Chapter 19: Lelaki Seluling dan Penyembuh

53 3 0
                                    

Apabila aku sedar, aku berada di sebuah rumah. Aku merasakan seluruh tubuh ku sakit. Namun, aku tidak ingat punca kecederaan aku. Bukan itu sahaja, aku juga tidak ingat masa silam aku. Ingatan aku hanya mengandungi nama ku sahaja, iaitu Rin. Umur dan lain-lain aku tidak boleh ingat. Apa sudah berlaku? Aku bangun dari tidur ku. semasa aku sedar, aku mendengar bunyi muzik seluling. Kaki berjalan mencari bunyi muzik itu. Di ruang tamu, aku melihat seorang lelaki berambut emas sedang duduk di atas sofa sambil bermain seluling. "Kau sudah bangun?" Tegur seorang lelaki yang sedang membawa minuman. Lelaki yang sedang meniup seluling itu juga berhenti. "Kami jumpa kau di tepi tasik. Kau cedera. Syukurlah aku berjaya merawat kau. luka kau akan sembuh dalam tempoh seminggu. Luka kau agak dalam juga." Kata lelaki itu sambil menghidangkan air kepada lelaki seluling itu.

Lelaki seluling itu meminum air yang dihidang oleh sahabatnya lalu menyoal nama ku. "Siapa nama kau?" Itu soalannya.

"Rin. Aku tidak boleh ingat memori lepas aku. Aku juga tidak boleh ingat keluarga aku dan identiti diri ku. aku hanya boleh ingat nama aku sahaja." Kata ku.

"Aku tahu. Semasa aku merawat kau, aku menyedari yang kau hilang ingatan. Oleh sebab itu, aku ingin kau tinggal di sini. Melihat lambang di dahi kau, aku rasa kau mungkin berketurunan Fox Spirit tetapi aku juga rasa mustahil kerana semasa aku cuba memeriksa kuasa kau, aku mendapati tubuh kau tiada kuasa Fox Spirit. Kau seorang yang tiada kuasa magik." Kata lelaki yang membawa air tadi.

"Tidak mengapa. Oleh kerana kau tiada memori, kami akan menjaga aku. Aku ialah Archer dan dia ialah Shan Shui. Kami akan menjadi keluarga untuk kau, Rin." Kata lelaki yang memegang seluling di tangannya. Aku terdiam. "Rin, petang nanti saya akan pergi ke pasar. Kamu mahu ikut?" Soal Archer.

Aku terdiam. "Boleh saya panggil kamu abang? Saya rasa kamu semua lebih tua daripada saya." Kata ku. Archer dan Shan Shui ketawa kecil.

"Sudah tentu boleh." Katanya. Aku tersenyum. Semenjak hari itu, mereka menjadi keluarga aku. Mereka menjaga aku dengan baik. Apabila aku sakit dan berada dalam kesusahan, mereka akan membantu aku. Archer dan Shan Shui memberikan aku sebuah erti kekeluarga. Sedih, duka, gembira dan bahagia, kami bertiga kongsi bersama. Mereka selalu merisaukan keadaan aku. Hidup bersama mereka menyebabkan aku berasa kebahagiaan yang tiada had. Aku amat bersyukur kerana aku diberi kesempatan bertemu dengan mereka. Jikalau aku tidak ditemui oleh mereka, hidup aku sudah tentu tamat. Terima kasih, Abang Archer dan Abang Shan Shui. Aku akan menghargai memori kita bersama.

Masa berjalan dengan pantas. Tanpa aku menyedari, aku sudah tinggal bersama Shan Shui dan Archer selama 10 tahun. Namun, wajah ku masih belum berubah. Begitu juga dengan Shan Shui dan Archer. Mereka kelihatan muda manakala wajah aku kelihatan seolah-olah aku masih remaja. Keadaan diri ku menyebabkan aku mula tertanya-tanya mengenai identitiku. Siapakah aku? Kenapa aku tidak kelihatan berusia? Apabila aku menyoal soalan itu kepada diri ku, aku berasa kecewa. "Rin, tolong abang pergi ke pasar sebentar untuk beli barang memasak hari ini." Jerit Archer.

"Baiklah." Balasku lalu berlari keluar dari bilik ku. Aku memakai kasut dan berjalan menuju ke pasar harian. Aku tinggal di Kampung Aurora. Kampung Aurora ini didiami oleh ahli sihir yang lemah. Menurut penduduk di sini, kampung mereka dilindungi oleh dewa. Jadi keselamatan mereka sentiasa terjamin. jaminan keselamatan kampung itu membolehkan mereka menjalankan aktiviti harian seperti bercucuk tanam, perdagangan, berniaga dan juga memburu. Pasar harian Kampung Aurora merupakan syurga makanan di kampung ini. ramai penduduk kampung suka mengunjungi pasar hari ini kerana semua barang yang diperlukan lengkap. Aku juga menyukai pasar di sini kerana makanan yang aku suka ada dijual.

Semasa aku sedang berkeliaran di pasar harian itu, ada beberapa orang jahat menganggu aku. Mereka membuat aku tidak selesa. Malah mereka juga memegang tangan aku. Aku cuba melarikan diri tetapi mereka menyekat aku. Aku terperangkap. Aku ingin menjerit memanggil Archer dan Shan Shui tetapi mereka tiada bersama aku. Pada masa itu, aku ingin menangis sahaja. Namun, bantuan hadir semasa aku berada dalam kesusahan. Seorang lelaki yang sebaya dengan aku datang dan belasah penjahat-penjahat itu. "Jika kau berani menyentuh perempuan ini lagi, nahas kau!" Ancam lelaki itu. Penjahat-penjahat tersebut melarikan diri selepas diberi amaran oleh lelaki tersebut.

Syukurlah ada orang menyelamatkan aku. Aku harus mengucap terima kasih kepadanya. "Lelaki muda, terima ka...." Belum sempat aku menghabiskan ayat ku, lelaki itu memeluk ku. "Aku tidak sangka yang kau selamat, Rin." Dia memeluk aku dengan kuat seolah-olah dia kehilangan seseorang. Pada masa itu, aku menolaknya dan menampar lelaki tersebut. "Dasar penggatal!" Kata ku lalu pergi meninggalkan lelaki itu. Lelaki itu menarik tangan ku lalu mencium bibir ku. Semasa lelaki itu mencium bibir ku, aku merasakan yang air matanya mengalir. Tertiba memori aku mengimbas sesuatu. Memori mengimbas ingatan aku mencium seseorang. Dalam imbasan itu, aku tidak mengingati wajah lelaki tersebut tetapi rasa ciuman yang lelaki ini berikan amat mirip dengan imbasan aku. Lelaki itu menghentikan ciuman itu dan menyentuh pipi ku tidak lama kemudian. "Kau sememangnya kejam. Kau sanggup meninggalkan semua orang tanpa berita." Kata lelaki itu sambil merapatkan dahinya dan dahi ku.

Perlahan-lahan aku menolak lelaki itu. "Saya rasa awak salah orang. Saya tidak mengenali awak." Kataku lalu cuba melepaskan diri ku dari pelukannya.

Namun, lelaki itu memegang ku dengan kuat sekali. "Rin, kalau aku buat salah, aku minta maaf tetapi jangan tolak aku dengan menyatakan kau tidak mengenali aku. Kau menyakiti hati ku. Rin, mari kita pulang ke Kampung Qing Qiu. Keluarga kau menunggu kau." Kata lelaki itu. Aku tidak memahami kata-katanya. Oleh sebab itu, aku menolaknya.

"Lepaskan aku. Aku tidak mengenali kau. lepaskan aku." Protes ku.

Semasa aku berkata begitu, lelaki itu kelihatan sakit mendalam. "Rin, kenapa kau kejam sangat? Kau tahu aku mencari kau seperti orang gila. 10 tahun kau menghilangkan diri tanpa berita dan khabar. Perlukah kau berkelakuan kejam seperti ini?" Lelaki itu meninggikan suaranya.

Di saat lelaki itu meluahkan luahan hatinya, hati aku juga berasa sakit seolah-olah aku memahaminya. Aku merenung wajah lelaki itu. Tertiba suatu imbasan hadir. Aku melihat lelaki itu berpakaian kemeja, berjaket dan seluar panjang. Terdapat lencana di jaketnya. Dalam imbasan itu, ramai lelaki memakai pakaian yang sama. Aku merasakan seolah-olah aku berada di dunia lain. Ketika imbasan itu datang, kepala aku berasa sakit sangat. Kemudian segalanya menjadi gelap. Deria yang terakhir aku rasa hanyalah kesakitan dan juga bising. Di dalam hati ku, aku menyoal siapakah lelaki ini? Cara dia berbicara, dia seolah-olah mengenali aku lebih lama. Adakah dia merupakan salah seorang dari masa silam ku? Jika benar, katakanlah. 

Starry Night: Dream MeWhere stories live. Discover now