Celestial King menyerang ku dengan senjatanya tetapi aku dengan pantas menahan serangan itu melalui pedang ku. "Kau seorang yang tidak tahu mengenang jasa orang lain. Kau sama seperti bapa kau. jika dia menerima tawaran aku untuk tidak mengahwini Bai Qian Qian, Kampung Qing Qiu akan bekerjasama dengan ku. Mereka menolak rancangan aku kerana mereka tidak ingin Bai Qian Qian bersedih. Sepatutnya Victon membunuh kau sahaja semasa kemalangan itu." Kata Celestial King. Bibir ku tersenyum.
"Jadi, kau perancang di sebalik kematian ibubapa ku. Aku sekarang berterima kasih kepada Victon kerana dia membiarkan aku hidup. Jadi, aku boleh membalas dendam kepada pembunuh ibubapa ku." Kataku lalu menyerang kuasa tekanan angin. Jarak Celestial King dan aku agak rengang. Pada masa itu, aku menggunakan kuasa ku untuk membiarkan Victon mendengar semua perbualan aku dan Celestial King melalui minda. Zero menyedari perbuatan ku. Di saat aku sedang bertarung dengan Celestial King, Zero menghilangkan diri.
"Kau berani menggunakan kuasa kau ke atas aku." Celestial King terus menafikan kekuatan ku. dengan kuasanya, dia tetap berusaha untuk mendekati aku. Malangnya, aku menggunakan kuasa Glass Dust menyebabkan tubuhnya tercedera tanpa disedari. "Qu Ye Rin, kau benar-benar berani menyentuh aku. Aku tidak memaafkan kau." Jerit Celestial King yang cedera.
"Aku tidak memerlukan kemaafan atau keampunan kau kerana aku tidak pernah memaafkan kau pun. Kau menghancurkan keluarga aku. Kau menyebabkan aku menjadi anak yatim piatu. Jika aku mengingati semula masa silam ku, Li Jing mati kerana cuba menyelamatkan aku. Ayat terakhir Li Jing kepada aku ialah jangan berasa kesal terhadap kematiannya. Tidakkah kau rasa yang anak kau cuba membayar dosa kau kepada aku? Malangnya, kau dan keluarga kau cuba menyakiti aku. Aku berasa bersalah kepada Li Jing kerana aku mesti membuat kau membayar dosa kau kepada aku selepas dia membayar sebahagian dosa yang telah kau lakukan terhadap ku. Tetapi kesalahan itu akan aku bayar setelah kau mati." Kataku.
Kata-kata ku mencetus kemarahan Celestial King. Dia mengangkat pedangnya bersama kuasa agungnya untuk menyerang ku. Aku berdiri di hadapannya dan menanti serangan Celestial King. Aku sudah bersedia untuk menyerangnya. Namun, rancangan ku gagal apabila seseorang berdiri di hadapan ku dan menahan kuasa Celestial King. Aku tidak menyangka yang dia masih ingin menyelamatkan aku walaupun aku sudah menyakitinya. Kuasanya tidak setanding dengan Celestial King. Sebaik sahaja dia menahan kuasa Celestial King, dia terus terbaring di hadapan ku. "Kau sememangnya bodoh Victon. Kau tidak sepatutnya melindungi dia. dia yang mempenjarakan kau." Kata Celestial King. Victon bangun perlahan-lahan dan memberi senyuman sinis kepada Celestial King.
"Jika kau menyatakan aku ialah syaitan, kau lebih syaitan daripada aku. Aku membunuh kawan aku kerana aku terpedaya dengan ungkapan kau. Sichen tidak pernah mengkhianati kawan-kawannya. Dia mencintai Bai Qian Qian dengan keikhlasan dan tiada kaitan dengan pengalihan kuasa. kau memerangkapkan aku dan membuat aku membunuh kawan aku. Kau juga membuat aku untuk menghapuskan anaknya. Aku tidak akan mengizinkan kau melakukan segalanya sesuka hati kau." Kata Victon. Dalam situasi ini, aku masih belum mengerti segala yang tercetus pada hari kematian ibu bapa ku. Namun, aku percaya yang Celestial King dalang di sebalik semua masalah aku.
Aku mengeluarkan Healer Ball untuk memerangkapkan Victon di dalamnya. "Ye Rin, biar aku lawan dengan lelaki ini. Dia tidak boleh menjadi lawan kau." Jerit Victon yang berada di dalam Healer Ball.
Aku memandang Victon. "Jika kau mati, kau tidak akan merasakan hukuman kesalahan kau. Kau harus hidup untuk membayar dosa kau kepada bapa aku dan juga kawan-kawan aku yang mati tanpa salah." Kataku lalu mengalir Healer Ball yang mengandungi Victor ke sebelah Yangzuo. Victon melihat aku berdiri di hadapan Celestial King. Celestial King memberi senyuman sinis kepada aku. Aku boleh merasakan yang Celestial King masih merasakan dirinya betul.
"Qu Ye Rin, hentikan peperangan ini. Aku tahu semua kesalahan kami. Ampunkan kami. Kau boleh mempunyai Lancel dan posisi kau. Kau boleh memerintah Celestial Realm tetapi tolong lepaskan kami. Aku tidak kuat melihat semua ini. Aku mengembalikan segalanya kepada kau." Kata Xi Qin Lu yang berada di dalam kawalan kuasa ku.
"Malangnya aku sudah tidak menginginkan semua itu. Aku hanya menginginkan dendam." Ujur ku. Tanpa aku sedari, air mata ku mengalir ke pipi. Lancel melihat reaksi wajah ku. Raut wajah Lancel kelihatan bersalah apabila melihat tangisan ku.
Di saat aku menangis, Calestial King cuba menyerang aku dengan kuasa Heaven Punishment. Aku ketawa kerana Celestial King masih berupaya menggunakan kuasa tersebut walaupun hatinya dipenuhi dengan kejahatan. Celestial King percaya yang dia akan menang dalam peperangan itu. Oleh sebab itu dia berani menggunakan kuasa Heaven Punishment. Malangnya semasa aku bersedih, sesuatu telah terjadi kepada kuasa ku. Pintu kuasa agung untuk Crystal Jade Eyes Dragon terbuka. Untuk kali pertama, aku bertukar wajah menjadi Crystal Jade Eyes Dragon yang sebenar. "Almighty Crystal Jade Eyes Dragon.... Celestial King akan kalah jika dia menggunakan kuasa tu." Aku mendengar suara Irene berbisik.
Celestial King tidak mengalah. Dia terus menggunakan kuasanya. Malangnya dengan kebolehan kuasa Crystal Jade Eyes Dragon, aku menyerang Celestial King dengan kuasa Dragon Slayer di pedang ku. Kuasa Dragon Slayer mengganas melawan arus kuasa Heaven Punishment. Keadaan menjadi amat menakutkan. Keinginan untuk mengalahkan Celestial King ku membuatkan aku menggunakan kuasa Feng Gao Shen. "Eyes that are clear as a blue sky the mark of contractor. Entrusted by the Wind Spirit Lord as the controller of air the stamina of wind." Aku membaca mantera tersebut. secara tidak langsung kuasa angin bersatu dengan kuasa Dragon Slayer. Gabungan dua kuasa itu berjaya mengalahkan Heaven Punishment. Namun, keganasan kuasa ku tidak berhenti. Keganasan gabungan kuasa itu menusuk dada Celestial King.
Aku terduduk selepas melihat kejadian itu. "Tidak!!!!" Aku mendengar ibu Lancel menjerit sebaik sahaja melihat Celestial King terbaring. Aku masih berdiri di hadapan Celestial King tanpa beranjak. "Adakah dendam kau sudah terbalas? Puas hati kau?" Ibu Lancel terus menjerit kepada aku.
"Dendam aku mungkin sudah terbalas. Kesalahan kamu berdua terlalu besar untuk ku. Namun, aku tidak akan menghukum kamu berdua kerana hukuman kamu berdua akan dihitung oleh pengganti Celestial King yang baru." Kataku. Pada masa itu, tubuh Lancel bercahaya menandakan dia pengganti baru untuk pemerintah Celestial Realm. Lancel memandang aku dengan renungan bersalah. "Tahniah, Lancel. Aku harap kau boleh memerintah Celestial Realm dengan adil dan saksama." Kataku kepada Lancel sambil tersenyum.
Kemudian aku menggunakan kuasa teleport ku untuk membawa Irene, Yangzuo, Victon dan Zero meninggalkan kawasan Celestial Realm. Apabila aku tiba di hadapan pintu istana, aku melihat Demon King berdiri menanti kehadiran kami. sebaik sahaja aku melihat Demon King, aku terus menangis dan memeluknya. "Atuk, adakah apa yang saya lakukan ini betul?" Soalku. Demon King memeluk ku.
"Kau menanggung semuanya bersendirian. Atuk bukan orang yang benar untuk menyatakan perkara yang kau lakukan ini salah atau betul. Namun, atuk harap kau akan bahagia selepas ini. Jangan bersedih lagi." Kata Demon King sambil memeluk ku dengan erat.
"Demon King, ampunkan hamba." Tertiba Victon melutut di hadapan Demon King. Demon King tersenyum.
"Jika kau berasa bersalah kepada Sichen, kembalilah kepada posisi kau semula sebagai Menteri Dalam Negeri. Demon Realm sudah menjadi kucar-kacir setelah kau pergi." Kata Demon King kepada Victon. "Zero, bawa Yangzuo dan Irene ke bilik rawatan. Mereka memerlukan rawatan sebelum kembali ke Starry Night Guild." Arah Demon King. Zero mengangguk lalu membawa Yanguzuo dan Irene ke tempat yang diarahkan. Victon membantu Zero membawa mereka berdua. Segalanya sudah tamat. Aku bersyukur akhirnya beban yang aku tanggung sudah tamat.
YOU ARE READING
Starry Night: Dream Me
FantasiaKagami Rin, seorang gadis yang menginginkan kehidupan biasa. Namun keinginan itu gagal dicapai kerana dia dilahirkan dengan kuasa. Kuasa yang ada pada dirinya itu telah menyebabkan dia disisir oleh masyarakat. Tahun demi tahun, Kagami Rin berusaha a...