Chapter 9: Siyan Berkata.....

72 7 0
                                    

Setelah aku meninggalkan Yangzuo dan Irene, aku pergi ke puncak gunung. Puncak gunung merupakan satu-satunya tempat untuk aku menyejukkan diri ku daripada kemarahan. Setelah aku berasa reda, aku kembali berlatih kemahiran pedang ku. Aku juga berlatih untuk menstabilkan kuasa aku. Bukan setakat itu, aku juga fokus untuk membangkitkan kuasa mata ku. Kuasa sihir aku semakin kuat. Namun, keupayaan aku terhad. Walaupun aku sudah kuat, aku masih belum mampu membangunkan kuasa mata ku. Hanya kuasa mata itu sahaja yang mampu membuatkan kuasa ku tiada had.

Aku berasa kecewa dengan kegagalan ku. Di atas dahan berbunga sakura, aku membaringkan tubuh ku. Aku memejam mataku untuk berehat. Namun, Siyan hadir di dalam mimpi ku. Siyan berdiri di hadapan ku dengan pakaian gaun berwarna merah. Di dahinya terdapat simbol batu Jade berbentuk 'diamond'. Dia tersenyum kepada ku. wajahnya sangat bersih dan bercahaya. Siyan memegang tangan ku dan membawa aku ke suatu tempat. Tempat itu seperti istana. "Ini tempat tinggal aku pada suatu ketika dahulu. Aku merupakan seorang sihir yang tiada asal usul. Aku berjumpa dengan Demon King pada usia ku masih kecil. Aku mengikut Demon King dan menjadi pengikut setianya. Aku merupakan anak didik Demon King. Bagi aku, Demon King ialah bapa ku sendiri. Apabila aku mencapai usia remaja, Demon King berkahwin dengan seorang gadis yang berketurunan dewa api. Gadis itu melahirkan seorang putera. Aku dan putera itu dibesarkan bersama dan aku menjadi kakak kepadanya. Hidup kami indah. Namun, segalanya berubah apabila aku memutuskan untuk menjalani ujian di luar Demon Realm. Aku keluar dari kawasan Demon Realm dan turun ke dunia magik. Aku mempelajari pelbagai perkara. 300 tahun aku meninggalkan Demon Realm demi mencari sesuatu yang tidak pasti." Kata Siyan sambil membawa aku berjalan-jalan di taman di belakang kediamannya.

"Kau hidup terlalu lama." Balasku.

Siyan ketawa. "Apabila usia kau mencapai 17 tahun, kau akan menjadi Immortal. Immortal bukan sumpahan tetapi Immortal merupakan takdir. Hanya keturunan Calestial dan Demon sahaja yang memiliki keupayaan untuk hidup beribu-ribu tahun seperti Vampires. Kematian mereka hanya berlaku jika ada seseorang yang berupaya membunuh mereka." Kata Siyan. Aku terdiam. "Aku tidak pernah mengecewakan Demon King. Namun, apabila aku jatuh cinta kepada Li Sheng, Demon King amat memarahi aku. Dia kata Princess of Demon tidak akan boleh bersama dengan Calestial. Disebabkan dia menjaga aku dari kecil, dia memberi taraf puteri kepada aku. Pemberontakan aku telah membuat Demon King pasrah. Dia mengizinkan aku berkahwin dengan Li Sheng tetapi dia tidak membenarkan aku kembali ke Demon Realm. Perkahwinan aku dan Li Sheng bahagia. tetapi disebalik kebahagiaan, ada kesedihan. Di dalam tempoh aku berkahwin dengan Li Sheng, aku mendapat khabar yang isteri Demon King terbunuh di tangan seorang maharani Calestial, Su Jin. Aku ingin melawat seseorang yang telah aku anggap sebagai seorang ibu tetapi dihalang oleh Su Jin. Su Jin mengancam aku. Jika aku berani melangkah keluar dari Calestial Realm, dia akan melucutkan taraf aku sebagai isteri kepada Aquarius dan juga Princess of Calestial. Aku mengalah tetapi pada masa yang sama aku berasa bersalah." Kata Siyan dengan nada sedih.

"Kenapa Aquarius kelihatan penting di dalam Calestial Realm?" Tanya ku.

"Li Sheng ialah putera pertama Calestial. Su Jin mati kerana bunuh diri. Dia tidak boleh bertahan dengan kematian Li Sheng, jadi dia memutuskan untuk mencabut nyawanya sendiri. Lancel merupakan kelahiran semula Aquarius tetapi Lancel mempunyai darah putera Calestial. Lancel bukan keturunan Li Sheng tetapi dia ialah keturunan Li Jing, Putera Kedua Calestial, iaitu adik kepada Li Sheng. Putera Kedua Calestial mati kerana kau. Hidup ini sememangnya tidak adil, kan? Lari tetapi bertemu semula." Kata Siyan lagi.

"Apa yang kau maksudkan?" Soal ku.

"Li Jing berkahwin sudah lama. 350 tahun dia berkahwin tetapi tidak dikurniakan anak. 16 tahun yang lalu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki. Sebulan selepas keturunan Li Jing dilahirkan, kau dilahirkan. Kelahiran kau tidak begitu diketahui ramai kerana kau dilahirkan di dunia manusia tetapi kelahiran keturunan Li Jing diketahui. Semua orang tahu Lancel ialah satu-satunya pewaris Calestial Realm tetapi orang tidak tahu yang dia ialah Aquarius." selepas mendengar ayat terakhir itu, aku mencelik mata ku. Dahan berbunga gugur.

"Mimpi rupanya." Bisik ku lalu cuba turun dari dahan itu tetapi aku tergelincir. Aku bersedia untuk berasa sakit akibat terjatuh tetapi seseorang dengan pantas menyambut ku. Aku melihat Lancel berada di hadapan sambil memeluk pinggang ku.

"Kau sememangnya cuai." Kata Lancel. Pada masa itu, aku melihat pakaiannya. Pakaiannya sememangnya menunjukkan yang dia seorang putera. Aku cuba menolaknya tetapi dia memegang aku dengan lebih erat. Pandangannya sayu. Sebelah tangannya menyusap rambut ku.

"Lancel.... Lepaskan aku." Aku berbisik kepadanya sambil menolaknya tetapi dia memegang aku dengan lebih erat. Tanpa dia berkata apa-apa, Lancel mencium aku. Aku memberontak sehabis mungkin. Kaki ku menendang tanah dan tangan ku memukul bahunya agar dia melepaskan aku tetapi dia langsung tidak melepaskan aku. Tangan kirinya memegang dagu ku dan mencium bibir ku sesuka hati. Dia berlagak seolah-olah dia memiliki aku. Apabila aku berhenti melawannya, Lancel melepaskan aku.

"Kau memberontak tetapi pada masa yang sama kau menerima. Kau sememangnya sukar untuk dibaca." Ayat Lancel sungguh menjatuhkan martabat ku. Tanpa aku berfikir panjang, aku menampar Lancel.

Aku berdiri dan berjalan beberapa langkah agak jarak kami tidak deka tantara satu sama lain. "Masih belum puas kau menyakiti aku? Lancel, aku tahu kau tidak boleh memaafkan aku kerana aku punca bapa kau mati. Tiada apa yang boleh memaafkan perbuatan aku. Disebabkan itu, aku mohon agar kau jangan mencari aku lagi. perbuatan kau cukup menyeksa aku." Kata ku kepada Lancel.

Lancel menghampiri ku lalu menolak aku ke pokok. Jarinya menyentuh leher ku. kemudian, jarinya bergerak ke dada ku. Tangannya berhenti dan bibirnya tersenyum. "Kau boleh melangsaikan semua itu dengan diri kau." Aku sudah agak yang Lancel ingin tubuh ku ditukar dengan nyawa bapanya. Adakah ini cara terbarunya untuk menyakiti aku? Lancel sukar untuk difahami. Kekadang dia baik kekadang dia agresif. Sifatnya kurang jelas. Aku tidak boleh menduga perbuatannya.

"Lancel, aku tidak akan mengikut kesalahan Siyan. Walau apa pun yang berlaku, aku ingin setia kepada Demon Realm." Kata ku kepada Lancel.

Lancel tersenyum. "Aku tidak peduli tentang identiti kau. suatu hari, kau akan menjadi milik ku." Kata Lancel lalu meninggalkan aku di pergunungan tersebut. Aku terduduk. Jantung aku berdenyut dengan pantas. Sekarang, aku menyedari yang aku mempunyai satu kelemahan. Kelemahan aku ialah berurusan dengan Lancel. Lancel muncul tanpa diduga. Dia menyentuh ku juga tanpa diduga. Kekuatannya mengatasi aku. Semakin dia mendekati aku, semakin seram aku rasakan. Lancel lebih menakutkan daripada syaitan.

Pada malam itu, aku langsung tidak meninggalkan pergunungan itu. Oleh kerana aku tidak pulang, Yangzuo datang menemui aku. Aku berada di puncak gunung sambil temenung melihat hutan belantara. "Aku boleh merasakan aura Aquarius." Kata Yangzuo. Aku terdiam. "Aquarius pasti datang ke sini." Kata Yangzuo lagi. Aku mengangguk. Yangzuo melihat aku dengan pandangan simpati. Dia duduk di sebelah ku. "Aku boleh merasakan ketidakselesaan kau semasa kehadiran Aquarius. Rin, aku sudah mengajar kau segalanya. Kita sepatutnya sudah kembali ke Starry Night Guild tetapi aku tidak boleh membawa kau bersama. Aku akan pulang bersama Irene. Tetapi sebelum kami berdua pulang, aku akan menghantar kau ke suatu tempat. Tempat itu ialah Kampung Qing Qiu, perkampungan yang didiami oleh golongan sihir berkuasa Fox Spirit." Kata Yangzuo. Kemudian dengan kuasanya, dia mendedahkan simbol di dahi ku. "Dugaan aku benar. Kau bukan sekadar Crystal Jade Eyes Dragon tetapi juga Gumiho. Simbol di dahi kau menunjukkan simbol musang berekor sembilan. Aku bukan orang yang berhak untuk menceritakan segalanya. Aku fikir kau akan mengetahui tentang diri kau lebih lanjut jika kau menjalani latihan di Kampung Qing Qiu." Kata Yangzuo dengan nada sedih.

"Jika itu mampu meningkatkan kekuatan ku, aku terima." Balasku. Yangzuo tersenyum. Dia menyusap rambut ku lalu meletakkan kepala ku di atas bahunya. "Kau merupakan anak murid yang aku bangga. Aku harap selepas kau menjadi anak didik di Kampung Qing Qiu, kau akan lebih tabah menghadapi cabaran." Bisik Yangzuo. Aku terdiam tetapi tangan ku menggenggam lengan baju Yangzuo. 

Starry Night: Dream MeWhere stories live. Discover now