Di taman istana, aku duduk di dalam pondok sambil alat muzik koto (Koto = Alat muzik tradisional Jepun). Udara di taman ini amat segar. Maka muzik yang dihasilkan juga akan indah. Semasa aku sedang menikmati keharmonian muzik daripada koto, aku mendengar tapak kaki seseorang. Rentak tapak kaki pun aku boleh agak identiti orang itu. Sudah tentu, Zero yang datang melawat aku. "Kenapa kau datang?" Soal aku sambil memetik koto.
"Apa motif di sebalik rancangan kau berpura-pura melupakan memori kau bersama Lancel?"
Soalan Zero langsung tidak mengejutkan aku. Aku boleh agak yang dia akan menyoal soalan tersebut. "Untuk menyeksa mereka yang membuat aku menderita." Balasku sambil jari ku memetik koto.
Zero duduk di hadapan aku. "Jika kau ingin menyeksa mereka yang menyakiti kau, kenapa kau harus pura-pura lupa ingatan? Kau boleh membalas dendam secara langsung dengan memberi ancaman kepada mereka. Kau juga boleh menakutkan Xi Qin Lu dengan mudah. Xi Qin Lu tidak berani menyentuh kau jika dia tahu identiti sebenar kau." Kata Zero.
Aku tersenyum. Tangan ku masih memetik kota. "Mereka membuli aku dengan menggunakan psikologi. Mereka memutar belit fakta bersama lakonan hebat mereka. Dalam sajak tradisional Jepun pernah berkata hanya seorang yang lebih kuat sahaja yang boleh mengalahkan orang yang kuat. Itu bermaksud, jika aku ingin mengalah seseorang yang licik, aku mesti menjadi lebih licik daripada mereka. Lancel mencintai aku. Walaupun aku tidak bersama dia, aku tetap memegang hatinya. Seorang lelaki yang amat mencintai seorang wanita dan gagal melindungi cinta mereka pada masa lalu tidak akan membiarkan cintanya gagal untuk kali kedua jika dia bertemu dengan wanita yang sama buat kali kedua. Lelaki itu pasti akan berusaha untuk mendapatkan semula hati wanita yang dia cintai. Dengan kata lain, Lancel akan mengejar aku kembali. Xi Qin Lu pula akan berasa terancam kerana dia tidak boleh berbuat apa-apa. Jika dia bertindak, hubungan baik antara Demon Realm dan Celestial Realm akan hancur. Jadi, Xi Qin Lu akan terus makan hati dan ibu mertua ku akan terus terasa hati kerana anaknya asyik mengejar aku." Kata ku kepada Zero.
"Jadi, apa yang akan memanfaatkan kau?" Soal Zero.
"Seseorang seperti Xi Qin Lu tidak akan berdiam diri. Dia pasti akan cuba menyerang aku dengan mencari kelemahan aku. Sama ada cepat atau lambat, Xi Qin Lu akan menyentuh aku juga. Semasa dia menyentuh aku, aku akan membalas dendam aku dan memijaknya sama seperti dia memijak aku. Ibu mertua ku tidak akan mampu melakukan apa-apa setelah Xi Qin Lu kalah. Jika dia mengarahkan tentera untuk membuat rusuhan dengan Demon Realm, aku akan menggunakan senjata terakhir ku dan membunuh mereka semua termasuk Celestial King yang telah menghakimi aku secara tidak adil. Sekarang aku ingin lihat tindakan Lancel dan aku akan cuba mengawal Lancel menggunakan cara aku." Balas ku.
"Membunuh Celestial King bukan sesuatu yang baik." Kata Zero.
"Menghakimi yang salah juga tidak adil. Seorang Celestial King, dia tidak boleh mempunyai sifat berunsur negatif. Jika dia memiliki sifat berunsur negatif, dia juga layak dihukum. Dalam kes aku dan Xi Qin Lu, dia sepatutnya mendengar kedua-dua belah pihak. Bukannya mendengar sebelah pihak sahaja." Balasku.
"Rin, dunia ini tidak akan stabil jika celestial King tiada." Ujur Zero.
"Kekadang apabila seseorang itu berada di atas, mereka lupa daratan. Kau mungkin merasakan aku melakukan ini untuk diri ku tetapi kau juga harus ingat. Jika aku tidak melakukan ini, keadaan tidak akan berubah. Dunia sudah tidak seimbang semenjak Celestial King bersikap tidak adil. Aku akan mengembalikan keseimbangan dunia tersebut dan aku akan menyelamatkan dunia magik ini dengan cara aku sendiri walaupun aku akan terkorban." Kataku. Zero terdiam.
Pada petang itu, aku duduk di dalam bilik bersendirian sambil membaca buku. Demon King datang menemui aku. Dia duduk di atas sofa dan melihat kelakuan ku. Aku hanya diam menanti permulaan perbualannya. Sekian lama berdiam, Demon King memulakan perbicaraan antara aku dengan dia. "Kekadang atuk rasa kau lebih kejam daripada Siyan. Atuk dengar semua perbualan kau dengan Zero. Adakah kau merasakan semua ini betul? Jika kau membunuh Celestial King, dunia ini akan hilang keseimbangan." Kata Demon King. Nampaknya dia beranggapan rancangan aku ini keterlaluan.
"Walaupun saya mewarisi kuasa Siyan, saya bukan Siyan. Rin tetap Rin. Atuk, Celestial Realm tidak akan kehilangan warisnya. Apabila Celestial King mati, Lancel akan menaiki takhta tersebut. jadi tiada masalah dalam soal itu. Atuk merasakan Lancel tidak layak menjadi Celestial King? Atuk silap. Di dalam tubuh Lancel, saya boleh merasakan yang kuasa Lancel dan Celestial King sama. Jadi sepatutnya tidak menjadi masalah jika Celestial King tewas dalam peperangan ini. Lagipun, saya memang merancang untuk memberikan Lancel jawatan itu. Apabila Lancel menguasai takhta, kuasa ibunya akan berkurang." Balasku.
Demon King menghembuskan nafasnya. "Kau sememangnya degil sama seperti bapa kau. Atuk tidak tahu sama ada perkara yang kau lakukan ini salah atau betul tetapi atuk menasihati kau agar redakan kemarahan di dalam hati kau dahulu sebelum membuat keputusan." Kata Demon King. Aku hanya mendiamkan diri. Aku berfikir jika aku memaafkan mereka, maka semua rancangan ini tidak akan wujud. Bagi ku, dendam yang aku pegang sekarang ialah pemangkin untuk semangat aku mengajar orang yang disangka baik tetapi busuk di dalam.
"Saya sudah fikir. Jika saya gagal, saya rela mengambil nyawa saya sendiri." Balasku. Demon King tidak berkata apa-apa. Dia mendekati aku dan menampar pipi ku.
"Qu Ye Rin, awasi kata-kata kau. Berjaga-jaga dengan setiap perlakuan kau. Kau harus ingat sesuatu, Qu Ye Rin. Sekarang ini, kau bukan Kagami Rin. Kau juga bukan Bai Ye Rin. Sekarang ini kau ialah Qu Ye Rin, puteri mahkota untuk Demon Realm dan menjadi pemerintah untuk Demon Realm suatu hari nanti. Kau fikir dengan mengambil nyawa kau jika kau kalah peperangan akan menyelesaikan semua masalah kau? Xiao Rin, di dalam dunia ini tiada sesiapa memikirkan diri kau kecuali kau. tiada orang yang menyayangi diri kau melebihi kau. mungkin silap atuk juga. Kalau atuk membesarkan kau di Demon Realm, kau tidak akan jadi seperti ini." Kata Demon King lalu berjalan keluar dari bilik ku. aku mendengar pintu ku dihempas.
Semenjak aku datang ke dalam istana ini, aku tidak pernah melihat Demon King memarahi aku. Ini kali pertama dia menampar aku dan meninggikan suaranya kepada aku. Namun, aku tidak boleh menyalahi dia kerana aku salah. Benar kata Demon King. Tiada sesiapa menyayangi aku melebihi ku. tiada sesiapa memahami aku melainkan diri ku sendiri. Membunuh diri kerana tewas tidak akan menyelesaikan masalah. Nampaknya, aku harus lebih berhati-hati dalam rancangan aku mempermainkan Lancel dan Celestial Realm. Aku akan memastikan semua rancangan aku berjalan dengan lancar.
YOU ARE READING
Starry Night: Dream Me
FantastikKagami Rin, seorang gadis yang menginginkan kehidupan biasa. Namun keinginan itu gagal dicapai kerana dia dilahirkan dengan kuasa. Kuasa yang ada pada dirinya itu telah menyebabkan dia disisir oleh masyarakat. Tahun demi tahun, Kagami Rin berusaha a...