Chapter 31: Masihkah ada peluang?

54 2 0
                                    

Aku duduk di Peach Blossom sambil merenung matahari terbenam. Hari semakin senja. Angin semakin kencang. Zero menemani aku. Zero duduk di bawah pohon berbunga bersama meja kecil sambil menulis puisi. Manakala, aku pula sedang menulis lirik lagu berdasarkan pemandangan matahari terbenam. Ketika aku sedang mencari idea untuk menulis lagu, aku merasakan aura Lancel. Zero pergi meninggalkan aku. Manakala aku pula terus berada di tebing bersama kepingan muzik. "Aura Celestial sangat kuat." Kata ku apabila aku merasakan Lancel berada di belakang ku.

"Jika kau boleh merasakan aura Celestial, kau juga boleh merasakan aura Demon pada tubuh budak ini. budak ini memiliki darah campuran Celestial dan Demon." Kata Lancel.

"Aura Demon budak itu semakin pudar. Kita terlanjur berbual... boleh aku tanya kenapa kau berada di sini?" Soalku kepada Lancel.

"Aku hanya ingin melihat bakal isteri aku. Adakah itu salah?" Soal Lancel.

Aku tersenyum. "Aku rasa lebih baik jika kau membatalkan sahaja pertunangan kita. Aku bukan lagi Bai Ye Rin, Qing Qiu Gong Zhu. Aku sekarang ialah Emo Gong Zhu, Qu Ye Rin. Jika Celestial King mendengar khabar ini, aku tidak merasakan dia akan gembira." Kata ku.

"Tidak kira kau ialah Bai Ye Rin, Qu Ye Rin, Kagami Rin atau Hyera, kau tetap milik ku." Tegas Lancel.

"Sungguh tidak malu. Siapa kata aku ini milik kau? Kita tiada ikatan." Balas ku.

Lancel terdiam. "Li Larry, kamu duduk di dalam pondok. Papa ingin berbicara dengan mama." Kata Lancel. Aku terdiam. Jadi, anak itu bernama Larry. Larry? Dengar seperti gabungan. Adakah Lancel menamakan anak ini berdasarkan nama ku dan namanya. La merujuk kepada Lancel dan Ry merujuk kepada nama ku. nampaknya, Lancel ingin anak itu mengenali aku. Melihat anak itu, aku ingin memeluknya tetapi aku tidak boleh. "Sampai bila kau ingin menolak aku, Ye Rin? Aku tahu kau tidak bahagia. tetapi adakah kau perlu menghukum aku sampai ke tahap ini? benarkah kau tidak mengingati aku dan cinta kita?" Soal Lancel.

"Aku tidak tahu. Memori aku menyatakan kita tiada pertalian dan juga hubungan tetapi anak itu, emosi aku selalu sahaja berubah." Balasku.

"Jika kau melupakan aku, itu bermaksud kau juga melupakan Sagittarius dan Pisces." Kata Lancel. Lancel tahu menyerang kelemahan aku. Aku amat merindui Sagittarius, Archer dan Pisces, Shan Shui. Tidak! Aku tidak boleh membiarkan Lancel tahu penyamaran ku. "Reaksi kau berubah. Aku sudah agak kau berpura-pura." Kata Lancel lagi.

"Aku hanya terkejut apabila kau menyebut nama Archer dan Shan Shui." Balasku.

Bibir Lancel tersenyum. "Aku tidak menyebut nama Sagittarius dan Pisces tetapi kau boleh mengingati nama mereka. Hebat!" Kata Lancel. Sial! Aku cuai. Bagaimana aku boleh menyebut nama mereka? "Aku percaya kau hilang ingatan tetapi pada masa yang sama aku merasakan ingatan kau sudah kembali. Sekarang jawab soalan aku. Kenapa kau harus berpura-pura?" Soal Lancel dengan tegas.

"Memori kau dan aku amat menyakitkan. Aku tidak ingin mengingati memori itu. Apabila ingatan aku kembali, aku merasakan yang aku harus menguburkan semua memori kita berdua. Aku berasa bersyukur kerana ingatan aku kembali tetapi pada masa yang sama aku berasa sedih kerana memori itu kembali. Kau berkata kau akan menjaga aku tetapi kau tewas apabila ibu kau dan XI Qin Lu bersandiwara. Sandiwara mereka lebih agung daripada kejujuran aku. Apabila ingatan aku kembali, aku fikir perkahwinan dan hubungan kita ialah satu kesilapan." Tegas ku.

"Adakah kelahiran Larry juga satu kesilapan? Kau melahirkan dia!" Lancel meninggikan suaranya.

"Aku bersimpati dengan Larry kerana semasa aku melahirkan dia, aku masih dalam ujian percubaan syurga. Oleh sebab itu, aku tidak ingin menuntut hak untuk Larry walaupun aku ialah ibunya. Dia milik kau sepenuhnya." Balasku.

"Mungkin ini hukuman aku. Tetapi kau harus bersikap adil kepada anak ini. Anak ini amat mirip dengan wajah kau. Tiada apa pun yang dia mewarisi aku. Kau sepatutnya memberi peluang kepada anak ini walaupun kau membenci aku. Dia berkongsi darah dengan kau." Kata Lancel.

"Jika begitu, aku akan menjaga anak itu." Balasku lalu pergi meninggalkan Lancel. Lancel menarik tangan ku lalu memeluk pinggang ku.

"Sikap sebenar kau sudah kembali. Kau selalu bersikap dingin dan tidak mengendahkan perasaan orang lain. Namun, aku ingin melihat sejauh mana kau boleh mengendah semua perasaan kau dengan memori yang aku akan buat kau ingat kembali." Kata Lancel. Tanpa aku sedari, bibirnya mencium bibir ku. pada masa itu, aku menolak bahunya dan memberontak. Tetapi Lancel langsung tidak bergerak. Dia terus mencium ku. tangannya memegang dagu ku agar aku tidak melawan dan menerima ciumannya. Aku ingin keluar dari pelukan Lancel jadi aku menggigit bibir Lancel. Lancel melepaskan aku secara automatik. "Kau boleh menolak ciuman aku tetapi jangan ingat kau boleh menolaknya selama-lamanya. Walaupun kau menguburkan memori kita berdua. Aku akan menggali memori itu dan membuat kau tidak akan melupakan memori tersebut." Kecam Lancel.

Aku tersenyum sinis pada Lancel. "Syabas. Semasa memori aku hilang, kau berjaya menggenggam hati aku. Namun, bagi aku, ikatan yang kita ada pada masa lepas hanya sekadar satu kesilapan. Jika aku tidak hilang ingatan, aku mungkin tidak akan mengahwini kau. memori indah yang kau cipta untuk aku tidak setanding dengan memori yang kau melukai aku. Aku ingat memori indah kita. tetapi apabila aku ingat memori pahit kita, segala memori indah kita akan kabur. Jadi, jangan menyalahi aku kerana aku membenci kau. jangan menyalahi aku kerana aku tidak boleh menerima kau. kau harus ingat kesalahan kau terhadap aku sukar dimaafkan." Kata ku.

Lancel tergaman. Kemudian dia menoleh melihat Larry. Dia menghampiri Larry dan membawa Larry kepada ku. "Larry, malam ini kau harus bersama dengan ibu kau. Dia ialah ibu kau. Papa menunaikan janji papa terhadap. Kau boleh tinggal bersama ibu kau di sini. Seminggu depan, papa akan datang menjemput kau." Selepas Lancel berkata begitu, Lancel meninggalkan Larry di samping aku. Aku melihat Lancel pergi begitu sahaja. Selepas bayang Lancel hilang, aku melihat Larry.

Larry memandang aku. Kemudian, dia memeluk ku. "Saya benar. Awak ibu saya. Saya tahu awak ibu saya." Kata Larry. Aku menyusap kepala Larry lalu memeluknya.

"Maafkan mama. Mama tidak mengakui kau sebagai anak mama semasa kali pertama kita berjumpa." Bisik ku. ini kali pertama aku memeluk anak aku selepas kelahirannya. Aku tidak menyangka yang impian aku untuk memeluk anak ini tercapai juga. Nampaknya, Lancel menjaganya dengan baik. 

Starry Night: Dream MeWhere stories live. Discover now