Ramai pelajar berkata reaksi wajah ku berubah. Sebelum ini aku kelihatan suci dan baik tetapi kali ini aku kelihatan tegas dan dingin. Alex turut menegur sikap ku. Namun aku berkata, "Selama ini aku cuba menolak semua kenyataan. Aku tidak ingin memahami semua mimpi ku. Aku ingin hidup di dalam kekeliruan dan ketakutan. Aku melakukan semua itu kerana aku ingin diri aku diterima oleh masyarakat. Sekarang aku sudah tidak perlu semua itu lagi. hidup dalam kepura-puraan telah memakan diri ku. mulai hari ini, aku akan hidup dalam diri sebenar ku dan menerima kenyataan." Alex terdiam apabila dia mendengar kata-kata ku.
Pada suatu petang, aku menziarahi atuk di biara. Atuk menjamu aku secawan teh hijau. "Rin, atuk sudah duga yang sikap kau akan jadi begini jika kau memilih untuk hidup di dalam diri kau yang sebenar. Rin yang lemah dan juga bersabar merupakan perwatakan kedua kau. kau terpaksa melakukan itu kerana kau ingin kelihatan baik di mata masyarakat. Disebabkan kau memilih untuk hidup dalam keadaan begitu, atuk merisaukan keadaan kau. Oleh itu, atuk meminta Alex menjaga kau. tetapi setelah melihat kau bersikap begini, atuk tidak rasa Alex diperlukan lagi." Kata atuk.
Aku menggelengkan kepalaku. "Kehadiran Alex membuat hidup saya lebih ceria. Saya masih memerlukan Alex." Kata ku.
Atuk tersenyum. "Sikap kau semakin mirip Siyan. Siyan mempunyai reaksi yang dingin dan tegas. Aura kamu berdua juga sama. Demon King sangat gembira melihat perkembangan kau, Rin." Kata Atuk. Aku terdiam apabila dia menyebut nama Demon King. "Kau tidak ingin bertemu dengan Demon King?" Soal Atuk.
Aku menggelengkan kepala. "Saya tidak perlu mencarinya. Saya tahu yang dia mengharungi banyak cabaran dalam hidupnya. Suatu hari, jika dia bersedia untuk berjumpa dengan saya, dia akan hadir dalam hidup saya tanpa saya menjemputnya." Balasku.
"Kau juga ada ciri-ciri Demon King." Ujur atuk. Aku ketawa kecil.
"Sudah tentu saya ada aura Demon King. Saya cucunya." Tambahku. Kami berdua ketawa bersama.
Selepas bertemu dengan atuk, aku pergi ke studio. Aku menjadi model untuk Hada Labo. Pengambaran dan penampilan amat penting dalam bidang model. Disebabkan wajah aku cantik dan menawan, banyak tawaran hadir untuk ku. Dalam hidup ini, aku menyedari yang aku tiada keluarga. Oleh itu, matlamat aku hanya fokus kepada kekayaan. Aku akan membuat duit agar hidup aku tidak menderita. Setelah penggambaran selesai, aku pergi ke pejabat ku. Ramai ahli kumpulan aku menjadi pelakon sambilan. Jadi pejabat agak sunyi. Bagus juga mereka melakukan kerja selain nyanyian. Sekurang-kurangnya mereka boleh mempromosikan kumpulan kami.
Jam 12 malam, aku masih di dalam pejabat. Aku cuba menyiapkan lagu ku. Tertiba seorang staf datang menemui ku. "Hyera, kamu harus pulang. Rehat secukupnya." Kata staf itu. Aku mengangguk lalu mengemas semua barang-barang ku sebelum pulang. Jam 12.30 pagi, aku pulang ke rumah seorang diri. Di dalam perjalanan, Scorpio muncul. Mata kami bertentangan.
"Kau lagi?" Soalku.
Scorpio tersenyum. "Walaupun kau hanya orang yang menguasai kuasa Siyan tetapi hati kamu berdua langsung tidak berubah. Walau apa pun yang aku lakukan, kau pasti akan menyebelahi Aquarius. Sekejam-kejam Siyan, hatinya luntur di tangan Aquarius. Aku tertanya-tanya kuasa istimewa apakah yang ada pada Aquarius?" Tanya Scorpio dengan nada menyindir.
"Tidak hairanlah Siyan menolak kau. Jika kau bersikap seperti ini, bukan hanya Siyan membenci kau. malah semua orang membenci kau." Kata ku dengan nada kejam sekali.
"Pada 400 tahun lalu, aku tidak boleh memiliki Siyan. Aku hanya boleh melihat senyuman bahagianya bersama sahabat baik aku. Senyumannya cukup membunuh ku. 400 tahun kemudian, aku tidak akan membiarkan kau jatuh ke tangan Aquarius lagi." Kata Scorpio.
YOU ARE READING
Starry Night: Dream Me
ФэнтезиKagami Rin, seorang gadis yang menginginkan kehidupan biasa. Namun keinginan itu gagal dicapai kerana dia dilahirkan dengan kuasa. Kuasa yang ada pada dirinya itu telah menyebabkan dia disisir oleh masyarakat. Tahun demi tahun, Kagami Rin berusaha a...