Chapter 41: Konspirasi di sebalik kehidupan

89 3 1
                                    

Matahari menyinari bumi. Aku duduk di atas katil sambil termenung memikirkan perkara semalam. Dalam fikiran ku, aku mula menyoal sama ada masih wujudkah rahsia yang belum terbongkar? Semalam aku ingin mendesak Lancel untuk memberitahu aku tetapi melihat pendirian Lancel, aku merasakan agak mustahil untuk dia memberitahu aku. Namun, apabila Lancel menyebut tentang konspirasi, aku menyedari yang Demon King mempunyai banyak rahsia yang dia tidak ingin berkongsi dengan aku. Pandangannya dan reaksi wajahnya...cara dia melihat aku, aku merasakan yang Demon King berasa bersalah terhadap ku. Walaupun dia amat baik dengan aku tetapi aura rasa bersalahnya itu dapat aku rasai.

Aku menghembus nafas lelah ku. kemudian, aku menoleh ke kanan. Aku melihat Lancel masih lagi tidur nyenyak sambil tangan kanannya letak di atas riba ku. Wajah Lancel juga kelihatan tenang. Agaknya berapa lama dia tidak dapat tidur dengan nyenyak? Dalam soal perasaan ku terhadap Lancel, hati aku tidak pernah berubah. Aku masih mencintai Lancel. Namun, apabila memori pahit mengimbas kembali, hati dan akal mempunyai pendapat berbeza. Hati berkata untuk menerimanya tetapi akal berkata menolaknya. Oleh kerana aku seorang rasional, aku selalu menolak Lancel daripada menghampiri ku. Aku cuba memadam Lancel daripada ingatan aku sehinggakan aku lupa yang pertalian kami sukar diputuskan. Kami mempunyai anak yang berkongsi darah dengan kami. Mungkin aku yang kejam dan mementingkan diri.

Semasa aku merenung wajah Lancel, tangan kiri ku ingin menyusap rambut Lancel. Tetapi, apabila jarak tangan ku dan rambut Lancel semakin hampir, tangan ku terhenti. Aku berasa ragu untuk menyentuh Lancel. Aku juga berasa tidak selasa dalam hati ini. "Kalau kau nak usap rambut aku, lakukan sahaja." Aku terkejut apabila aku mendengar Lancel berbicara ketika matanya masih pejam. Bagaimana dia tahu yang aku ingin menyentuh rambutnya? Aku membisu. Kemudian, tangan Lancel memegang pinggang ku dan kepalanya membatalkan riba ku. "Kau masih sama. Aku sukar untuk jujur kepada diri kau sendiri." Ujur Lancel yang masih memejam mata.

"Lepaskan aku. Hubungan kita bukan akrab." Aku cuba menolak Lancel tetapi tangan Lancel tetap erat memeluk pinggang ku.

"Kenapa kau harus menolak aku? Dalam undang-undang, kau masih lagi isteri aku. Tiada salah untuk kita saling bersentuhan atau duduk di bawah satu bumbung." Balas Lancel.

Lancel benar. Walaupun aku menolaknya, meskipun aku tidak tinggal sebumbung dengannya lagi, tetapi hubungan kami masih sah. Lancel masih suami aku. Aku tidak boleh menafikannya. Malangnya, perasaan aku yang dipengaruhi oleh akal masih menolak Lancel. "Aku rasa perkataan mengenai kita berdua masih suami isteri sudah banyak kali kau ulang." Jawabku.

Lancel tersenyum. Mata terpejam pun masih boleh tersenyum? Mengjengkelkan! "Aku ingin kau ingat yang aku tidak akan meninggalkan kau. Kau menjadi milik ku untuk selama-lamanya." Kata Lancel. Aku terdiam.

Apabila hari menjelang senja, Lancel membawa aku ke suatu tempat. Tempat itu berada di puncak gunung dan bersalji. Mustahil jika ada seseorang yang tinggal di sana. Namun, Lancel berkata yang aku bakal bertemu dengan seseorang di sana. hati aku berdebar-debar apabila Lancel berkata begitu. Namun untuk mengetahui kebenaran, aku tetap mengikut Lancel. Sebaik tiba di puncak gunung, aku melihat sebuah istana. Aneh! Bagaimana istana boleh berdiri kukuh di puncak gunung? Semasa aku dalam dilemma, Lancel memegang tangan ku dan mengajak aku melangkah masuk ke dalam istana tersebut. Pintu hadapan istana terbuka luas. Lancel terus berjalan masuk sambil membimbing tangan ku.

Kami berdua tiba di ruang tamu. Ruang tamu istana tersebut sangat besar. Aku melihat sekeliling ruang istana itu. Namun tiada satu pun maklumat yang boleh dikaitkan dengan aku. Di saat aku sedang memerhati keliling istana itu, aku terdengar bunyi kaca pecah. Aku terkejut dan menoleh ke arah bunyi tersebut. Aku melihat seorang wanita berpakaian putih terduduk di hadapan pasu yang pecah. Tangannya menggigil. Kemudian dia menutup mulutnya sambil menangis. Lancel pergi ke arah wanita itu. "Saya sudah menunaikan permintaan keluarga ini. Saya membawa Qu Ye Rin kembali." Kata Lancel kepada wanita itu.

Starry Night: Dream MeWhere stories live. Discover now