Tempat penghukuman atau Grand Hall.... Bukan kali pertama aku menjejak kaki ke tempat itu. Di tempat itu juga aku menerima hukuman yang bukan sepatutnya. Memori itu amat pahit dan sukar dilupakan. Semasa aku tiba di sana, aku melihat Archer, Shan Shui dan Yagi cuba membuktikan yang Irene tidak bersalah. Namun, Celestial King memekakkan telinga. Dia tetap menyalahkan Irene dan Yangzuo. Aku tidak tahu perkara yang telah mempengaruhi Celestial King tetapi aku merasakan yang Celestial King tidak sepatutnya menjadi pengadil dalam isu ini.
"Xi Qin Lu berada di dalam istana ini terlalu lama. Mustahil jika dia ingin melakukan sesuatu yang tidak baik begitu. Tambahan pula, Xi Qin Lu menerima latihan di sini. Kamu semua yang mengkhianati Celestial Realm. Berani sungguh kamu menyatakan yang Xi Qin Lu pula bersalah." Tegas Celestial King.
Pada saat Celestial King sedang menegaskan kebaikan Xi Qin Lu, aku nampak Xi Qin Lu pergi ke Grand Hall dan merayu untuk keadilan. Di saat itu, aku dan Zero bersembunyi. "Celestial King, kamu harus menegakkan keadilan untuk saya." Kata Xi Qin Lu sambil bersujud di hadapan Celestial King.
"Xi Qin Lu, apa sudah jadi kepada mata kau?" Soal Celestial King sambil memegang kedua-dua belah bahu Xi Qin Lu. Ketika Celestial King sedang sibuk menyoal Xi Qin Lu, Lancel melihat keadaan sekeliling. Kelihatannya Lancel dapat merasakan kehadiran aku.
"Rin, dia kembali. Dia mengancam saya dan merampas mata saya. Saya ingin keadilan." Xi Qin Lu meraung.
"Apa kamu cakap ni? Gadis itu sudah lama meninggal dunia." Ujur Celestial King.
Xi Qin Lu menggelengkan kepalanya. "Tidak. Dia tidak mati! Dia datang ke sini mengancam saya dan menyatakan yang dia akan memusnahkan saya." Aku boleh lihat betapa bijaknya Xi Qin Lu memutar belit fakta.
"Tidak. Rin tidak akan melakukan hal seperti itu. Kau yang syaitan bertopengkan malaikat." Tegas Shan Shui.
Xi Qin Lu ketawa apabila Shan Shui memihak kepada ku. "Kau pernah menjadi penjaganya. Sudah tentu kau memihak kepada dia." Xi Qin Lu terus memutar belitkan fakta. "Celestial King, tolong saya. Saya tidak boleh hidup tanpa penglihatan saya. Dia pernah mengambil penglihatan saya. Jangan biarkan dia mengambil penglihatan saya lagi." Rayu Xi Qin Lu.
Celestial King menjadi marah. Dia mengarahkan semua orang mencari aku. "Semua pengawal, cari Bai Ye Rin sampai bertemu. Tangkap keluarganya juga. Saya percaya dia kembali ke Kampung Qing Qiu." Arah Celestial King. Pada masa itu, aku memegang tangan Zero dan menggunakan kuasa 'invisible' untuk melindung kehadiran kami berdua.
"Apa kau cuba lakukan?" Soal Zero.
"Biar mereka membawa keluarga Bai ke sini." Kataku lalu menggunakan magik untuk menukar pakaian ku. Aku memakai pakaian berwarna merah tua bercampur hitam dan juga mahkota puteri Demon Realm. Perhiasan aku juga lebih kepada warna gelap. Aku jarang memakai pakaian yang melambangkan aku ialah puteri dari Demon Realm. Ini kali pertama aku memakainya. Xi Qin Lu, kau akan kenal buku dengan ruas hari ini.
Aku dan Zero terus bersembunyi sehingga keluarga Bai tiba di Grand Hall. "Apa yang kamu cakapkan ini? Bai Ye Rin sudah lama mati disebabkan kamu semua." Tengking Master Bai.
"Tipu! Bai Ye Rin masih hidup dan kamu pasti sudah menyembunyikannya. Aku percaya yang kamu sudah membawa dia lari." Kata Celestial King lalu mengarahkan seorang pengawal memijak kaki Master Bai.
"Atuk!" Bai Yi merayu. Pada masa itu, dengan menggunakan kuasa ku, seluruh awan di Celestial Realm menjadi gelap dan kilat menyambar. Tujuan aku membuat kilat menyambar, aku ingin memberikan syarat kepada Demon King bahawa peperangan sebenar sudah bermula.
Keadaan di Grand Hall menjadi cemas apabila awan hitam muncul berserta kilat yang kuat. Pada masa itu, aku dan Zero keluar dari tempat persembunyian. Aku berjalan menuju ke arah Grand Hall. Terdapat beberapa orang pengawal cuba menghalang langkah ku tetapi aku membuat mereka melutut di hadapan aku dengan kuasa dari Wind Spirit Jade Fan. Aku berdiri di belakang Bai Yi. Mata ku dan Celestial King bertentangan. Aku tunduk sedikit di hadapan Celestial King. Mata ku menjeling kea rah Su Jin, ibu mentua... Bukan! Dia bekas ibu mentua ku. Aku boleh nampak yang Su Jin terkejut melihat aku.
"Lama kita tidak berjumpa, Celestial King. Memandangkan saya tertiba hadir ke Grand Hall untuk bertemu dengan Celestial King, saya perlu memperkenalkan diri saya terlebih dahulu. Saya, Qu Ye Rin, puteri mahkota dari Demon Realm dan juga Feng Gao Shen." Aku memperkenalkan diri ku. Keluarga Bai melihat aku. Mereka juga terkejut. "Saya fikir saya ingin berdiam diri selepas saya mengambil mata saya semula dari Xi Qin Lu tetapi nampak gayanya saya harus terlibat juga dalam hal ini. Pada 30 tahun yang lalu, saya datang ke sini semasa saya sedang menjani ujian percubaan syurga untuk menjadi Gao Shen. Jadi, kuasa dan memori saya hilang. Saya berkahwin dengan putera mahkota dari Celestial Realm kerana kebodohan saya mempercayai kata-katanya. Saya menyangkakan semua orang di istana Celestial amat baik seperti di Kampung Qing Qiu. Rupa-rupanya saya silap. Semasa saya berada di sini, saya tidak menyangka yang saya akan melihat kekotoran pemerintahan Celestial Realm." Ujur ku. ujuran ku mempunyai unsur sindiran. Hal itu membuatkan Su Jin marah dan cuba menyerang aku. Malangnya, niat Su Jin berakhir apabila aku menggunakan kuasa ku untuk membuat dia melutut di hadapan ku. "Wahai ibu mentua ku, kau sungguh tidak hormat status ku. berani kau berdiri sama tinggi dengan ku." Tegas ku.
"Adakah kau ingin menyatakan yang aku salah menghakimi kau?" Tanya Celestial King. Aku tidak menjawab soalannya lalu menyelamatkan Irene dan Yangzuo yang sudah cedera parah akibat hukuman yang diterima oleh mereka. Aku meletakkan mereka di dalam Healer Ball supaya semua luka mereka sembur. "Kau sungguh biadab. Mereka ialah banduan. Berani kau melepaskan mereka di hadapan ku!" Tengking Celestial King.
"Kenapa aku harus takut kepada kau? Kuasa aku lebih kuat dari kau." Balasku. Celestial King hilang kesabaran lalu menyerang ku tetapi aku dengan pantas membalas serangan tersebut dan Celestial King terduduk. Pada masa itu, Lancel cepat-cepat berdiri di hadapan Celestial King.
"Perlukah kau pergi sejauh ini, Rin?" Lancel meninggikan suaranya semasa dia mempersoal soalan tersebut. Aku menoleh ke arah Xi Qin Lu. Bibir ku tersenyum.
"Jika setakat mata aku yang Xi Qin Lu ambil, aku mungkin tidak perlu pergi sejauh ini. tetapi semakin dia menyimpan mata ku, semakin banyak perkara yang aku tidak boleh tengok terjadi. Larry, Demon Realm, Irene, Yangzuo, Starry Night Guild dan dunia manusia.... Enam perkara yang paling aku hargai telah disentuh olehnya. Lima perkara yang aku sebut mungkin tiada kaitan dengan kau tetapi Larry amat berkaitan dengan kau. Keputusan yang aku ambil salah. Sepatutnya aku membawa Larry bersama aku. Aku menyangkakan yang Larry akan hidup lebih baik di sini kerana dia ialah seorang putera. Siapa sangka yang hidup Larry dipenuhi dengan ketakutan akibat dia mempunyai bapa yang dayus?" Aku terus menyindir Lancel.
"Apa bukti yang kau ada?" Lancel mencabar aku.
Aku memberi senyuman sinis. "Lancel, kau seorang putera mahkota. Sudah tentu kau tahu keistimewaan keluarga Qu, kan? Keluarga Qu boleh menggunakan kuasa magik mereka dengan menayangkan memori ahli sihir. Perlukah aku menayangkan memori Xi Qin Lu?" Soal ku kepada Lancel.
"Lancel! Jangan percaya perempuan itu. Dia cuba memecahkan kita." Tegas Celestial King lalu menyerang aku dengan menggunakan Heavenly Sword. Pada masa itu, aku mengeluarkan pedang Crystal Jade Eyes Dragon dan menahan serangan dari Celestial King. Celestial King ke belakang apabila dia melihat pedang ku. "Kau juga Witch Dragon." Kata Celestial King.
Aku tersenyum. "Ya. Aku juga Witch Dragon. Sama seperti Xi Qin Lu, Irene dan Yuri. Kami lahir dengan kuasa istimewa dan kuasa kami tiada had." Balasku.
Celestial King ketawa. "Kau fikir kau boleh menakutkan aku. Aku akan memastikan kau dihukum kerana sikap derhaka kau kepada ku." Kata Celestial King. Maka, bermulalah peperangan aku dan Celestial King. Aku sudah tidak peduli sama ada aku menang atau tidak tetapi aku akan memastikan yang Celestial King tidak akan menjadi pemerintah kerana kebodohan dan juga ketidakadilannya kepada rakyat.
YOU ARE READING
Starry Night: Dream Me
FantasyKagami Rin, seorang gadis yang menginginkan kehidupan biasa. Namun keinginan itu gagal dicapai kerana dia dilahirkan dengan kuasa. Kuasa yang ada pada dirinya itu telah menyebabkan dia disisir oleh masyarakat. Tahun demi tahun, Kagami Rin berusaha a...