Chapter 12: Kemaafan

71 7 0
                                    

Dalam masa 5 tahun, aku berjaya menguasai kekuatan ku dalam pedang. Usia ku kini sudah melebihi 17 tahun. Dengan kata lain, aku sudah mencapai kehidupan abadi. Hidup ku tiada penghujung. Mati ku hanya apabila ada musuh lagi kuat berupaya mengalahkan aku. Pada tahun ini, usia ku mencapai 21 tahun. Di dunia manusia, usia ini menunjukkan kedewasaan tetapi di dunia magik, usia ini masih boleh dikatakan muda dan tidak matang. Dalam tempoh lima tahun juga, aku tidak kembali ke Starry Night Guild. Aku merindui mereka tetapi aku tidak dapat menemui mereka kerana aku lebih memilih kekuatan ku. kini, cara pemakaian ku juga berubah. Status ku juga berubah. Kemahiran ku telah menyebabkan Master Bai menganugerahkan aku gelaran Qing Qiu Gong Zhu, Bai Ye Rin yang bermaksud Puteri Qing Qiu, Bai Ye Rin.

Status aku di kampung ini amat tinggi. Semenjak aku menerima status itu, gaya hidup ku berubah. Pertuturan, gaya dan adat juga berubah. Namun, hidup ku agak kesunyian. Oleh sebab itu, aku selalu pergi ke taman pohon berbunga. Di sana ada tasik. Aku suka melihat pemandangan tasik tersebut. Hanya di taman pohon berbunga yang mampu membuat hati ku terhibur. "Qing Qiu Gong Zhu!" Aku mendengar Bai Yi memanggil ku.

Aku menoleh dan memandangnya dengan senyuman. "Qing Qiu Wangzi!" Aku memanggilnya. Bai Yi ketawa lalu duduk di sebelah ku. "Kita tidak sepatutnya menggunakan nama itu." Kata ku. Bai Yi ketawa kecil.

"Bagaimana hidup di sini? Okay?" Soal Bai Yi.

"Bolehlah. Kekadang aku berasa menyesal kerana aku menerima status ini. secara tidak langsung, aku tidak boleh meninggalkan kawasan ini lagi." Kataku.

"Sama ada kau mahu atau tidak, kau harus menerima jawatan ini. Kau ingin tahu kenapa Master Bai memberikan kau status ini? Status yang kau pegang ini sebenarnya milik kau. Kau sememangnya puteri di Kampung Qing Qiu. Tambahan pula, kau sudah berupaya membangunkan kuasa Gumiho. Itu lebih baik." Kata Bai Yi. Wajah Bai Yi yang ceria berubah menjadi sayu. "Bai Ye Rin, aku rasa aku harus memberitahu kau tentang isu ini. Aku tahu yang bapa aku akan memarahi aku nanti tetapi aku tidak sanggup melihat kau hidup dalam kekeliruan. Kau pasti tidak faham kenapa kau menjadi puteri di kampung ini, kan? Sebenarnya kau ialah anak kepada Bai Qian Qian." Kenyataan yang dilafazkan oleh Bai Yi mengejutkan aku.

"Bai Yi, kau jangan melawak." Usik ku. Bai Yi menggelengkan kepalanya.

"Bai Qian Qian berkahwin dengan putera dari Demon Realm. Cinta mereka amat agung sehinggakan mereka sanggup melepaskan status mereka. Keajaiban berlaku kepada kau. jika diikutkan, kau sepatutnya menjadi manusia tetapi kau dilahirkan sebagai Immortal. Aku mewarisi dua kuasa yang berlainan. Kau menguasai kuasa Fox Spirit dan juga Demon Spirit." Aku terdiam semasa Bai Yi berbicara seperti itu. Kemudian aku berdiri.

"Bai Yi, lawak kau tidak lucu." Kataku lalu pergi meninggalkan Bai Yi. Ketika aku dalam perjalanan pulang ke bilik, aku berfikir dalam situasi aku yang berada dalam dilemma. Aku tidak tahu sama ada cerita yang dikatakan oleh Bai Yi benar atau tipu. Namun, nadanya tidak kelihatan seperti menipu. Sukar untuk aku mempercayai yang aku ialah anak Bai Qian Qian. Mustahil! Bai Qian Qian merupakan rujukan aku. Mustahil jika aku dan dia berkongsi darah yang sama.

Situasi sedemikian membuatkan aku tidak tahu sama ada aku harus bersedih atau bergembira. Kebenaran masih belum pasti. Tanpa aku mengenali wajah ibu bapa ku, mustahil untuk aku menilai kata-kata yang dikeluarkan oleh orang lain. Di dalam bilik, di hadapan potret, aku memerhatikan wajah Bai Qian Qian. Pada masa itu, baru aku menyedari yang wajah kami berdua seakan-akan mirip. Namun, itu tidak boleh menjadikan bukti untuk kata-kata Bai Yi. Oleh itu, aku memikirkan cara untuk membuktikan kebenaran itu. Aku akan membuat Master Bai atau bapa kepada Bai Qian Qian mengakui identiti diri ku.

"Shao Xing, aku ingin ke Devil Realm." Kataku kepada penjaga ku.

"Qing Qiu Gong Zhu, itu tidak boleh dilakukan." Kata Shao Xing.

"Beritahu Master Bai, aku ingin ke Devil Realm." Tegas ku. Shao Xing tidak membantah lalu beredar dari kamar ku.

Beberapa minit kemudian, seluruh ahli keluarga Bai berkumpul di bilik ku bersama Shao Xing. "Saya tidak mengizinkan kau ke Devil Realm." Kata Master Bai. Aku tidak berkata apa-apa lalu duduk di atas katil dengan pandangan sayu. "Kenapa kau ingin ke sana?" Soal Master Bai.

"Untuk mencapai matlamat saya, saya harus ke sana. di sana, saya mungkin boleh menemui kehidupan yang lebih baik." Kata ku. Reaksi wajah Master Bai berubah menjadi bengis. Tangannya kemudian hinggap di pipi ku.

"Kau langsung tidak berubah. Sikap kau sama dengan ibu kau. kehidupan di sini sudah cukup baik tetapi kamu berdua sanggup memilih kesusahan. Jika kau berani melakukan tindakan yang sama seperti ibu kau, saya tidak akan segan-segan mempenjarakan kau di pergunungan." Master Bai memarahi aku.

Bibir ku tersenyum sambil air mata ku mengalir ke pipi. "Master Bai baru menemui aku dalam masa lima tahun. Bagaimana Master Bai boleh berkata yang Master Bai ada hak untuk diri ku?" Kataku kepada Master Bai. Master Bai terdiam. "Selepas ibu saya meninggal dunia, Demon King memegang saya dan menghantar saya ke keluarga Kagami, keluarga angkat Bai Qian Qian. Saya hidup sebatang kara. Adik angkat Bai Qian Qian merampas semua hak ibu bapa saya. Saya dibesarkan sebagai manusia walaupun saya mempunyai kuasa. kuasa yang ada dalam diri saya menyebabkan ramai orang menghindari saya. Hidup di dunia manusia amat kejam. Kekejaman itu telah membuat saya fikir saya tiada keluarga." Kataku sambil menangis.

"Ye Rin.... Kami minta maaf. Kami tidak berani mengambil kau pada masa itu." Kata Ma Rui.

Aku ketawa dalam tangisan. Kemudian, reaksi wajah ku berubah menjadi serius. "Kenapa Master Bai tidak mengambil saya selepas Demon King membuang saya? Kamu berdua darah daging ku tetapi kenapa kamu berdua melepaskan tanggungjawab kamu? Tahukah apa yang saya hadapi sepanjang hidup saya di dunia manusia? Sakit! Derita! Sedih! Terpinggir! Saya fikir jika saya dipelihara oleh kamu, mungkin hidup saya lebih baik." Aku memberontak sambil menarik leher baju Master Bai. Master Bai membisu. Ma Rui datang dan memeluk ku.

"Nenek minta maaf." Ma Rui memeluk ku dengan erat. Dia juga menangis ketika memeluk ku. Manakala, Master Bai beredar dari kamar ku dengan reaksi wajah sedih bercampur bersalah. Seluruh ahli keluarga Bai memerhatikan aku. Mereka juga berasa bersalah terhadap ku. namun, pada masa itu aku langsung tidak peduli. Aku hanya menangis bersama emosi ku.

Pada waktu malam, Ma Rui menidurkan aku. Aku terlelap walaupun hati berasa sakit. Ketika aku ingin melelapkan mata, aku mendengar tapak kaki Master Bai masuk ke dalam kamar ku. Aku berpura-pura tidur. "Bagaimana keadaan Ye Rin?" Soal Master Bai.

"Dia sudah tidur." Kata Marui. Keadaan menjadi sunyi seketika. "Jika kita mengambil dia semasa bayi, mungkin dia tidak akan merasakan kesakitan dalam hidupnya. Kita juga silap kerana membiarkan manusia menjaganya. Saya tidak boleh membayangkan kehidupan Ye Rin semasa di dunia manusia." Kata Ma Rui sambil menyusap rambut ku.

"Saya juga silap. Kesukaran saya memaafkan Bai Qian Qian dan juga kemarahan saya terhadap Demon King telah mendorong saya untuk mengabaikan Ye Rin. Apabila dia datang ke sini pada lima tahun yang lalu, saya melihat imbasan Qian Qian di dalam dirinya. Selepas melihat dia, saya bertekad untuk mengambilnya. Ma Rui, mulai sekarang saya akan menjaganya. Kita harus memberi kehidupan yang bahagia untuk dia. ini sahaja yang mampu kita lakukan untuk membayar hutang kita kepada Ye Rin." Kata Master Bai. Aku hanya mendengar tetapi air mata ku mengalir. 

Starry Night: Dream MeWhere stories live. Discover now