Aku memberitahu atuk tentang firasat aku mengenai kejadian yang berlaku kepada kumpulan Orange. Atuk mempunyai keistimewaan untuk mengesan kuasa magik melalui visual. Atu memaklumkan kepada aku bahawa perkara yang aku katakan itu benar. Atuk berpendapat bahawa ahli sihir sudah mula masuk ke dunia manusia. Nampaknya perisai yang dibina pada 400 tahun lalu sudah lemah. Pengorbanan yang dilakukan oleh Siyan dan 12 Calestial sudah kabur. Mungkin kerana itu, kewujudan semula Aquarius dan empat orang Dragon Witch kembali. Jika tidak, mungkin kuasa Dragon Witch sudah bubar. Oleh itu, atuk mencadangkan kepada aku agar aku kembali ke dunia magik.
Aku menerima tawaran itu kerana aku percaya bahawa aku mampu membalas dendam jika aku menemui titik kekuatan. Namun, harga menerima tawaran itu ialah pengorbanan ku dalam bidang hiburan. memilih jalan ke dunia magik telah menyebabkan berita kehilangan aku di dunia manusia tersebar luas. Pelbagai spekulasi tentang kehilangan aku telah dipaparkan. Ada yang menyatakan aku ini diculik. Ada yang menyatakan aku mungkin dibunuh. Polis bekerja keras menjejaki aku. Malangnya mereka gagal. Aku mengabaikan semua spekulasi itu dan hidup sebagai ahli sihir. Aku diterima masuk ke dalam Starry Night Club melalui kerjasama atuk. Di dalam Starry Night Club, aku dilatih dan juga bekerja bersama mereka.
Starry Night Guild merupakan tempat perhimpunan untuk ahli. Setiap ahli sihir yang berada dibawah Starry Night Guild akan bekerja untuk kesejahteraan persatuan itu. Malah, mereka juga akan melindungi persatuan itu dari kejahatan. Di dalam Starry Night Guild, aku bertemu dengan Irene, Spring Natural Sky Dragon. Irene berkata yang Starry Night Guild ibarat rumahnya. Disebabkan itu, dia sanggup bekerja untuk Starry Night Guild. Irene merupakan seseorang yang berani mendekati aku. Mula-mula aku di Starry Night Guild, Irene selalu mengajak aku untuk menjalani misi-misi yang terdapat di papan kenyataan Starry Night Guild. Semasa kami berdua menjalani misi, banyak perkara telah aku belajar. Aku belajar untuk menstabilkan kuasa ku. aku belajar untuk mengawal kuasa ku. malah, aku juga belajar untuk memahami kehidupan sebagai seorang ahli sihir.
Dua bulan aku berada di dalam Starry Night Guild. Akhirnya aku memahami faktor yang membuat ahli-ahli di bawah Starry Night Guild sanggup berkorban demi persatuan ini. bagi ahli-ahli Starry Night Guild, kesusahan, keperitan, kegembiraan dan juga kasih sayang dikongsi bersama. Mereka hidup seperti keluarga. Jika Starry Night Guild musnah, maka tempat mereka berteduh akan hilang. Aku sepatutnya dibesarkan dalam Starry Night Guild dari dulu lagi. jika aku dibesarkan di dalam Starry Night Guild, aku mungkin tidak akan menderita.
Di suatu petang, aku duduk di tebing gunung. Aku merenung matahari yang terbenam. Tertiba seseorang datang menemui aku. "Matahari petang sememangnya cantik." Katanya. Aku mengangguk. "Semakin lama semakin kau mirip dengan Siyan. Siyan juga selalu sahaja duduk di tebing gunung. Apabila dia membunuh seseorang, dia pasti akan duduk di penghujung gunung untuk mengenangkan dirinya." Aku terdiam apabila lelaki itu berkata begitu. Aku tahu yang diri ku kini serupa dengan Siyan. Dalam masa dua bulan, sudah banyak ahli sihir jahat terbunuh di tangan ku. Aku sudah tidak sama seperti diri ku terdahulu.
"Aku dapat merasakan kuasa Aries di tubuh kau. Adakah kau ini Bai Yangzuo?" Soalku.
"Kau mengenali aku. Panggil aku Yangzuo sahaja." Katanya. Aku tersenyum. "Ini kali pertama aku melihat senyuman kau. cantik!" Katanya lalu duduk di sebelah ku. Yangzuo dan aku duduk bersebelahan sambil melihat matahari terbenam.
Semasa kami berdua sedang menikmati pandangan matahari terbenam, aku berkata kepada Yangzuo, "Bagaimana kau boleh menjalani kehidupan kau selama 400 tahun? Aku tahu semua Calestial tidak mati, kecuali Aquarius kerana Siyan membunuhnya. Aku hanya tertanya-tanya bagaimanakah kamu semua boleh hidup selama itu? Bukankah itu satu hukuman?"
Yangzuo tersenyum. "Adakalanya aku berfikir kehidupan selama 400 tahun itu ialah hukuman. Adakalanya aku fikir kehidupan selama 400 tahun itu ialah anugerah. Banyak suka dan duka di dalam memori ku. ada memori yang tidak dapat dilupakan. Ada memori yang teramat indah. Aku percaya yang hidup ini tidak selalu bahagia. semasa kita di atas, kita akan lupa di bawah. Apabila kita di bawah, kita akan memberontak. Namun, percayalah. Selepas kau melepasi fasa pemberontakan, hidup kau akan lebih bahagia." Kata Yangzuo.
Aku tersenyum. "Aku tidak boleh berkata apa-apa. Kau hidup lebih lama daripada aku." Kata ku. Yangzuo menyusap rambut ku.
"Renungan kau mirip Siyan. Aku dan Siyan merupakan kenalan. Kami selalu berborak. Semasa aku mengenali Siyan, tubuhnya selalu berbau darah. Matanya selalu sayu. Senyumannya jarang kelihatan. Aku selalu berjumpa dengan dia di penghujung tebing. Sekali pandang, dia seperti ingin membunuh diri. Walaupun aku mengenalinya lebih lama daripada Li Sheng, aku tidak memahami dia. kenapa dia selalu menunjukkan reaksi sedih? Kenapa dia selalu murung? Aku ingin tahu semua itu tetapi aku tidak berkesempatan bertanya. Apabila Li Sheng hadir dalam kehidupan Siyan, aku boleh melihat Siyan bahagia. senyuman ikhlas yang pernah aku lihat dari bibir Siyan ialah semasa hari perkahwinannya. Sepanjang kehidupan Siyan bersama Li Sheng, aku tidak pernah nampak Siyan bersedih. Aku fikir Li Sheng merupakan lelaki yang tepat untuk Siyan. Kehilangan Li Sheng telah meragut kebahagiaan Siyan. Oleh sebab itu, Siyan memilih untuk mengorbankan dirinya untuk dunia ini agar dia boleh bersama dengan Li Sheng. Kisah cinta mereka berdua menjadi lagenda. Namun, tiada sesiapa pun tahu kisah cinta sebenar Li Sheng dan Siyan." Kata Yangzuo.
Aku berdiri dan mengeluarkan pedang ku. di hadapan Yangzuo, aku menunjukkan tarian pedang. Sejujurnya, aku amat merindui kehidupan aku sebagai penyanyi. Aku mungkin pandai dalam vokal tetapi aku juga suka menyanyi. Namun, semenjak aku hadir di dunia magik, aku tiada masa untuk mencipta lagu atau muzik. Jadi, aku mula fokus kepada tarian. Tarian pedang ini dicipta berdasarkan strategik pedang ku. di dalam tarian itu, ada menunjukkan emosi dan juga perasaan yang aku rasa. Tarian tanpa muzik. Muzik hanya ada di dalam hati ku. Namun, dengan tarian yang aku persembahkan di hadapan Yangzuo, muzik kedengaran. Tarian yang tanpa muzik berubah menjadi tarian bermuzik. Aku terus menari dan menari sehingga berakhirnya muzik. Apabila berakhirnya muzik, aku menangis.
"Adakah kau merindui kehidupan kau?" Soal Yangzuo.
Aku menggeser air mata ku. "Aku merindui kehidupan aku. Tetapi aku tidak boleh pulang ke kehidupan lama kerana aku harus mencari 'dia'. 'Dia' telah membunuh dua orang rakan aku. Mereka ibarat adik-beradik aku. Hanya dengan mencari pesalah sebenar, aku boleh kembali ke kehidupan lama dengan aman." Kata ku kepada Yangzuo sambil menangis.
Yangzuo memerhati aku dengan pandangan simpati. "Aku boleh jadi jurulatih kau. Aku akan melatih kau untuk menjadi lebih kuat. Tetapi untuk melatih kau, aku ingin kau mengikuti aku." Kata Yangzuo. Pada masa itu, matlamat aku hanya ingin mencapai kekuatan. Jadi aku menerima tawaran Yangzuo itu. Aku memberitahu Irene tentang keputusan ku. Irene tidak ingin membiarkan aku pergi seorang diri. Jadi dia memutuskan untuk pergi bersama aku. Bermula pada hari itu, Yangzuo menyatakan bahawa aku dan Irene merupakan pasukannya. Disebabkan aku memilih untuk menjadi sebahagian ahli kumpulan Yangzuo, aku tidak boleh tinggal di bandar ku. aku meninggalkan bandar itu dan persatuan itu untuk seketika. Aku berjanji yang aku akan kembali ke persatuan itu suatu hari nanti setelah aku menjadi kuat.
YOU ARE READING
Starry Night: Dream Me
FantasíaKagami Rin, seorang gadis yang menginginkan kehidupan biasa. Namun keinginan itu gagal dicapai kerana dia dilahirkan dengan kuasa. Kuasa yang ada pada dirinya itu telah menyebabkan dia disisir oleh masyarakat. Tahun demi tahun, Kagami Rin berusaha a...