Aku menghadiri majlis kesyukuran di Lembah Api bersama Zero. Di majlis itu, aku memakai pakaian berwarna peach dan putih serta beberapa penghiasan diri. Ramai tetamu di majlis itu berasal dari Celestial Realm. Aura mereka membuatkan aku berasa alergi dan mual. Hal ini demikian kerana kebencian aku terhadap Celestial Realm. Dalam keadaan dewan yang dipenuhi tetamu, Yuri turun bersama dayang-dayangnya. Yuri memakai gaun berwarna merah dan bermahkota di atas kepala. Yuri berjalan masuk ke dewan itu sambil bersalam dengan tetamu jemputannya. Yuri amat peramah. Sikapnya langsung tidak berubah walaupun sudah bertahun-tahun aku tidak bertemu dengannya.
Semasa Yuri sedang bersalam dengan tetamu, aku memberitahu Zero untuk dia mengurus keadaan di majlis tersebut. Zero mengangguk dan aku pergi meninggalkan dewan. Berada di dalam dewan membuat aku berasa rimas. Oleh sebab itu, aku memutuskan untuk berjalan-jalan di sekitar taman istana Lembah Api. Udara di taman Lembah Api sangat segar. Suasanannya juga nyaman. Melihat bunga-bunga yang mekar dan segar membuat tekanan aku hilang. Aku berasa lega apabila aku berada di taman ini. aku duduk di atas sebuah bangku sambil menikmati kesunyian taman itu.
Namun, semasa aku bersendirian, aku mendengar tangisan seorang budak. Mungkin budak itu kehilangan jejak ibubapanya. Jadi aku pergi mendekati budak yang sedang menangis itu. "Kenapa kau menangis?" Soal ku.
"Saya jatuh." Kata budak itu. Aku tidak berkata apa-apa lalu mengubati luka di kaki budak itu tetapi semasa aku hendak mengubati luka itu, aku perasan yang luka budak itu bercantum sendiri. Kebolehan itu hanya ada pada seorang berkelahiran sebagai gumiho. Semasa Demon King merawat luka parah ku, Demon King ada memberitahu aku yang sebahagian luka kritikal aku sudah dirawat. Demon King kata luka kritikal itu dirawat dengan sendirinya kerana kuasa Gumiho yang ada dalam tubuh ku. dalam kes aku, tiada yang mustahil kerana ibu aku ialah Gumiho. Tetapi budak ini agak aneh. Bagaimana dia boleh ada kuasa yang sama dengan aku? Mustahil jika budak ini juga ialah Gumiho.
Aku tersenyum kepada budak lelaki itu. Aku mengambil sapu tangan dan mengelap darah di tangan budak itu. "Kau sudah selamat. Kau boleh kembali ke ibubapa kau." Kataku lalu berjalan untuk meninggalkan budak itu.
Namun, langkah ku terhenti. Budak lelaki itu memeluk ku. "Mama! Mama! Jangan pergi." Aku terkejut apabila budak lelaki itu memanggil aku 'mama'. Kemudian, aku melihat Lancel datang bersama-sama beberapa orang pengawalnya. "Papa, saya sudah jumpa mama." Kata budak itu sambil berlari ke arah Lancel. Lancel memandang aku. Dia terkaku dan reaksinya menunjukkan dia terkejut. Takdir sememangnya kejam. Tiada sesiapa menduga yang aku akan berjumpa Lancel di tempat ini semula. Setelah sekian lama aku meninggalkannya, aku bertemunya kembali di sini. Lebih kejam lagi, aku bertemu dengan anak ku semula. Aku ingin menangis pada masa itu tetapi aku harus tahan kerana jika aku menangis, rancangan ku gagal.
Aku tersenyum. "Kau sudah berjumpa dengan bapa kau. saya minta diri dulu." Kataku lalu melangkah kaki ku meninggal mereka. Semasa aku hendak pergi, seseorang memegang tangan ku. Lancel merentap tangan ku. "Lancel, kau langsung tidak berubah. Kasar dan memaksa." Kataku.
"Kasar? Aku berhak marah. Kau pergi meninggalkan aku. Kau pergi meninggalkan anak kau." Lancel cuba menyalahkan aku dalam isu ini. Aku menolak Lancel.
"Jangan cakap seperti kita ada hubungan. Kita tiada apa-apa hubungan. Kau hanya membenci aku sebab aku membunuh bapa kau. Kita tak pernah berbaik. Kita hanya musuh." Aku berpura-pura seperti tidak mengingati ingatan aku bersamanya.
"Berani kau bercakap begitu kepada suami kau dan anak kau." Kata Lancel sambil memegang tangan ku.
"Lancel, apa yang kau cakap? Sejak bila kita berkahwin? Aku dan kau tiada hubungan." Aku memberontak. Semasa aku sedang memberontak untuk melepaskan genggaman Lancel, Zero datang dan memegang Lancel.
"Lepaskan dia." Kata Zero dengan tegas. Lancel melepaskan tangan ku. "Rin, kau tunggu aku di sana." Kata Zero. Aku hanya mengangguk dan menunggu Zero di tempat yang tidak jauh daripada tempat Zero dan Lancel. Pada masa itu, aku memasang telinga untuk mendengar perbualan Zero dan Lancel. "Lancel, jangan memaksa Rin." Kata Zero dengan nada simpati. Zero sememangnya pandai berlakon.
"Apa maksud kau? Dia isteri aku. Aku perlu mengambilnya kembali." Kata Lancel dengan nada agresif.
"Rin tidak ingat hubungan kau dan dia sebagai suami isteri!" Zero meninggikan suara. Bagus Zero! Kau sememangnya orang kanan terbaik ku. pada masa itu, aku melihat wajah Lancel terkejut. "Selepas Rin terjun ke dalam Xuexing Dong, Rin terjatuh di belakang istana Demon Realm. Demon King menemuinya. Demon King merawatnya. Apabila Rin sedar dari pengsannya, dia mempelajari memori kau dan dia amat menyakitkan. Rin tidak dapat menerima kenyataan yang matanya diambil dan diberi kepada Xi Qin Lu. Rin juga tidak dapat menerima kenyataan yang dia dihukum atas kesalahan yang dia tidak pernah lakukan. Dia juga tidak boleh terima orang yang dia cinta tidak mempercayai dia. terlalu banyak kesakitan yang Rin rasa semasa dia sedar dari pengsannya. Oleh sebab itu, Demon King mengunci semua memori Rin bersama kau. Rin hanya ingat kau bertunang dengan dia atas sebab keluarga Bai. Perkara yang Rin ingat ialah semasa dia berlawan dengan Victon, dia pengsan dan dia dibawa ke Demon Realm. Rin tidak kembali ke Kampung Qing Qiu kerana dia enggan berkahwin dengan kau." Kata Zero. Bibirku tersenyum. Biar Lancel berasa keliru dan bersalah.
"Jadi Rin melupai aku?" Tanya Lancel dengan nada tidak mempercayainya.
"Dia tidak melupai kau. dia hanya melupakan memori indah kau dan dia. memori yang Rin ada sekarang hanyalah memori sebelum Rin mencintai kau. aku harap kau faham." Kata Zero lalu meninggalkan Lancel. Zero datang kepada ku dan membawa aku pulang. Nampaknya, Lancel sudah masuk ke dalam perangkap ku. Aku ingin membuat dia berasa bersalah seumur hidup. Biar dia berasa bersalah atas kesalahannya.
YOU ARE READING
Starry Night: Dream Me
FantasiaKagami Rin, seorang gadis yang menginginkan kehidupan biasa. Namun keinginan itu gagal dicapai kerana dia dilahirkan dengan kuasa. Kuasa yang ada pada dirinya itu telah menyebabkan dia disisir oleh masyarakat. Tahun demi tahun, Kagami Rin berusaha a...