Chapter 22: Celestial Realm

52 2 0
                                    

Hidup yang bahagia tidak akan selalu bahagia. Aku mengimpikan kebahagiaan yang abadi bersama Lancel. Malangnya impian itu tidak tercapai. Suatu hari, ketika Lancel harus meninggalkan aku kerana urusan kerja, beberapa orang datang mencerobohi rumah ku. Jika mereka menginginkan wang, mereka boleh mengambilnya kerana aku dan Lancel sudah cukup kaya. Namun, mereka tidak mengambil satu pun barang berharga. Mereka hanya mengambil aku dan membawa aku suatu tempat yang dipanggil Istana Celestial. Aku di bawa ke sana untuk mengadap seorang wanita. Pakaian wanita itu amat cantik. Aku boleh menduga yang dia seorang permaisuri.

Dia menghampiri ku. wajahnya terukir kebencian. Tanpa dia berbicara, dia menampar aku. "Kau sudah merampas suami aku. Sekarang kau mengawal anak aku." Nada yang dikeluarkan oleh wanita itu semasa berbicara dengan ku dipenuhi dengan kebencian. "Kau memang wanita tak guna. Kau fikir aku akan membiarkan kau merampas anak aku?" Nampaknya dia amat membenci aku. "Aku bertolenrasi dengan kau kerana kau mengandungkan anak Lancel tetapi kau jangan ingat kau boleh hidup bahagia di sini. Aku akan memastikan hidup kau merana." Kata wanita itu lagi.

Kemudian, wanita itu mengarah pengawal untuk membawa aku ke sebuah bilik. Semasa aku keluar dari bilik itu, aku melihat seorang lagi wanita. Bibir wanita itu terukir senyuman sinis. "Xi Qin Lu, jangan risau. Saya tidak akan membiarkan wanita itu memiliki Lancel. Lancel akan menjadi milik kau." Kata wanita tadi, iaitu ibu kepada Lancel.

Pengawal mencampak aku masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu dari luar. Mereka mengurung aku di dalam bilik tersebut. Aku merayu agar aku dilepaskan tetapi tiada seorang pun yang menghiraukan aku. Aku hanya mampu mengalirkan air mata sahaja. Di saat itu, aku memikirkan keadaan Lancel. Aku juga menanti kehadiran Lancel untuk menyelamatkan aku memandangkan kami berdua sudah berjanji. Namun, Lancel langsung tidak muncul walaupun hari sudah berganti. Tanpa makanan dan minuman, aku merasakan kandungan aku lemah. "Baby, jika kita mati, mama akan bawa kau bersama." Bisik ku.

Hari terus berganti dan Lancel langsung tidak muncul. Keajaiban berlaku apabila seorang lelaki muncul di dalam bilik itu. Dia memberikan aku makanan dan minuman. "Walaupun kau dilahirkan semula tetapi sikap kau masih sama seperti dulu." Kata lelaki yang tidak ku kenali.

"Aku tidak mengenali kau." Balasku.

"Jangan risau. Aku bukan jahat. Rin, jika kau tidak hilang ingatan, mungkin kau tidak akan berkahwin dengan Lancel dan nasib kau mungkin tidak akan jadi seperti ini. Namun, sudah tiada gunanya lagi. Masa tidak boleh diundur lagi. Sekarang makan dan ingat keselamatan anak kau." Kata lelaki itu. Aku mengambil makanan yang dia bagi dan memakannya.

"Siapa nama kau?" Soalku.

"Kiryuu Zero atau Scorpio. Kita pernah berjumpa dulu." Katanya.

"Adakah kau kawan aku?" Tanya ku.

Kiryuu Zero menggelengkan kepalanya. "Kita hanya kenalan dan juga musuh. Namun, aku tidak ingin melihat kau menderita. Tambahan pula kau sedang mengandung. Aku ada membawa beberapa bekalan makanan. Kau boleh makan. Aku akan berjumpa dengan kau lagi." Kata Zero. Aku mengangguk. Zero kemudiannya menghilangkan diri. Sebaik sahaja Zero hilang, hidup ku kembali berada di dalam kesunyian.

Suatu hari, pintu bilik itu terbuka. Aku melihat Lancel bergegas masuk ke dalam bilik dan memeluk ku. "Rin!" Dia menyusap rambut ku dan memeluk ku dengan erat. Akhirnya lelaki yang aku tunggu selama ini kembali ke sisi ku. Lancel menoleh ke belakang. Dia melihat ibunya dan Xi Qin Lun dengan pandangan marah. "Selepas ini jika sesiapa menyakiti Rin, aku akan memastikan mereka dihukum mati." Kata Lancel lalu membawa aku keluar dari bilik tersebut. Lancel membawa aku ke biliknya. Dia membaringkan aku di atas katil. "Maafkan aku kerana aku gagal melindungi kau. aku sepatutnya membawa kau bersama." Kata Lancel. Aku terdiam. Lancel mencium dahi ku. "Aku tidak akan meninggalkan kau, Rin." Tambahnya lagi. Pada masa itu, tiada sesiapa boleh menjelaskan kebahagiaan aku. Aku amat gembira sekali apabila Lancel kembali tetapi pada masa yang sama, aku juga takut untuk berada di sini seorang diri.

Oleh kerana Lancel ialah Tianguo Huang Taizi, aku menerima gelaran Tianguo Huangguan gongzhu. Aku diiktirafkan sebagai Tianguo Huangguan Gongzhu, Bai Ye Rin. Semasa penerimaan gelaran itu, aku bertemu dengan keluarga aku semula. Mereka mengetahui yang ingatan aku hilang. Jadi aku tidak dapat mengingati mereka. Mereka memberitahu aku bahawa aku ini Qing Qiu Gong Zhu, Bai Ye Rin. Tidak ku duga yang aku ialah puteri di Kampung Qing Qiu Gong Zhu. Aku mendapat semula kehidupan lama ku tetapi aku tiada memori tentang mereka. Aku tidak tahu sama ada aku perlu gembira atau bersedih. Majlis perkahwinan aku dan Lancel diadakan semula sebagai tanda peringatan. Namun perkahwinan kedua ini, aku tidak berasa begitu gembira. Aku merasakan aura di sekeliling ku dipenuhi dengan musuh. Di saat itu, aku amat mengharapkan agar ingatan ku kembali. Di hadapan sumpahan suami dan isteri, aku menangis. 

Starry Night: Dream MeWhere stories live. Discover now