Chapter 35: Kuasa Impian

58 2 0
                                    

Pada malam itu, aku dan Zero pergi ke Pergunungan Kunlun. Victon amat membenci aku. Jadi, dia boleh merasakan aura kehadiran. "Kau lihat! Walaupun aku mengurung ku, aku masih mampu memusnahkan dunia manusia. Sejarah akan berulang kerana empat orang Dragon Witch tidak bersatu. Dunia ini akan hancur." Kata Victon kepada aku. Aku memandang Victon tanpa bersuara. "Sikap kau langsung tidak berubah. Kau selalu menjeling aku dengan pandangan sedemikian." Kata Victon. Aku tidak menjawab lalu menggunakan kuasa Crystal Glass untuk mengukuhkan Diamond Pandora Prison. Kuasa Crystal Glass amat kuat. Dengan kuasa itu, Victon tidak akan boleh berkomunikasi dengan sihir lain. "Kau berani mempenjarakan aku dengan kuasa ini. jika aku boleh memecah penjara kau, aku akan memastikan kau mati." Victon mengganas.

"Jika kau boleh memecah penjara aku, aku akan menjadi lawan kau, satu lawan satu. Tetapi Victon, jika kau menang dan aku mati, ada orang yang akan menghalang kau. jika kau mati, tiada sesiapa akan menghalang aku untuk meneruskan rancangan ku. Victon, Demon King sememangnya baik. Dia tidak mengambil apa-apa tindakan untuk kau walaupun dia tahu kau dalang di sebalik kematian bapa aku." Kataku.

Victon ketawa. "Aku patut membunuh kau sahaja." Kata Victon.

"Mungkin itu kesilapan kau. jika kau membunuh aku, aku tidak perlu menjalani kehidupan yang menderita seperti ini. namun, pada masa yang sama aku berterima kasih kepada kau kerana kau tidak membunuh aku. Jika kau membunuh aku, aku tidak berkesempatan untuk melihat wajah pembunuh ibubapa aku." Jawabku.

"Bagaimana kau boleh tahu semua masa silam sebelum kelahiran kau?" Victon berkata.

"Aku tahu kau menghapuskan bukti tetapi untuk pengetahuan kau, apabila kau berada di dalam Diamond Pandora Prison, aku boleh membaca memori silam kau. malangnya, semasa aku mempenjarakan kau dahulu, memori aku hilang bersama memori kau dan itu membuatkan aku lupa. Apabila ingatan aku kembali, secara tidak langsung, aku boleh membaca memori kau. Memori penderitaan dalam cinta, memori kepahitan yang kau berikan, memori gelap di dunia manusia dan memori rasa kehilangan yang aku alami membuatkan aku mengambil keputusan untuk membalas dendam pada semua orang yang terlibat." Kataku kepada Victon.

"Jangan ingat bapa kau baik. Semasa dia menjadi putera mahkota, dia mengkhianati persahabatannya. Dia berkata yang dia tidak akan terlibat dengan Celestial Realm kerana dia membenci mereka. Mereka punca kakaknya menderita tetapi apabila dia bertemu dengan Bai Qian Qian, dia sanggup meninggalkan kawan-kawannya dan memilih wanita itu. Aku anggap dia sebagai adik-beradik aku tetapi dia sanggup meninggalkan kawannya kerana cinta dia. aku tidak dapat terima yang dia berkata dia mula memahami perasaan kakaknya. Tidak masuk akal. Bagi aku, Celestial Realm selalu membuat orang terpengaruh dengannya. Jadi, aku ingin memusnahkan semua Celestial dan juga sihir berketurunan Demon yang terlibat dengan Celestial." Aku boleh merasakan kemarahan Victon.

"Kau fikir perbuatan kau itu betul? Malang sekali bapa aku mempunyai sahabat seperti kau." Kata ku.

Kemarahan Victon semakin menjadi-jadi. Namun, Zero berjaya mendiamkan dia seketika. Semasa aku dan Zero sedang berurusan dengan Victon, Yu Dayou datang menemui ku. Aku melihat Yu Dayou dan memberi tunduk hormat kepadanya. Dia tersenyum. "Di saat semua orang menganggap kau mati, hati aku amat berduka cita. Aku merasakan yang aku tidak layak untuk menjadi guru kau. Aku berasa reda apabila aku mengetahui kau menjadi Huangguan Gong Zhu walaupun kau melupakan segala memori silam kau. Semasa aku mendengar kau terjun ke dalam Xuexing Dong, aku berdiam diri tetapi aku berasa sakit. Aku menyalahkan Lancel. Kau menghilangkan diri dan membuat semua orang menyalahkan pemerintah Celestial Realm. Hubungan baik antara Kampung Qing Qiu dan Celestial Realm rengang kerana kau. Sekarang kau sudah kembali tetapi aku tidak tahu sama ada aku perlu bergembira dengan pertemuan ini." Kata Yu Dayou.

"Kau tidak gembira dengan pertemuan ini kerana aku tidak berpihak kepada Celestial lagi, kan?" Yu Dayou terdiam apabila aku berkata begitu. "Semua orang berkata yang Demon Realm ialah orang jahat tetapi semasa aku hampir mati akibat kesedihan dan penyeksaan yang diberi oleh pemerintah Celestial, pemerintah Demon Realm yang menyelamatkan aku. Yu Dayou, kau ialah guru ku. kau tahu aku ialah puteri mahkota Demon Realm yang hilang. Aku rasa setiap benda di dunia ini harus kembali ke tempat asalnya. Aku berketurunan Demon Realm walaupun ibu ku bukan berketurunan Demon. Sejak lahir, posisi aku ialah puteri mahkota untuk Demon Realm. Dalam situasi ini, orang-orang di sekeliling ku ingin mengubah takdir ku dengan menjadikan aku sebagai isteri kepada putera mahkota Celestial Realm. Malangnya, setelah usaha kukuh kalian menghalang aku untuk menduduki posisi ku yang asal, akhirnya aku kembali juga ke tempat ku. Takdir sudah tertulis, setiap perkara di dunia ini akan kembali ke posisi asalnya sama ada cepat atau lambat. Takdir juga menyatakan yang setiap perbuatan kita di dunia ini akan menerima balasan. Setiap perkara yang kita lakukan, pasti ada padahnya. Sekarang, aku sudah tidak peduli Celestial Realm atau Demon Realm. Bagi aku, semua perbuatan yang menganiayai aku, aku akan membalasnya satu demi satu. Walaupun kedengaran perbuatan ku kejam, tetapi aku tidak boleh membiarkan orang yang menyakiti ku bebas begitu sahaja." Kata ku.

"Adakah kau berdendam dengan Celestial King?" Soal Yu Dayou.

Aku tersenyum. "Aku hanya ingin menuntut hak aku dan mengembalikan segalanya pada posisi asal. Tidak lebih daripada itu." Balasku. Aku memberi tunduk hormat dan pergi meninggalkan Yu Dayou begitu sahaja.

Kemudian, aku dan Zero ke dunia manusia. Aku melihat keadaan dunia manusia amat parah. Keadaan seperti pandang jarak padang terkukur. Dalam keadaan begini, agak sukar untuk memanggil tentera dari Demon Realm. Aku dan Zero duduk di atas bangunan tinggi melihat keadaan di bawah. Semasa aku dan Zero sedang melihat situasi tersebut, sekumpulan pelajar Yu Dayou membantu para sihir Starry Night yang sedang melawan tentera Xi Qin Lu. "Biar aku yang mengurus keadaan di sini, Rin." Kata Yu Dayou kepada ku.

"Kenapa kau masuk campur tertiba?" Soal Zero yang berada di hadapan ku.

"Sebab aku tidak boleh mendiamkan diri lagi. Apabila Celestial King mendapat tahu keadaan ini, dia menuduh Irene yang merancang semua ini bersama Yangzuo. Mereka berdua dihukum. Manakala semua tentera dari Celestial Realm mengepung Starry Night." Kata seorang lelaki yang tiba-tiba muncul semasa aku dan Yu Dayou sedang berbincang.

"Yagi?" Zero menyebut nama lelaki itu.

"Aku tidak ingin menentang Celestial King tetapi pada masa yang sama, aku tidak boleh membiarkan Irene dihukum tanpa salah." Kata Yagi lalu melutut di hadapan aku. "Aku tidak mengenali kau, Rin. Tetapi Irene sering bercerita tentang kau kepada ku. Aku tidak boleh kehilangannya. Dia satu-satunya orang yang aku sayang." Aku melihat Yagi. Kelihatannya Yagi ialah Capricorn. Hatinya memiliki cinta Irene. Tidak hairanlah dia sanggup melutut di hadapan aku begini.

Dalam isu ini, aku juga silap. Aku tahu rancangan Xi Qin Lu tetapi aku tidak menyangka yang dia boleh memanipulasi keadaan dan memfitnah Irene. Nasib Irene akan jadi seperti ku. Aku tidak boleh membiarkan Irene menerima hukuman yang bukan salahnya. Kemudian aku melihat ketua tentera Xi Qin Lu. Nampaknya nasib aku sangat baik. Aku akan menggunakan lelaki itu. "Zero, tangkap ketua itu dan buat sampai dia mengaku. Lelaki itu ialah sepupu Xi Qin Lu." Kataku. Zero mengangguk dan pergi mengurus lelaki tersebut.

Zero amat cekap dalam urusan mengurus sihir lidah bercabang. Aku tidak perlu menunggu lama untuk mengetahui hasilnya kerana apabila Zero tiba di hadapan aku, Zero sudah pun membawa sepupu Xi Qin Lu. "Kau.... kau...." Sepupu Xi Qin Lu menggigil apabila melihat aku. Nampaknya ingatannya kuat kerana dia masih mampu mengingati aku. Selepas sepupu Xi Qin Lu mengenali aku, dia terus bersujud di hadapan ku. "Huangguan Gong Zhu, berikan pengampunan. Semua ini bukan rancangan ku. hamba hanya mengikut perintah." Kata sepupu Xi Qin Lu.

Aku tidak berkata apa-apa kepada sepupu Xi Qin Lu. "Bawa lelaki ini bersama kita." Kataku kepada Zero. Semasa aku dan Zero hendak berangkat, Shan Shui, Archer dan seorang lelaki muncul.

"Kami ikut bersama." Kata mereka bertiga.

Aku dan Zero tergaman. Shan Shui tersenyum lalu memeluk ku. "Akhirnya doa aku termakbul juga. Aku tahu kau tidak mati kerana semasa kau hilang ingatan, aku memegang kipas milik kau. kipas itu tidak aku pulangkan kepada kau. namun, suatu hari selepas kau terjun dari Xuexing Dong, kipas itu hilang dari tangan ku. Aku merasakan kipas itu kembali ke tuannya. Oleh sebab itu, aku selalu berdoa walaupun di mana kau berada, aku harap kau selamat." Apabila aku mendengar penjelasan Shan Shui, aku baru teringat. Aku mempenjarakan Victor dengan kipas tersebut tetapi apabila aku hilang ingatan, kipas itu tidak bersama ku.

"Aku boleh membuktikan yang semua ini dimanipulasikan oleh Xi Qin Lu. Tetapi kuasa aku tidak cukup kukuh untuk menentang Celestial King. Tambahan pula, Aquarius tidak boleh diharap lagi. aku hanya mendoakan agar seseorang yang mempunyai status yang sama sahaja boleh membantu ku. aku tidak menyangka yang aku boleh berjumpa kau, Feng Gao Shen." Kata lelaki itu lalu memberi tunduk hormat kepada ku.

"Sudah-sudah la, Cancer. Beritahu sahaja yang kau penakut." Kata Archer. Aku tersenyum apabila Archer menyindir Cancer.

"Donghua, kau sudah tahu yang dia ialah Feng Gao Shen sejak sekian lama. Tak perlu berpura-pura baru mengenali." Usik Shan Shui. Aku tersenyum lagi.

"Sudah la. Kita harus menyelamatkan Yangzuo dan Irene." Kata Zero.

Keadaan menjadi suram semula. "Jika kita perlu menyelamatkan Irene dan Yangzuo, kita perlu membuat strategik. Aku dan Zero sudah mempunyai strategik. Rasanya strategik itu boleh digunakan untuk kita menyerang Celestial King." Kata ku kepada mereka semua.

"Bagaimana dengan lelaki ini?" Tanya Zero.

"Jangan risau. Dia akan berada dalam perangkap Crystal Glass." Kata ku lalu mengurung lelaki tersebut. manakala Zero pula membincangkan strategik untuk menyerang Celestial Realm. 

Starry Night: Dream MeWhere stories live. Discover now