Suatu hari di sekolah, aku melihat Lancel sedang duduk di atas bumbung bangunan. Dia merenung matahari terbenam. Matanya mempunyai reaksi sedih. Renungannya mengingatkan aku kepada Li Sheng. Walaupun Lancel pernah menyakiti aku tetapi aku ingin mendekatinya. Aku ingin tahu kebenaran. Aku menemui Li Sheng tanpa pengetahuan Alex. "Kau pasti ingin tahu alasan aku, kan?" Soal Lancel. Aku tidak menjawab soalannya. Lancel menoleh melihat aku. "Aku hidup dengan memori Li Sheng. Keindahan yang Li Sheng kongsi bersama Siyan. Memori tragis antara dua insan. Semua itu amat menyedihkan. Namun, itu bukan alasan aku untuk menyakiti kau pada dua minggu yang lalu." Kata Lancel.
"Jadi, apa alasan kau menyakiti aku?" Soal ku.
"Sikap kau yang ingin mengelak dari kebenaran telah membunuh seseorang. Sepuluh tahun yang lalu, kau cuba mengelak daripada Scorpio. Scorpio menyedari kau ialah budak yang lahir dengan memori dan kuasa Siyan. Sejujurnya kau tahu cara untuk melawan Scorpio tetapi kau tidak melakukannya kerana kau terlalu fikir tentang pandangan masyarakat. Aku terus berlari dan berlari. Kemudian, seorang lelaki muncul dan menyelamatkan kau. Harga menyelamatkan kau ialah nyawanya. Disebabkan lelaki itu menyelamatkan kau, aku hilang bapa aku. Aku menyalahkan kau dan Scorpio pada masa itu. Oleh sebab itu, aku belajar menggunakan kuasa Aquarius sepenuhnya. Aku boleh berlawan dan membunuh Scorpio bila-bila masa tetapi aku gagal melakukan itu untuk kau. Aku tidak boleh berlawan dengan kau kerana melihat kau akan membuat aku mengingati memori Siyan dan Li Sheng. Jadi, aku memutuskan untuk menyakiti kau dengan cara lain." Kata Lancel.
Aku terdiam. Memori pada sepuluh tahun yang lalu kembali. Aku melihat betapa tragisnya kematian lelaki itu di hadapan aku. Pada masa itu, hanya Tuhan sahaja tahu betapa kesalnya aku. Kemudian aku ingat seorang budak lelaki datang dan menangis di hadapan jasad lelaki itu. Aku takut dan meninggalkan mereka berdua. Mungkin aku yang kejam dalam masalah ini. tidak hairanlah jika Lancel membenci ku. "Aku minta maaf. Pada masa itu, aku ingin masyarakat menerima aku. Aku enggan menggunakan sebarang kuasa sihir. Aku tidak tahu yang kau menderita sehingga ke tahap itu." Kataku kepada Lancel sambil air mata membasahi pipi.
Lancel memandang aku dengan pandangan dingin. "Walaupun kau minta maaf, aku tidak rasa yang bapa aku akan kembali. Tetapi jangan risau. Kau akan mendapat balasannya kemudian. Detik demi detik, aku akan menyakiti kau. Aku akan memastikan yang dendam aku kepada kau dan Scorpio terbalas." Kata Lancel lalu pergi meninggalkan aku.
Selepas mendengar penjelasan Lancel, hilang ciuman pertama tidak sekejam kehilangan seorang bapa. Aku juga kehilangan ibu bapa aku tetapi aku tidak berasa perit seperti Lancel kerana aku tiada memori tentang mereka. Jika dibandingkan dengan Lancel, aku rasa Lancel jauh lebih menderita daripada aku. Aku tiada hak untuk memarahi Lancel sedikit pun.
Di malam yang sunyi, aku duduk di atas katil ku sambil memikirkan kata-kata Lancel. Rakan sebilik ku sudah tidur nyenyak. Hanya aku yang berjaga. Hati aku tidak tenang. Aku turun dari katil ku dan keluar dari asrama perlahan-lahan tanpa sebarang bunyi. Pada malam itu, aku pergi ke Family Mart. Aku membeli beberapa jenis makanan, iaitu nasi kari, telur gulung, kepingan ayam, manisan, minuman dan banyak lagi. Kalau diikutkan pengambilan makanan di tengah malam kurang sihat tetapi aku tidak makan dari tengahari tadi. Tidak mengapalah jika aku ingin makan sebanyak ini.
Selepas selesai menjamu selera, aku berjalan pulang. Dalam perjalanan pulang, aku ternampak Lancel dan Scorpio bertarung antara satu sama lain. Mereka berdua menggunakan kuasa sihir dan saling menyerang antara satu sama lain. Aku bersembunyi agar mereka tidak sedar kehadiran ku. Dari tempat persembunyian, aku memerhati pertarungan mereka yang berbahaya itu. Namun, aku tidak boleh bersembunyi lagi kerana aku melihat Lancel cedera. "Kau hanya kelahiran semula Aquarius. Kau tidak setanding dengan aku." Kata Scorpio lalu membentuk kuasanya untuk membunuh Lancel.
Masa berlalu dengan cepat. Aku tidak tahu tindakan aku. Tertiba tangan ku memegang pedang. Aku keluar dari tempat persembunyian dan menghalang Scorpio daripada mencederakan Lancel. Scorpio terkejut melihat kehadiran aku. Di saat Scorpio tergaman, aku menyerangnya bertubi-tubi tanpa berhenti sehingga Scorpio cedera. "Kau berketurunan dewa dan aku berketurunan syaitan. Kekuatan dewa hanya akan tercapai jika hati mereka mulia. Kekuatan syaitan tercapai apabila hati mereka gelap. Perbuatan kau bertentangan dengan keturunan kau dan perbuatan aku masih seiring dengan keturunan ku. adakah kau fikir kau mampu mengalahkan aku?" Ayat itu keluar dari mulut ku tanpa aku sedari. Tubuh ku seolah-olah dikawal oleh seseorang. Pedang ku menunding di leher Scorpio. "Terima kasih kepada kau. Semakin kau mendesak ku, semakin gelap hati ku dan semakin kuat aku. Sekarang nyah kau dari pandangan ku." Kata ku lalu menyerang Scorpio. Scorpio yang cedera memilih untuk melarikan diri.
Apabila Scorpio menghilang, aku memandang Lancel. Aku menghampiri Lancel dan merawat lukanya. "Kenapa kau tidak menggunakan kuasa kau pada 10 tahun yang lalu? Jika kau guna kuasa kau, bapa aku tidak mungkin meninggal dunia." Kata Lancel yang sedang menahan kesakitan akibat luka.
Aku terus merawatnya. "Pada 10 tahun yang lalu, hidup aku dipenuhi dengan ketakutan. Ketakutan yang sepatutnya aku melawan tetapi aku memilih untuk melarikan diri. Aku minta maaf atas kematian bapa kau. dalam sejarah menyatakan Siyan mementingkan diri. Aku rasa aku telah mewarisi sifat itu. Tambahan pula, darah ku berketurunan Demon King." Kataku kepada Lancel sambil merawat lukanya.
Beberapa minit kemudian, luka Lancel beransur pulih. Aku bersyukur kerana aku boleh merawatnya. Aku berdiri dan meninggalkan Lancel tetapi Lancel memegang tangan ku. "Adakah kau mengetahui sesuatu yang Li Sheng tidak tahu pasal Siyan?" Tanya Lancel. Aku terdiam seketika. "Memandangkan kau mempunyai memori Siyan, kau pasti mengetahui sesuatu." Tambah Lancel lagi.
"Di dalam mimpi ku, Siyan pernah berkata sesuatu. Manusia menganggapnya wira dan ahli sihir menganggapnya syaitan. Namun, dua-dua anggapan silap. Siyan tidak pernah berniat untuk menyelamatkan manusia. Apabila ada ahli sihir yang cuba menunjuk kuasa, Siyan berlawan dengan mereka untuk mengukur kekuatan. Pada pandangan Siyan, manusia terlalu lemah untuk menjadi musuhnya. Disebabkan itu, dia tidak pernah menyentuh manusia." Kataku.
Lancel berdiri dan bersemuka dengan ku. "Tetapi kenapa dia sanggup menentang Li Sheng demi manusia?" Soal Lancel.
"Dia melihat dunia semakin teruk pada masa itu. Dia rasa jika dia menang, dia berupaya menghentikan kekecohan di dunia serta mencapai kekuatan dirinya. Li Sheng merupakan lelaki yang Siyan cintai. Siyan tidak sanggup memberitahu matlamat dia yang egois itu kepada suaminya. Jadi dia terpaksa menggunakan alasan lain. Namun, dia tidak menyangka kedegilannya telah membunuh suaminya. Akibat rasa bersalah, Siyan memilih untuk mati bersama dengan suaminya. Lancel, mimpi yang aku terima ibarat teka-teki. Selepas aku menerima memori terakhir Siyan, aku merasakan sebahagian memori Siyan sudah lengkap dalam ingatan aku. Pada 10 tahun yang lalu, aku tahu yang aku boleh berlawan dengan Scorpio tetapi aku tidak ingin melakukannya kerana hidup disingkir dalam masyarakat tidak semudah yang disangka. Aku pernah bertanya adakah aku ini datang dari dunia lain? Sekarang soalan itu sudah terjawab. Aku rasa aku tidak menyelamatkan bapa kau pada masa itu kerana keegoan aku sendiri." Kataku kepada Lancel. Lancel menggenggam tangan ku lebih kuat. Aku boleh rasa kemarahan Lancel. Aku menggenggam tangan Lancel lalu menciumnya. "Ini dendam aku terhadap kesalahan kau menyakiti ku." Kata ku kepada Lancel. Lancel tergaman. Aku tersenyum lalu pergi meninggalkan Lancel. Perlahan-lahan pedang ku menghilang dan aura sihir ku pudar.
Pada malam itu, aku nekad. Aku ingin berhenti melarikan diri dan berubah menjadi diri sebenar ku. sebelum ini, aku berasa takut dan enggan menjadi diri ku yang sebenar. Namun, setelah malam aku bertarung dengan Scorpio, aku menyedari semakin aku berlari, semakin masalah mengejar ku. aku harus berhenti melarikan diri dan menentang masalah aku. Walaupun aku bukan Siyan tetapi diri ku sedikit demi sedikit berubah mengikut diri Siyan. Mungkin kerana darah yang mengalir di dalam tubuh ku ini ialah darah berketurunan iblis.
YOU ARE READING
Starry Night: Dream Me
FantasiaKagami Rin, seorang gadis yang menginginkan kehidupan biasa. Namun keinginan itu gagal dicapai kerana dia dilahirkan dengan kuasa. Kuasa yang ada pada dirinya itu telah menyebabkan dia disisir oleh masyarakat. Tahun demi tahun, Kagami Rin berusaha a...