"Ye Rin! Ye Rin! Ye Rin!" Marui memanggil aku. Aku menoleh ke belakang. Sebaik sahaja dia menjejak kakinya ke dalam kamar ku, Ma Rui terus memeluk ku dengan erat. "Baguslah kamu pulang dengan selamat. Nenek ingat kamu sudah ke Demon Realm. Nenek sangat merisaukan keadaan kau. nenek pernah kehilangan satu-satunya anak perempuan nenek. Nenek tidak mahu kehilangan kamu, Ye Rin." Kata Ma Rui. Aku menggelengkan kepalaku.
"Saya tidak akan ke Demon Realm. Saya akan terus berada di sini." Kata ku kepada Ma Rui. Kemudian aku melihat ke arah Master Bai. "Master Bai, saya telah menerima senjata ini. Tetapi saya tidak tahu menggunakannya. Adakah Master Bai mengetahui mana-mana guru yang boleh mengajar saya untuk menggunakan senjata kipas ini?" Soalku.
"Kamu sudah menerima kipas ini. Tidak sangka kamu boleh memegang senjata ibu kamu dengan mudah sekali. Itu sememangnya petanda yang baik. Ye Rin, pemilik asal kipas ini ialah *Guan Yu, Yu Dayou. (Guan Yu bermaksud dewa peperangan dalam kepercayaan Dinasti Han). Dia memberikannya kepada Yangzuo tetapi Yangzuo merasakan senjata ini tidak sesuai dengannya. Jadi dia memberikannya kepada Bai Qian Qian. Guan Yu, Yu Dayou tinggal di pergunungan Kun Lun. Datuk rasa kamu boleh pergi ke sana untuk belajar." Kata Master Bai. Ini kali pertama dia menyebut dirinya sebagai datuk kepada aku. Sebelum ini, dia melayan aku sebagai anak didiknya walaupun dia tahu aku ini ialah cucunya. Hubungan kekeluargaan kelihatannya semakin baik.
"Guan Yu, Yu Dayou? Bukankah dia salah seorang pengikut Calestial King? Jika saya tidak salah, dia ialah Taurus." Ujur ku.
Master Bai mengangguk. "Ya. Dia ialah Taurus. Datuk rasa kamu boleh menjadi anak didiknya." Kata Master Bai. Aku mengangguk. "Kalau begitu, kita akan ke Pergunungan Kun Lun pada esok pagi." Kata Master Bai.
Aku tersenyum. "Baiklah." Jawabku. Aku melihat reaksi kegembiraan di wajah Master Bai. Kelihatannya dia senang dengan keputusan ku. semenjak aku mengetahui sejarah silam ibu ku, aku mempunyai satu keinginan untuk memiliki posisinya. Aku tidak tahu sama ada keputusan aku ini merupakan sebuah keputusan yang tamak ataupun tidak. Namun, aku merasakan aku ingin memiliki kekuatan itu. Aku merasakan kekuatan dan status yang aku warisi daripada ibu ku akan memberi peluang yang lebih luas untuk aku membalas dendam. Oleh kerana itu, aku ingin menguasai banyak ilmu peperangan dan kemantapan dalam penggunaan senjata supaya aku boleh mencapai keinginan ku.
Pada awal pagi esok, Master Bai membawa aku ke Pergunungan Kun Lun. Di hadapan pintu gerbang Pergunungan Kun Lun, seorang lelaki sudah menunggu kehadiran kami. Lelaki itu membawa aku dan Master Bai bertemu dengan Guan Yu, Yu Dayou. "Lama kita tidak berjumpa." Guan Yu, Yu Dayou menegur Master Bai. Mereka kelihatan kawan lama. Guan Yu, Yu Dayou melihat aku. Dia hanya tersenyum. Aku tidak memberi sebarang respon kepadanya. Kemudian dia memandang Master Bai. "Aku tidak menyangka yang Bai Qian Qian meninggalkan waris. Aku bersetuju mengambil dia sebagai anak didik ku. Bai Qian Qian seorang anak didik yang pandai. Rasanya Bai Ye Rin juga boleh menguasai ilmu dengan lebih cepat." Kata Guan Yu, Yu Dayou.
Hebat! Dia juga mengetahui nama ku. Ini kali pertama aku dan Guan Yu, Yu Dayou bertemu tetapi dia berbicara seolah-olah dia mengenali aku dengan lebih lama. Semasa aku sedang leka, Guan Yu, Yu Dayou menyerang aku dengan satu kuasa. Deria aku sudah lebih peka. Aku boleh merasakan seseorang cuba mencederakan aku. Tanpa aku menyedari, aku mengeluarkan pedang ku dan menepis serangan tersebut. Guan Yu, Yu Dayou melihat tempisan aku dengan senyuman. "Nampaknya kemahiran kau bukan biasa-biasa. Qing Qiu Gong Zhu, Bai Ye Rin... berikan alasan kamu untuk menjadi anak didik ku." Tanya Guan Yu, Yu Dayou. Aku melihatnya lalu mengeluarkan kipas tangan milik ibu ku. "Wind Spirit Jade Fan?" Guan Yu, Yu Dayou menyebut nama senjata itu.
"Saya dengar kamu pemilik asal kipas ini dan kipas ini merupakan senjata yang amat berkuasa. Jadi, saya fikir saya ingin mempelajari ilmu penggunaan senjata kipas. Jika kamu pemiliknya, saya fikir kamu lebih mahir dalam penggunaannya." Kataku.
Guan Yu, Yu Dayou tersenyum. "Jika begitu, saya akan mengajar kau. tetapi kamu harus berada di Pergunungan Kun Lun ini dan berkhidmat dengan tempat didikan ini. adakah kamu sanggup?" Soal Guan Yu, Yu Dayou.
"Baiklah. Jika saya boleh mempelajari ilmu penggunaan kipas ini, saya tidak kisah dengan apa-apa syarat pun." Balasku.
"Jika begitu, ikut saya." Arah Guan Yu, Yu Dayou. Master Bai tidak berkata apa-apa. Dia tersenyum dan membiarkan aku masuk ke dalam kawasan latihan milik Guan Yu, Yu Dayou.
Apabila aku tiba di dewan latihan, Guan Yu, Yu Dayou terus menyerang aku. Aku tahu yang dia cuba menguji kemampuan ku. oleh kerana dia sudah memulakan peperangan ini, aku tidak akan segan-segan memberi serangan balas. Aku membalas serangan guru ku. Kami berdua bertarung antara satu sama lain. Hal itu menyebabkan anak didiknya yang lain keluar menyaksikan peperangan kami berdua. Namun, di peringkat akhir, aku kalah. Kesilapan aku menggunakan teknik yang aku pelajari telah menyebabkan aku kalah dengan Guan Yu, Yu Dayou. "Kemantapan kau dalam pedang, tiada kritikan yang boleh aku berikan. Kau amat hebat. Mungkin pedang ialah kehebatan kau sekarang. Aku rasa aku tidak akan mengambil masa yang lama untuk mempelajari kau ilmu kipas ini. namun, sebelum kita mula kelas, aku ingin kau membaca lima buah buku asas utama memahami kipas ini terlebih dahulu." Kata Guan Yu, Yu Dayou. Aku terkejut mendengarnya. Lima buah buku asas? Biar betul. Sepanjang aku hidup, aku tidak pernah membaca buku sebanyak itu dalam satu malam. Itu mustahil. "Ada rungutan?" Soal Guan Yu, Yu Dayou.
"Tidak." Jawabku secara automatik. Guan Yu, Yu Dayou tidak berkata apa-apa kepada ku. kemudian dia memanggil anak muridnya, Zhen Li.
"Zhen Li, berikan dia buku yang saya katakan dan sediakan bilik untuknya. Esok pagi, saya ingin menguji kefahamannya. Jika dia tidak memahami kefahaman senjata tersebut, saya tidak akan memulakan sebarang latihan fizikal." Tegas Guan Yu, Yu Dayou. Sial sungguh lembu ini! Dia sengaja menguji kesabaran aku. Tak guna! "Kamu menyumpah saya?" Soal Guan Yu, Yu Dayou. Hebat! Dia boleh menduga sesuatu di dalam fikiran ku. nanti! Tidak mungkin dia boleh membaca fikiran ku. ini hanya perangkap.
"Tidak. Saya hanya terkejut sahaja." Balasku. Guan Yu, Yu Dayou mengangguk. Kemudian, aku mengekori Zhen Li untuk ke bilik tidur yang disediakan.
Sebaik sahaja aku tiba di dalam bilik itu, Zhen Li telah membawa lima buah buku tebal dan meletakkannya di meja tulis ku. "Qing Qiu Gong Zhu, Bai Ye Rin, ini bukunya. Harap kamu boleh membacanya dengan selesa." Aku mengangguk.
"Senior Zhen Li, kamu tidak perlulah menyebut gelaran saya. Panggil sahaja saya Rin. Kita berdua pelajar dan kamu juga lebih tua daripada saya. Saya rasa tidak perlu panggil gelaran saya. Panggil nama saya pun sudah memadai." Balasku.
Zhen Li tersenyum lalu beredar. Aku pergi ke meja tulis dan membuka buku yang pertama. Membaca satu muka surat pun aku sudah mengantuk. Aku tidak boleh membayangkan jika aku boleh menghabiskan bacaan aku dalam satu malam sahaja. Melihat buku yang tebal ini sudah membuat aku mengantuk. Malang sungguh nasib ku. aku sangka aku akan belajar terus rupanya teori senjata ini juga perlu diketahui. Alahan nasib.
Tanpa merungut lagi, aku terus membaca buku tersebut. di dalam buku tersebut, banyak menceritakan tentang sejarah kewujudan senjata kipas ini juga. Asal usul, teknik dan juga langkah asas penggunaan senjata ini turut diceritakan di dalam buku tersebut. senjata kipas ini sudah menjadi satu lagenda. Menurut buku tersebut, senjata kipas ini bukan tuan yang memilihnya tetapi kipas tersebut akan memilih tuan untuk dia berkhidmat. Jika kipas itu tidak berkhidmat dengan baik kepada tuannya, itu bermaksud dia tidak sesuai dengan tuan yang memilikinya. Namun, jika senjata ini jatuh ke tangan orang yang salah, sesuatu yang buruk akan berlaku.
Kipas ini jatuh ke tangan ku dengan mudah. Malahan dia juga bercahaya semasa aku memegangnya. Jika diikutkan dalam teori buku, kipas ini akan bercahaya apabila dia sudah mendapat tuan yang sesuai dengannya. Jika begitu, kipas ini sudah memilih aku untuk mewarisinya. Tidak hairanlah Yangzuo menyerahnya kepada ku. Kipas ini pernah berkhidmat untuk ibu ku. jadi tidak hairan jika dia juga akan berkhidmat kepada ku. Wind Spirit Jade Fan sememangnya hebat. Aku mula jatuh cinta kepada senjata itu. Bisik hati ku sambil tersenyum.
Pada subuh hari, Guan Yu, Yu Dayou memanggil aku. Di hadapannya, dia menyoal pelbagai soalan. Syukur semua soalan aku boleh jawab. Disebabkan oleh Guan Yu, Yu Dayou, aku sudah mencipta satu sejarah di dalam hidup ku. Sepanjang aku hidup, aku tidak pernah menghabiskan sebanyak lima buah buku dalam satu malam. Tahniah kepada Guan Yu, Yu Dayou. Dia ialah orang pertama yang berjaya membuatkan aku habis membaca sebanyak lima buah buku. Setelah aku lulus ujian kefahaman, Guan Yu, Yu Dayou barulah mengajar aku teknik kipas tersebut. pada masa itu, aku memberi tumpuan sepenuhnya untuk mempelajari ilmu kipas itu. Mempelajari sesuatu sememangnya sukar tetapi jika ada keinginan, segalanya akan menjadi mudah.
YOU ARE READING
Starry Night: Dream Me
FantasyKagami Rin, seorang gadis yang menginginkan kehidupan biasa. Namun keinginan itu gagal dicapai kerana dia dilahirkan dengan kuasa. Kuasa yang ada pada dirinya itu telah menyebabkan dia disisir oleh masyarakat. Tahun demi tahun, Kagami Rin berusaha a...