin Lu. Pada masa itu, Lancel datang. Semasa Lancel datang, Xi Qin Lu menggunakan kuasanya untuk membutakan matanya sendiri. Lancel yang baru datang menarik Xi Qin Lu. Aku melihat Xi Qin Lu memeluk Lancel.

Lancel memandang aku dengan pandangan bengis. "Aku tidak menyangka yang kau boleh berbuat begitu." Kata Lancel. Pada masa itu, hati aku patah seribu. Aku tidak menyangka yang Lancel sanggup menuduh aku tanpa usul periksa. Aku langsung tidak diberi peluang untuk bercakap. hanya air mata sahaja yang boleh mengalir. Di saat itu, aku merasakan aku sudah hilang tempat bergantung.

Aku menyusap perut ku. "Anak ku, kaulah kekuatan mama." Sebut ku sambil menangis.

Kejadian yang berlaku kepada Xi Qin Lu di bawah ke pihak pengadilan. Perbicaraan dilakukan untuk mendapat keadilan. Dalam perbicaraan itu, aku kalah. Sudah tentulah aku kalah kerana situasi diri Xi Qin Lu yang buta itu berjaya menawan hati banyak pihak. Walaupun aku bersuara, tiada sesiapa yang memihak kepada aku. Lancel yang ada di dalam perbicaraan itu juga menyatakan yang dia melihat aku menolak Xi Qin Lu. Bibir ku tersenyum sinis. Kehidupan ini sememangnya kelakar. Aku tidak menyangka yang aku menerima layanan seperti ini. Sekali lagi aku menerima hukuman yang bukannya salah ku. Hukuman kali ini lebih berat daripada sebelumnya. Oleh kerana aku membuatkan Xi Qin Lu buta, aku harus memberi penglihatan ku kepada Xi Qin Lu. Hukuman itu muktamad.

Apabila aku tiba di bilik, Lancel memandang aku dengan pandangan sedih. "Adakah aku harus membayar kesalahan itu dengan penglihatan ku?" Soalku.

"Maafkan aku, Rin. Kita harus membayar semula jika kita berhutang dengan seseorang itu." Kata Lancel.

"Walaupun kesalahan itu bukan aku yang lakukan?" Tanyaku.

"Hukuman sudah ditetapkan." Jawab Lancel. Aku terduduk apabila aku mendengar jawapan Lancel.

"Tiada sesiapa percaya aku." Kataku sambil menangis. Lancel perlahan-lahan menghampiri ku dan mengambil penglihatan ku. Aku menjadi buta.

"Mulai hari ini aku akan menjadi penglihatan kau. Kau isteri aku dan kita tidak akan berpisah." Bisik Lancel selepas dia mengambil penglihatan aku. Namun, ayat itu langsung tidak membuat aku gembira. Kehilangan penglihatan telah membuatkan dunia aku gelap. Pada masa itu, aku berjanji dengan diri ku. Aku akan melahirkan anak ini dan meninggalkan segala penderitaan ku.

Beberapa bulan kemudian, aku melahirkan putera untuk Lancel. Lancel gembira tetapi aku tidak begitu gembira. Anak itu kemudiannya dibawa oleh Lancel untuk mengadap Celestial King. Aku tidak berkata apa-apa pada masa itu. Selepas Lancel pergi meninggalkan aku, aku mengarah semua dayang meninggalkan aku. Di saat aku bersendirian, aku menyeru Zero. "Zero, hanya kau sahaja yang aku percaya. Aku tidak boleh menggunakan kuasa magik. Kau kata kau boleh memberi kuasa magik untuk aku menggunakannya." Soalku.

"Ya. Tetapi mungkin hanya dalam masa sejam." Jawab Lancel.

"Tidak mengapa. Aku ingin menggunakannya dalam masa sejam." Balasku. Zero kita berkata apa-apa lalu menyarungkan aku sebentuk cincin.

"Dengan cincin ini berada di jari kau, kau boleh menggunakan magik kau." Kata Zero. Aku mengangguk.

"Kau boleh pergi. aku ingin bersendirian." Arahku. Zero mengangguk lalu meninggalkan aku.

Semasa ketiadaan Zero, aku menggunakan kuasa magiknya untuk menyembuh tubuh ku. kemudian, aku menggunakan kuasa magik itu untuk melakukan teleport. Kuasa teleport itu telah membawa aku ke Xuexing Dong. Semasa aku di hadapan Xuexing Dong, aku mendengar suara bayi aku menangis. Namun, aku juga tahu suara tangisan itu muncul dibayang ku sahaja. Jadi, aku mengabaikan suara tersebut. Pada masa itu, aku menghubungi Lancel dengan menggunakan kuasa magik Zero.

"Rin! Rin! Di mana kau?" Aku boleh merasakan yang Lancel cemas mencari ku.

"Lancel, aku pergi sekarang. Jangan mencari aku. Tolong jaga anak kita. Aku tidak memberi nama kepadanya kerana dia bukan milik ku. dia ialah milik kau. Lancel, aku pernah bermimpi untuk memegang tangannya dan membawa dia berjalan-jalan tetapi aku tidak boleh melakukan itu kerana aku hilang penglihatan." Kataku.

"Rin, di mana kau?" Lancel masih bersuara cemas.

"Lancel, jangan pernah beritahu anak kita yang ibunya hanyalah sihir yang tiada kuasa dan Celestial Realm tidak menyukainya. Beritahu dia yang ibunya amat menyayanginya." Kataku.

"Rin, di mana kau? bagaimana kau boleh berkomunikasi melalui minda aku?" Lancel menyoalku.

"Lancel, aku berada di Xuexing Dong sekarang. Xi Qin Lu berkata yang aku akan kembali ke dunia manusia jika aku terjun ke dalamnya. Mulai hari ini, lepaskan aku. Jadi kita tidak akan berhutang antara satu sama lain. Maafkan aku kerana aku tidak dapat menepati janji kita. Lancel, aku memaafkan semua kesalahan kau, kecuali kesalahan kau merampas mata ku. Namun, kau tidak perlu berasa bersalah kerana selepas ini kita mungkin tidak akan berjumpa lagi. Jangan cari aku lagi jika kau menginginkan kebahagiaan aku. selamat tinggal." Kata ku lalu terjun ke dalam lubang tersebut.

Semasa aku terjun di dalam lubang itu, aku mengingati semua memori indah ku bersama Lancel. Aku amat bersyukur kerana aku berpeluang mengumpul memori indah ku bersama Lancel. Namun, Lancel juga memberikan aku memori yang amat menyakitkan. Aku tidak dapat menyimpan memori itu. Memori seburuk itu, mungkin memori yang pernah aku dapat dalam hidup ku. dunia magik amat kejam. 

Starry Night: Dream MeWhere stories live. Discover now