Chapter 11: Kawalan Emosi

72 7 0
                                    

Bai Yi membawa aku ke kawasan air terjun pada subuh hari. Kawasan itu amat sunyi. Hanya bunyi burung berkicauan sahaja yang boleh didengari. Matahari masih belum terbit. "Ye Rin, kita sudah sampai ke kawasan air terjun." Kata Bai Yi. Aku mengangguk lalu menyelup tangan ke dalam air. Air itu amat sejuk. Seluruh tubuh ku menggigil. Aku pernah kena latihan menari sebelum aku menjadi idol tetapi aku rasa latihan untuk membina kekuatan kuasa sihir lebih kejam daripada latihan menari. Latihan menari banyak senaman. Tidak pernah lagi terjun air sejuk begini. malangnya nasib aku.

"Senior Bai Yi.... Keadaan di sini sememangnya sejuk." Kataku dengan nada simpati.

Bai Yi hanya ketawa kepada ku. "Ye Rin, ini hanya latihan mudah. Kita akan berlatih bersama di sini." Kata Bai Yi sambil menanggalkan pakaiannya. Aku mengalih pandangan ku ke tempat lain. "Jangan risau. Aku tidak akan menanggalkan baju di dalam. Kau pun harus menanggalkan pakaian di luar." Kata Bai Yi. Aku mengangguk lalu menanggalkan pakaian ku. hanya pakaian di dalam sahaja yang tinggal. Kami berdua duduk di dalam air sejuk itu. Tubuh ku menggigil kerana kesejukan. "Ye Rin, Tarik nafas. Kemudian hembus. Pejamkan mata dan tenangkan fikiran. Bersihkan hati dan jangan memberontak. Cuba bertahan. Ini latihan untuk mengawal emosi kau." Kata Bai Yi. Aku mengangguk lalu memulakan latihan betapa.

Pada mulanya agak sukar tetapi lama kelamaan keadaan menjadi semakin baik. Aku berjaya bertahan dengan kesejukan. Fikiran ku mula tenang. Namun, semasa aku sedang betapa, ada sesuatu hadir di dalam bayangan ku. Di dalam bayangan itu, aku melihat gadis di dalam potret di bilik ku. Gadis itu berada di tepi tasik sambil bermain seluling. Wajahnya sangat cantik dan bercahaya. Di dalam gambaran itu, aku melihat gadis itu penuh dengan kebahagiaan. Senyuman sentiasa terukir di bibirnya. "Abang Keempat, Bai Zhen. Saya telah membuat keputusan saya. Walaupun saya akan kehilangan status Gao Shen tetapi saya tetap dengan keputusan saya. Saya ingin bersamanya." Kata Bai Qian Qian.

"Qian Qian, abang tahu kau amat mencintainya tetapi kau harus tahu, sekali kau dilaknat, kau tidak akan boleh kembali ke kampung ini lagi." Kata lelaki bernama Bai Zhen.

"Saya terima cinta ini sebagai hukuman. Kami berdua tidak akan menjadi Immortal lagi. kehidupan sebagai manusia lebih baik. Saya hidup sudah lama. Ini kali pertama saya berasa seperti ini. saya terlalu mencintainya. Jadi, kami berdua sanggup kehilangan segala status demi cinta kami."

"Bai Qian Qian...."

"Abang ku, hanya kau yang rapat dengan saya. Hanya kau yang memahami saya. Apabila saya dikurniakan anak, saya ingin kau menjadi bapa kedua untuk anak saya." Selepas mendengar kata-kata Bai Qian Qian, pandangan ku kembali menjadi gelap. Aku membuka mata ku.

"Kau gagal mengawal emosi kau." Kata Bai Yi. Aku terdiam. Aku tahu yang aku sudah gagal tetapi pandangan dan nada suara Bai Qian Qian yang muncul di dalam bayangan ku itu menggerakkan hati ku. Tertiba aku berasa sedih dan sakit. Aneh! Selalunya Siyan yang hadir di dalam mimpi ku tetapi kenapa kali ini Bai Qian Qian? Rahsia apakah lagi yang tersembunyi? "Ye Rin, kita berhenti rehat dahulu. Nanti kita sambung lagi." Kata Bai Yi. Aku mengangguk sahaja lalu keluar dari rendaman air terjun dan duduk di batu bersama Bai Yi.

Bai Yi memberikan aku sebiji nasi kepal. "Terima kasih." Ucapku lalu menikmati makanan itu. Semasa aku sedang menjamah nasi itu, aku mengingati Bai Qian Qian. Kalau diikutkan Bai Qian Qian ialah ibu saudara kepada Bai Yi. "Senior Bai Yi, kamu pernah berjumpa dengan Bai Qian Qian?" Soalku.

Bai Yi mengangguk. "Bai Qian Qian sangat baik dengan aku tetapi cara dia memilih kehidupannya kurang diredhai keluarga. Aku terus berdoa agar kehidupannya sentiasa baik walaupun dia sudah tiada." Kata Bai Yi. Nada pertuturannya menunjukkan Bai Yi masih bersedih terhadap kehilangan ibu saudaranya.

"Maaf jika aku menyoal soalan sensitif tetapi jika boleh, bolehkah Senior Bai Yi menceritakan bagaimana Bai Qian Qian meninggal dunia?" Tanyaku dengan nada sayu.

"Selepas Bai Qian Qian memilih untuk hidup bersama pasangannya di dunia manusia, statusnya telah dilucutkan dan dia menjadi manusia 100%. Kemudian, dia diambil sebagai anak angkat oleh sebuah keluarga. Dia berkhidmat pada keluarga itu dan berkahwin dengan lelaki yang dicintainya. Mereka berkahwin selama 10 tahun tetapi tidak dikurniakan anak. 17 tahun lepas, Bai Qian Qian mengandung dan melahirkan seorang bayi perempuan. Malangnya semasa bayi itu berusia setahun, Bai Qian Qian dan suaminya mati akibat kemalangan. Anak itu dibesarkan di dunia manusia. Jika diikutkan, usia anak itu mungkin dalam lingkungan usia kau." Kata Bai Yi. Cerita itu amat mirip dengan cerita yang diberitahu oleh atuk tentang ibu bapa ku. Menurut atuk, ibu aku hanya seorang manusia dan juga anak angkat keluarga Kagami. Anak itu pasti menerima nasib seperti aku. Anak yang tidak mengenali ibubapanya sendiri.

"Kesian gadis itu. Nasibnya sama seperti ku. Aku juga tidak mengenali ibu bapa ku." Balasku. Bai Yi terdiam dan memandang aku dengan pandangan simpati.

"Jika kau ingin seseorang berada di samping kau, aku boleh menjadi abang kau." Tawar Bai Yi. Aku hanya tersenyum sahaja. Aku tidak berani menerima tawaran itu kerana aku sendiri tidak tahu sama ada dia boleh terus berada di samping ku atau tidak. "Ye Rin, bagaimana kau boleh berada di dunia ini?" Soal Bai Yi. Aku terkejut. Setahu aku, tiada seorang pun dari Kampung Qing Qiu mengetahui asal usul ku kecuali ahli-ahli di dalam Starry Night Guild sahaja.

"Bagaimana kau tahu aku dari dunia lain?" Soalku.

Bai Yi tersenyum. "Aku terdengar perbualan Master Bai." Balasnya. Apabila mendengar nama Master Bai, aku fikir mungkin Yangzuo memberitahu Master Bai tentang asal usul ku.

"Aku terpaksa datang ke sini demi keselamatan kawan-kawan aku. Semasa aku menyembunyikan rahsia ku dan hidup sebagai manusia, satu tragedi sudah berlaku. Seorang ahli sihir menyerang kediaman kami dan dua orang sahabat aku meninggal dunia. Pihak berkuasa menyatakan kes itu sebagai kes pembunuhan yang dirancang oleh kumpulan samseng tetapi di tempat kejadian, aku boleh merasakan kuasa sihir. Aku ingin memberitahu perkara sebenar tetapi aku tidak boleh menyatakan perkara tersebut kerana manusia tidak mempercayai kewujudan ahli sihir. Oleh sebab itu, aku membuat perjanjian dengan seorang atuk untuk membawa aku ke dunia magik. Aku merasakan bahawa aku boleh membina kekuatan aku di sini sekaligus mencari pesalah sebenar. Aku tahu mempelajari ilmu sihir untuk membalas dendam merupakan satu perkara yang salah tetapi aku tidak dapat memaafkan diri aku selagi aku tidak menemui pesalah tersebut." Kataku.

"Adakah kehilangan sahabat begitu menyakitkan?" Tanya Bai Yi.

"Di dunia manusia, aku merupakan seorang penyanyi. Kami berlatih untuk menjadi penyanyi bersama. Kami hidup ibarat sebuah keluarga. Disebabkan aku tiada keluarga, aku menganggap mereka sebagai keluarga aku. Kehilangan mereka amat menyakiti aku. Orang berkata yang kemaafan bukan untuk orang lain tetapi untuk diri kita sendiri. Jika kita tidak boleh memaafkan diri kita, bagaimana pula kita ini memaafkan orang lain? Aku merasakan yang kata-kata itu benar." Balas ku.

"Hidup kau sungguh menyedihkan. Mungkin sebab itu Master Bai ingin kau berlatih untuk mengawal emosi kau. jika begitu, kita sambung semula latihan kita. kali ini aku akan memantau kau." Kata Bai Yi. Aku hanya tersenyum sahaja.

Bai Yi berdiri di atas batu dan aku kembali duduk di dalam air. Aku belajar mengawal emosi aku. Pada mulanya, aku gagal tetapi aku tidak pasrah. Aku tetap meneruskan latihan aku sehingga aku berjaya mengawal kestabilan emosi ku. masa yang diambil amat lama. Aku keluar pagi tetapi malam baru aku berjaya menstabilkan emosi ku. Apabila aku berjaya menstabilkan emosi di dalam diri ku, aku mula merasakan aura positif di sekeliling ku. Aura kegelapan yang selama ini berada di dalam diri ku mula pudar. "Tahniah, Ye Rin. Kau mula mengimbangi aura kegelapan dan juga aura positif. Rasanya kita sudah boleh pulang." Kata Bai Yi. Aku mengangguk lalu berlari keluar dari air. Bai Yi ketawa kecil dan menghulurkan pakaian salinan. Aku mengambil pakaian tersebut dan menyalinnya di sebalik batu besar. Selepas aku selesai menggantikan pakaian ku, aku dan Bai Yi pulang bersama. 

Starry Night: Dream MeWhere stories live. Discover now