Chapter 16: Perkongsian Nama Keluarga

63 3 0
                                    

Selepas aku meninggalkan Lancel, aku terus pergi menemui Yuri. Yuri datang kepada ku dengan cemas sekali. "Apa sudah berlaku? Kamu baik-baik sahaja, kan?" Soal Yuri sambil memegang tubuh ku. Aku hanya berdiam diri. Kemudian, Yuri melihat wajah ku. "Rin, apa sudah berlaku? Muka kau kemerahan." Kata Yuri. Aku memegang ke arah lain kerana malu. "Rin, adakah dia melakukan sesuatu kepada kau? kalau betul, biar aku belasah dia." Kata Yuri sambil mengeluarkan api di tangannya. Aku menggunakan kuasa ku untuk memadam api itu.

"Tiada apa. Mari ikut aku." Ajak ku. dengan menggunakan kuasa teleport, aku membawa Yuri ke tempat kesukaan ku, iaitu tempat pohon berbunga. Yuri melihat tempat itu. Di tempat itu, terdapat sebuah pondok. Ada perubahan di tempat ini. Aku menghampiri pondok itu. Di pondok itu tergantung satu papan tanda. Ada tulisan terukir di papan tanda itu. Selamat Hari Kelahiran, Bai Ye Rin. Semoga segala yang kau impikan akan tercapai. Aku tahu yang tempat ini merupakan tempat kegemaran kau. Jadi, aku membina pondok ini agar kau mempunyai tempat untuk bersendirian. Aku menggunakan kuasa magik ku agar pohon berbunga tidak akan layu. Oleh itu, aku menamakan tempat ini sebagai Peach Blossom. -Bai Yangzuo-. Itulah kenyataan yang terdapat di papan tanda tersebut.

"Bai Yangzuo.... Dia benar-benar menyayangi kau. Kamu berdua berkongsi nama keluarga yang sama." Kata Yuri. Aku memberi pandangan aneh. "Kau tidak tahu yang Yangzuo juga salah seorang ahli keluarga Bai?" Soal Yuri. Aku keliru. Keluarga Bai mewarisi kuasa Fox Spirit. Mustahil jika Yangzuo ialah ahli keluarga Bai. Disebabkan aku tercengang, Yuri mengeluh. "Baiklah. Aku akan menceritakan kepada kau. Bai Yangzuo merupakan adik kepada datuk kau. Datuk kau boleh menguasai kuasa Fox Spirit manakala adiknya gagal menguasai kuasa Fox Spirit. Apabila dia mencapai usia lima tahun, keluarga Bai merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan Yangzuo. Mereka merasakan seperti Yangzuo memiliki keistimewaan seperti keturunan Celestial. Jadi, keluarga Bai membawa Yangzuo pergi ke Istana Celestial untuk bertemu dengan Celestial King. Celestial King mendapati Yangzuo ialah Aries. Oleh itu, Yangzuo dibesarkan di istana Celestial bersama pahlawan Celestial yang lain." Kata Yuri.

Aku terdiam seketika untuk berfikir. Jika diingatkan kembali, Yangzuo memberi layanan istimewa kepada aku. Mungkin kerana dia juga berdarah keluarga Bai, jadi dia boleh mengetahui identiti aku dengan mudah. Apabila aku bertanya soal ibu aku kepadanya, Yangzuo tidak begitu ingin menjelaskannya. Mungkin dia terlalu mengenali ibu aku, dia tidak dapat menceritakan banyak perkara tentang ibu ku. "Yangzuo, tidak pernah menceritakan apa-apa tentang ibu ku semasa dia menjadi guru ku. Aku tidak menyangka yang dia menyimpan rahsia sebesar ini." Kataku.

"Kau merindui Yangzuo?" Soal Yuri.

"Apabila kau menyebut tentang Yangzuo, tertiba aku berasa rindu kepadanya." Kata ku. Yuri hanya terdiam.

Apabila hari sudah menjelang senja, Yuri pulang. Dia meninggalkan aku di dalam pondok yang dibina oleh Yangzuo. Yangzuo seorang yang hebat. Pondok yang dia bina untuk ku amat cantik. Dari luar, aku hanya nampak sebuah pondok tetapi apabila aku melangkah kaki ke dalam, aku nampak pondok ini lebih kepada rumah. Yangzuo sememangnya kreatif. Selepas Yuri pergi, aku membaringkan tubuh ku di atas katil yang sudah disediakan di dalam bilik. Tinggal di sini sememangnya selesa. Pada malam itu, aku tidur di pondok tersebut. tidur ku amat nyenyak sekali.

Cahaya terang mula masuk ke dalam pondok itu melalui jendela. Mata ku perlahan-lahan buka. Nampaknya hari sudah bertukar. Udara pagi di sini amat segar. Aku bangun dari katil dan berjalan keluar dari pondok itu. Suasana amat sunyi. Amat sesuai untuk aku memulakan latihan pada awal pagi. Di dalam kebun berbunga, aku memulakan latihan kipas ku. Aku cuba mengaplikasikan semua ilmu yang aku belajar dari Guan Yu, Yu Dayou. Dalam latihan itu, aku juga cuba menstabilkan kuasa Fox Spirit. Sebelum ini, aku pernah mencuba kuasa Fox Spirit tetapi aku selalu gagal. Untuk kali pertama, aku berjaya mengaplikasikan kuasa ini. Akhirnya, aku boleh menguasai kuasa ibu ku.

Clap!!! Clap!!! Clap!!! Aku mendengar bunyi seseorang menepuk tangan. Aura yang hadir di kebun bunga itu juga sudah cukup membuat aku mengenali si dia yang muncul. "Yangzuo!" Aku menoleh ke belakang sambil menyebut namanya lalu memeluk Yangzuo.

Yangzuo mengetawakan kelakuan ku. "Kamu tidak pernah berubah. Walaupun sudah banyak tahun berlalu, kamu masih bersikap seperti kanak-kanak. Dalam masa lebih kurang 30 tahun ini, saya melihat kamu menjadi lebih bersifat kewanitaan." Kata Yangzuo. Aku tersenyum dengan sindiran Yangzuo. "Ye Rin, saya dengar kamu ada mencetus masalah dengan Lancel, benar?" Soal Yangzuo.

Reaksi wajah ku terus berubah. "Lelaki tak guna itu! Dia selalu menyakitkan hati aku. Lihat dia sahaja sudah menyampah. Celaka! Haram jadah! Kenapalah dia tak jahanam sahaja?" Protesku dengan mengupat Lancel.

Yangzuo ketawa. "Apa yang sudah berlaku? Pasti Lancel melakukan sesuatu kepada kau." Tekaan Yangzuo benar. Apabila dia menyoal soalan itu, aku menjadi malu secara tiba-tiba. Ingatan tentang kejadian semalam juga imbas kembali. Sial! Kenapa aku harus ingat kejadian itu? "Rin, kalau Lancel menyentuh kau, kau wajib berkahwin dengan dia demi maruah kau." Kata Yangzuo sambil tersenyum sinis.

"Apa? Biar betul saya mesti berkahwin dengan dia? macam mana saya nak kahwin dengan lelaki macam tu. Musnahlah hidup aku." Balasku.

Kali ini Yangzuo ketawa terbahak-bahak. "Ye Rin, kau jangan kurang ajar sangat. Dia itu Putera Mahkota Celestial Realm." Kata Yangzuo. Aku terdiam seketika.

Reaksi wajah ku menjadi serius. "Yangzuo, boleh aku tahu kenapa dua belas orang Celestial digelar sebagai putera juga sedangkan Lancel ialah putera sebenar?" Soalku. Yangzuo tidak berkata apa-apa lalu duduk di bawah pohon berbunga. "Kenapa kamu berdiam?" Aku mendesak Yangzuo untuk memberi jawapan.

Yangzuo mengeluh sebelum menjawab soalan ku. "Aquarius, Aries, Scorpio, Libra, Taurus, Gemini, Sagittarius, Cancer, Capricorn, Leo, Virgo, dan Pisces merupakan sebahagian kuasa Celestial. Semasa Celestial Realm mengalami kesukaran, Celestial King terpaksa melepaskan kuasa zodiak untuk melindungi Celestial Realm. Semenjak hari itu, Celestial King memutuskan sesiapa yang menguasai kuasa zodiac, mereka akan menjadi anaknya. Oleh kerana aku memiliki kuasa Aries, aku terpaksa dibesarkan di Celestial Realm. Mereka yang memiliki kuasa zodiak akan menerima gelaran putera tetapi mereka bukan putera mahkota yang boleh mewarisi takhta di istana Celestial. Salah satu kuasa zodiak itu memilih anak kepada Celestial King, iaitu Li Sheng. Beberapa tahun kemudian selepas kejadian itu, Celestial King mencari pemilik kuasa zodiak dan mengumpulnya di Celestial Realm. Kami menerima latihan secukupnya dan hidup sebagai seorang putera di Celestial Realm. Kenangan itu sungguh indah. Dalam banyak-banyak putera celestial, Li Sheng merupakan putera yang disayangi ramai. Putera-putera celestial menyayangi Li Sheng bukan kerana dia ialah anak kepada Celestial King tetapi kerana sikapnya yang sederhana dan mengambil berat. Kami besar bersama. Kami mengenali antara satu sama lain. Jadi, tipulah jika aku tidak berasa apa-apa semasa kehilangan Li Sheng." Aku melihat Li Sheng menitis air mata.

"Adakah kau memarahi Siyan?" Soalku.

Yangzuo menggelengkan kepalanya. "Aku tidak memarahi Siyan. Semasa Li Sheng meninggal dunia, Siyan yang lebih menderita berbanding orang lain. Aku boleh melihat betapa hancurnya hati Siyan pada masa itu. Siyan tidak boleh mengendali kesedihannya. Oleh kerana dia gagal mengendali kesedihannya, Siyan bertukar menjadi Crystal Jade Eyes Dragon yang sebenar. Itulah kali pertama Siyan berubah menjadi Crystal Jade Eyes Dragon. Tetapi pada masa aku menyaksikan kematian Li Sheng, aku merasakan seluruh harapan ku musnah. Aku juga merasakan kehilangan yang mendalam. Sampai hari ini, aku masih boleh menerima pemergian Li Sheng." Kata Yangzuo. Semasa Yangzuo memberitahu pengalaman Siyan yang sedih kerana kematian Li Sheng, aku mengingati sesuatu. Aku melihat sendiri keadaan Siyan bersedih. Selepas dia mendapati suaminya tidak bernyawa, sayap di belakangnya muncul dan gaun putih yang dia pakai berubah menjadi warna kebiruan. Matanya juga berubah. Sebelah kanan, matanya berwarna biru dan sebelah kiri, matanya berwarna hijau.

"Adakah itu merupakan sebab kau enggan membenarkan aku memilih jalan kegelapan?" Tanyaku.

Yangzuo tidak memandang aku semasa dia menjawab soalan tersebut. "Kita berkongsi nama keluarga yang sama. Kita juga berkongsi darah keluarga Bai. Aku tidak ingin melihat kau menjalani kehidupan seperti Siyan. Sebab itulah aku menghalang niat kau." Kata Yangzuo.

Sekarang barulah aku memahami perbuatan Yangzuo. Yangzuo melihat penderitaan pada masa lepas. Yangzuo mengetahui penderitaan antara Li Sheng dengan Siyan. Oleh kerana dia melihat penderitaan sedemikian, Yangzuo enggan melihat aku menderita. Tambahan pula, dia mengetahui penderitaan yang aku alami pada masa kecil. Yangzuo menginginkan kebahagiaan untuk hidup ku tetapi aku tidak berasa bahagia apabila aku mendengar berita pertunangan aku dan Lancel. 

Starry Night: Dream MeWhere stories live. Discover now