Chapter 36: Karma

51 2 0
                                    

Semasa Irene dihukum, Xi Qin Lu duduk di kamarnya sambil ketawa. Dengan kuasa Zero, aku boleh memasuki ke kawasan istana Celestial semula. Di saat aku tiba di kediaman Xi Qin Lu, aku melihat dayangnya, Shu'er keluar dari bilik Xi Qin Lu. Shu'er cuba berkurang ajar dengan aku sebaik sahaja dia melihat kelibat ku. Namun, aku memaksa Shu'er melutut di hadapan aku dengan kuasa Gao Shen. "Berani sungguh seorang dayang dan hamba abdi memandang rendah kepada Feng Gao Shen." Kata ku sambil mengeluarkan Wind Spirit Jade Fan.

"Ampunkan hamba, Gao Shen!" Kata Shu'er. Aku memberi senyuman sinis kepadanya.

"Sayang sekali, ampun kau tidak akan diterima. Aku akan berurusan dengan kau semula selepas aku selesai berurusan dengan Xi Qin Lu." Kataku Kepada Shu'er. Kemudian aku memandang Zero. "Zero, buat dia sampai dia mengaku kejadian di Xuexing Dong." Arah ku. Zero tersenyum.

Aku kemudiannya melangkah kaki masuk ke kamar Xi Qin Lu. Xi Qin Lu sedang duduk di tempat rehatnya sambil membaca novel. Wajahnya kelihatan gembira sekali. "Shu'er, aku tidak menyangkai kau kembali dengan begitu cepat. Perempuan seperti Irene berani sekali menentang aku. Sekarang, biar dia menerima padahnya. Sekarang Starry Night Guild sudah tiada perlindungan. Dunia manusia juga sudah tiada perlindungan. Matlamat aku untuk memusnahkan segala memori Lancel tentang Rin semakin hampir tercapai. Selepas matlamat itu tercapai, aku akan membalas dendam kepada Demon Realm kerana mereka membunuh bapa saudara aku. Shu'er, Lancel kata yang Larry hilang. Aku sudah mengupah orang untuk mencari Larry tetapi jika mereka menemui Larry, pastikan Larry tidak akan kembali. Larry penghalang aku untuk mendapatkan Lancel." Xi Qin Lu tidak menyedari aku berada di belakangnya. Disebabkan itu, dia melafazkan semua rancangannya. Aku tersenyum sinis semasa mendengar rancangan Xi Qin Lu.

"Wah, aku menyangkakan jika aku meninggalkan Lancel, kau boleh mencapai kebahagiaan tetapi kenapa aku melihat kehidupan kau sangat merana?" Soalku lalu duduk di atas sofa di dalam bilik Xi Qin Lu sambil kaki bersilang. Xi Qin Lu terkejut apabila mendengar suara ku. Dengan pantas dia menoleh ke belakang. Aku boleh melihat reaksi Xi Qin Lu yang gelisha. Dia cuba berdiri dan menghampiri ku. tetapi aku membuat dia melutut di hadapan aku dengan kuasa Gao Shen. "Di dalam adat Celestial, walaupun kau bertaraf seorang puteri atau orang terhormat di dalam istana, kau tidak boleh berkurang ajar dengan Gao Shen. Nampaknya kau berani berdiri lebih tinggi daripada aku, Xi Qin Lu." Ujurku sambil bermain dengan kipas. Aku boleh melihat tangan Xi Qin Lu bergetar. Aku tersenyum lalu menatap matanya. "Xi Qin Lu, kau sudah menggunakan mata aku sekian lama. Bagaimana rasanya? Selesa?" Soalku.

Xi Qin Lu memandang aku walaupun seluruh tubuhnya menggeletar. "Apa kau katakan? Tidak mungkin. Kau sudah mati. Tidak mungkin kau masih hidup dan mendapat gelaran Gao Shen. Status kau tidak mungkin setaraf dengan Lancel." Xi Qin Lu cuba menafikan. Aku ketawa kecil.

"Kenapa? Kau menggunakan mata tersebut terlalu sehinggakan kau lupa asal usul mata itu?" Ujur ku. Xi Qin Lu masih menggigil. Aku memandang ke luar jendela. "Beberapa tahun lalu, aku menjalani ujian percubaan syurga. Semasa aku menjalani ujian percubaan syurga, memori dan kuasa aku hilang. Tetapi ada sesuatu yang tidak aku duga. Ketika aku menjalani ujian percubaan syurga, aku juga kehilangan mata ku di sini. Mata itu amat menghantui aku selepas aku kehilangannya. Jadi aku datang ke sini untuk mengambilnya semula." Kataku.

Aku boleh merasakan yang Xi Qin Lu menitis air matanya. "Kau.... kau *Tianguo Huangguan Gong Zhu (Puteri Mahkota Celestial; merujuk kepada isteri Putera Mahkota Celestial). Kau... Bai Ye Rin." Apabila Xi Qin Lu menyebut nama itu, aku rasa dia sudah cukup sedar.

"Sekarang, aku memberi kau dua pilihan. Sama ada kau memberikan mata ku dengan rela hati atau aku menggali mata itu dari soket mata kau?" Ancam ku.

"Tidak mungkin. Bai Ye Rin tidak mempunyai kuasa. dia hanya sihir tidak berkuasa. Dia bukan Gao Shen." Xi Qin Lu terus menafikan.

Aku bangun dari sofa lalu berjalan ke arah Xi Qin Lu sambil berkata, "Apa masalahnya jika dia ialah sihir tidak berkuasa mahupun dewa? Hanya kerana aku tidak berkuasa pada beberapa tahun yang lalu, itu tidak bermaksud sihir berkuasa seperti kau boleh merompak mata aku sesuka hati dan juga menfitnah aku dalam kejadian Xuexing Dong." Kata ku lalu duduk di hadapan Xi Qin Lu. Dengan Wind Spirit Jade Fan, aku mendongak wajah Xi Qin Lu supaya dia memandang aku. "Nampaknya kau tidak boleh melakukannya dengan sendiri. Seluruh tubuh aku sedang menggigil. Jadi, mungkin sakit jika aku yang menggali mata itu." Kataku kepada Xi Qin Lu. Xi Qin Lu bangun dan berlari ke arah pintu tetapi aku dengan pantas menyekat lubang keluar menggunakan sihir dari kuasa demon.

Xi Qin Lu tersungkur di hadapan ku. "Jangan ambil mata ku! Jangan ambil mata ku! Ampunkan aku, Rin! Tolong jangan ambil mata ku." Rayu Xi Qin Lu di hadapan ku.

"Wah, aku tidak menyangka wanita berperangai mengalahkan syaitan berani merayu kepada aku. Sungguh membosankan. Aku menyangkakan yang aku boleh melihat sikap kau yang angkuh, manipulasi dan juga pandai dalam lakonan. Tidak sangka tertiba singa menjadi tikus." Sindir ku.

Xi Qin Lu menangis di hadapan. "Tolong jangan ambil mata aku." Rayunya.

Rayuannya membuat seluruh tubuh ku menggigil kerana kemarahan. Yang membuat aku bertambah marah apabila dia berani mengaku mata itu miliknya. Aku berjalan di sekeliling Xi Qin Lu sambil berkata, "Aku masih ingat lagi semasa Lancel mengambil mata ku. Ketika dia mengambil mata ku, Lancel berkata yang kita harus membayar semua benda yang kita berhutang. Pada masa itu, hukuman tidak menyebelahi aku. Hukuman itu membuatkan aku berhutang mata dengan kau. Jadi aku terpaksa membayar hukuman itu dengan mata ku." kemudian, jejak ku berhenti di hadapannya. "Kita berdua tahu bagaimana kau kehilangan mata kau. kita berdua juga tahu bagaimana mata aku boleh berada di soket mata kau. sekarang aku soal kau, kenapa aku tidak boleh mengambil semula kepunyaan aku? Jangan ingat kerana kau menggunakan mata aku selama ini, mata itu milik kau!" Aku meninggikan suara ku lalu mengambil mata ku dengan kasar sekali dari soket mata Xi Qin Lu. Xi Qin Lu meraung kesakitan. Namun aku langsung tidak bersimpati kepadanya. "Beberapa tahun lalu, Celestial King menyelesaikan masalah ini dengan cara senyap dan kau menang. Hutang mata, sudah kau bayar. Masih ada hutang lagi yang kau tidak bayar kepada aku. Starry Night Guild, Demon Realm, Larry, kejadian di Xuexing Dong dan juga dunia manusia. Bagaimanakah cara untuk aku membuat kau membayarnya?" Soalku sambil melihat Xi Qin Lu yang meraung kerana kehilangan matanya. Aku menyimpan mata ku. "Jangan risau. Hari ini aku akan memastikan semua hutang aku dibayar." Kataku kepada Xi Qin Lu lalu meninggalkannya. Aku melihat Zero berurusan dengan Shu'er. Shu'er kelihatan takut sekali. "Biarkan dia bersama tuannya." Arahku kepada Zero. Zero melepaskan Shu'er manakala aku dan Zero pula menuju ke tempat penghitungan Irene dan Yangzuo. 

Starry Night: Dream MeWhere stories live. Discover now