Chapter 13: Penerimaan

62 7 0
                                    

Awal pagi, aku berangkat meninggalkan Kampung Qing Qiu. Namun, sebelum aku pergi, aku meninggal sekeping nota agar tiada orang merisaukan keadaan aku. Aku memberitahu mereka yang aku pergi ke Starry Night Guild untuk melawat Yangzuo dan kawan-kawan ku. mereka tahu yang aku pernah menjadi anak didik Yangzuo. Jadi tiada salahnya jika aku ingin melawat Yangzuo. Aku tiba di Starry Night Guild selepas subuh. Disebabkan aku sudah menjadi Qing Qiu Gong Zhu, aku boleh menggunakan teleport ku dengan mudah. Keadaan di Starry Night Guild masih belum berubah. Namun kelakuan orang di dalam Starry Night Guild lain terhadap aku.

Mereka semua duduk dan memberi tunduk hormat kepada ku. "Selamat datang, Qing Qiu Gong Zhu." Kata semua orang dalam Starry Night Guild.

"Tidak perlu formaliti. Walaupun status saya sudah berlainan tetapi kamu semua masih sahabat saya dan saya juga masih lagi ahli rasmi Starry Night Guild. Jadi, tidak perlu tunduk hormat seperti itu." Balasku. Setelah aku berkata begitu, baru mereka semua berdiri. Kemudian, aku melihat Yangzuo turun dari tingkat atas. Aku memandang Yangzuo.

"Nampaknya kau ingin bertemu dengan aku." Kata Yangzuo kepada ku.

Aku memberi tunduk hormat kepada Yangzuo. "Master Yangzuo, saya perlu bercakap dengan Master Yangzuo tentang sesuatu hal. Saya harap Master Yangzuo tidak keberatan." Pinta ku. orang di dalam Starry Night berbisik antara satu sama lain. Aku tahu yang mereka pasti terkejut. Pada lima tahun lalu, aku tidak begitu menghormati Yangzuo. Aku lebih melawannya sebagai seorang kawan daripada seorang guru. Tetapi kali ini, aku menghormatinya sebagai seorang guru. Cara aku menyapanya juga penuh dengan adat.

"Jika begitu, mari kita berbual di tempat yang sepatutnya." Kata Yangzuo. Aku berhenti tunduk kepadanya dan mengangguk. Yangzuo tidak berkata apa-apa lalu menggunakan kuasa magiknya dan membawa aku ke kawasan puncak gunung, iaitu tempat yang pernah menjadi tempat kegemaran aku pada suatu ketika dahulu. "Di sini, kau selalu termenung nasib." Kata Yangzuo sambil berdiri di hadapan ku dalam keadaan membelakang aku. Aku tidak menjawab kata-katanya. "Bagaimana kehidupan kau di sana? pakaian, tutur kata, gaya dan juga keperibadian kau banyak berubah berbanding dulu." Kata Yangzuo lalu menoleh melihat aku.

"Qing Qiu Gong Zhu atau Gao Shen Bai Qian Qian, kau mengenalinya, kan?" Soalku.

"Jika kau berani menyebut nama itu, aku rasa kau sudah tahu sesuatu tentang diri kau." Jawab Yangzuo.

"Sejak bila kau mengetahui identiti aku?" Tanyaku.

Yangzuo tersenyum. "Semasa kau di bawah didikan aku, aku perasan yang diri kau mempunyai dua kuasa yang berlawanan. Kau mempunyai kuasa Fox Spirit yang merupakan kaum yang dihormati oleh Calestial Realm dan juga kuasa kegelapan yang dimiliki oleh Demon Realm serta merupakan musuh Calestial. Semasa aku sedang melatih kau, aku menyedari yang kau ada menggunakan kuasa Gumiho. Kemudian, aku pergi bertemu dengan Bai Zhen untuk mengetahui tentang Bai Qian Qian. Setelah aku mendengar cerita Bai Qian Qian, aku menyedari yang kau ialah anak kepada Bai Qian Qian. Semenjak aku mengetahui identiti kau, aku memutuskan untuk menghantar kau kepada keluarga Bai agar kau tidak akan memilih jalan yang sama dengan Siyan. Dalam sejarah, Siyan berasal dari Demon Realm dan berkahwin dengan Li Sheng yang merupakan Putera Mahkota Calestial Realm. Jika suatu hari nanti jodoh kau dengan Aquarius, sejarah terdahulu tidak akan berulang kerana kau bukan dari Demon Realm tetapi kau dari keluarga yang disanjung oleh Calestial Realm." Kata Yangzuo.

"Jadi, kau tidak ingin sejarah itu berulang. Keturunan Demon dan keturunan Calestial yang berkahwin. Tetapi fakta masih lagi tidak boleh diubah. Walaupun aku menerima status Qing Qiu Gong Zhu, darah yang mengalir di dalam tubuh ku masih terdapat darah dari Demon Realm. Bagaimana pula kau begitu pasti yang aku akan berkahwin dengan Lancel?" Soalku.

Starry Night: Dream MeWhere stories live. Discover now