BKC -1°

7.9K 396 31
                                    

Hai! Nama aku Ness Faizin. Kawan aku semua panggil aku Ness. Ada orang panggil aku Faiz, Aizin. Haha banyak betul nama aku... Daddy aku seorang Dato'. Ada syarikat besar. Nama syarikat tu KC Group. Tak payahlah cerita pasal syarikat ni.

Aku ada sorang adik. Adik lelaki. Itu pun masih kecil lagi. Umur baru lima tahun. Umur aku sekarang pula 21 tahun. Aku buat macam-macam kerja. Yang pasti semua kerja halal. Aku ada seorang bos, namanya Encik Azwan. Dia lah yang bagi aku kerja.

"Selamat pagi bos!" Tegurku pada Encik Azwan.

"Hmm selamat pagi." Balasnya pula.

"Ada apa-apa kerja yang saya boleh buat?" Aku bertanya. Memang setiap hari aku tanya soalan ni dan setiap hari juga lah aku dapat jawapan yang sama. Iaitu 'tidak ada'.

Tapi hari ini mungkin berbeza kerana wajah Encik Azwan seperti bersinar-sinar. Ceh.

"Harini ada. Memang ada. Tapi saya tak pasti kamu boleh buat kerja ini."

"Apa yang tak pasti nya bos? Saya Ness Faizin lah. Semua kerja saya boleh buat." kata aku dengan yakin.

"Betul?"

"Mestilah betul bos. Cuba bos bagitahu saya kerja apa yang bos nak saya buat? Insya Allah saya boleh lakukan."

"Saya nak kamu jaga anak saya. Sepanjang masa."

"Jaga anak bos? Saya bukan baby-sitter bos!"

"Saya bukan suruh kamu jadi baby-sitter, tapi jadi BODYGUARD."

"Bodyguard?"

"Ya, saya tahu kamu ada tali pinggang hitam, kan? So, senang lah kamu jaga anak saya nanti."

"Tapi bos, saya ni perempuan. P.E.R.E.M.P.U.A.N. Perempuan. Mana ada bodyguard perempuan bos!"

"Saya tak suruh kamu jadi bodyguard perempuan tapi saya nak kamu tukar perwatakan dan penampilan kamu jadi lelaki. Suara kamu garau, badan kamu juga cukup tegap, tinggi. Kamu ada tali pinggang hitam. Memang layak kamu jadi bodyguard anak saya. Tapi, kalau kamu tolak, takpa. Saya ada pekerja lain yang nak."

"Okey, okey bos. Saya terima. Tapi macam mana kalau ibu saya tahu nanti?"

"Itu tak apa. Saya akan uruskan. Kamu hanya perlu ubah penampilan kamu. Esok pagi tepat jam sembilan, saya nak kamu dah berdiri depan pejabat saya dengan pakaian lelaki dan penampilan yang baru kamu. Faham?"

"Haih... Faham bos."

"Esok saya akan bagitahu lebih perincian tentang kerja kamu. Sekarang saya nak kamu ambil kad ini dan beli segala keperluan kamu untuk esok." Encik Azwan memberikan kad Visa kepadaku.

"Ingat, hanya barang keperluan. Kalau kamu nak beli gula-gula, maggi, pakai duit sendiri. Lepas pakai, pulangkan balik." sambung Encik Azwan. Hehh... Kedekut!

"Ye lah... Saya balik dulu bos. Rasa menyesal pula saya pergi kerja hari ni." aku bangun lalu keluar dari pejabatnya. Baru selangkah aku melangkah,  Encik Azwan memanggil aku semula.

"Eh kejap!"

"Apa lagi bos?" jawab aku dengan acuh tak acuh.

"Kamu kena pindah rumah juga."

"Apa?!"

"Itu untuk langkah berjaga-jaga. Kamu akan tinggal di pangsapuri saya nanti. Pangsapuri tu tak digunakan. Saya seorang saja tahu. Jadi, senang lah nanti."

"Haihh... Ye lah bos. Takda lagi kan? Saya keluar dulu." aku melangkah keluar dari pejabatnya dengan malas.

"Eh Ness. Kenapa ni? Bad mood ke? Tadi bukan main semangat." tanya Syuhada. PA Encik Azwan.

"Bos kau tu lah. Suruh aku jadi bodyguard  anak dia."

"Bodyguard anak dia? Bukan anak dia lelaki ke?"

"Itu lah. Aku pun hairan sebenarnya. Tak apa lah. Aku balik dulu." kata aku kemudian melangkah menuju ke lif untuk turun ke bawah.

+++

"Assalamu'alaikum, ibu."

"Wa'alaikumussalam. Balik juga kamu. Sini, ibu nak cakap sesuatu." aku hanya mengikut arahan ibu walaupun aku sekarang ni penat giler. Tapi siapalah aku kan? Kata ustaz syurga bawah tapak kaki ibu.

"Ye, ibu. Ibu nak cakap apa?"

"Tadi bos kamu telefon ibu. Dia cakap dia nak kamu jadi bodyguard anak dia. Tapi kamu kena tukar penampilan kamu jadi lelaki. Kamu nak tak?" ibu berkata seraya mengusap rambut panjang ku.

"Bos Aizin telifon? Cepat betul.. Aizin okey je ibu. Asalkan ibu dan daddy izinkan."

"Ibu tak kesah. Nanti malam kita bincang dengan daddy."

"Tapi, malam ni Aizin takda dekat rumah. Aizin pergi beli barang sikit dekat pusat beli-belah."

"Kamu ni ashik keluar saja malam-malam."

"Hehehe..." aku tersengih malu. Memang itu kebenarannya.

"Takpa, nanti ibu bincang dengan daddy sendiri."

"Terima kasih. Sayang, ibu. Muahh..."

"Ishh kamu ni."

.
.
.
.

Bersambung...

SILA VOTE GUYS HUHUHUHU

👇

#1 AkU BuKAn LelAki! {Selesai}Where stories live. Discover now