"Oh mungkin juga. Bodyguard tu lelaki ke perempuan?"
"Perempuan tapi dia tak tunjuk diri dia yang sebenar." kata Pak Razak lalu memandang ke arah aku. "Kamu banyak tanya ni dah kenapa?"
"Eh takda apa lah. Saja nak tahu. Hehehe..." aku menggaru kepala ku yang gatal. Aku lupa nak cuci rambut pagi tadi.
××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××
Perjalanan ke rumah Pak Razak mengambil masa 26 minit. Sepanjang perjalanan, banyak kisah dan tajuk yang kami bualkan. Kami bukan hanya berbual kosong, ada juga kisah mengenai zaman bujangnya yang di ceritakan Pak Razak dengan sukarela. Katanya, dia mahu aku mengambil pengajaran berdasarkan kisahnya. Aku mengiyakan saja.
Rupa-rupanya, Pak Razak pernah ditipu suatu masa lalu. Kesilapannya yang berhutang dengan kumpulan kongsi gelap merupakan satu penyesalan yang paling besar dalam hidup Pak Razak. Disebabkan kesilapannya itu, keluarga Pak Razak sekarang dalam bahaya. Termasuk anaknya.
"Pakcik harap kamu tidak melakukan perkara yang pernah pakcik buat dulu. Kalau kamu dalam kesusahan, cari lah kawan-kawan atau keluarga yang boleh bantu kamu. Jangan sesekali kamu terfikir untuk meminta tolong samseng atau Ah Long."
"Baiklah, Pak Razak." aku tersenyum. Mana mungkin aku akan meminta tolong mereka, keluarga aku orang berada. Hutang sama sekali tidak akan aku lakukan. Aku tidak suka berhutang. Takut nanti bila aku mati keesokannya, keluarga juga yang susah mahu menguruskan hutang aku.
"Kita sudah sampai." aku berkata dengan gembira lalu melihat rumah di depan ku. Rumah dua tingkat. Tidak besar dan tidak kecil. Rumah yang biasa kita lihat. Pak Razak tinggal di taman perumahan. Tidak jauh dari bandar yang sesak.
"Terima kasih hantarkan pakcik. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kamu." kata Pak Razak lalu memandang ke arah aku yang sedang mengangkat barang-barangnya keluar dari bonet kereta.
"Sama-sama. Tolong-menolongkan amalan mulia. Saya balik dulu." aku menyalam tangan Pak Razak. Semua barangnya sudah diletakkan di depan rumah.
"Baiklah. Hati-hati jalan. Semoga jumpa lagi." aku mengangguk.
'Kita AKAN jumpa lagi pakcik.'
+++
Fail bewarna hitam di dalam almari rahsia aku ambil lalu di buka. Biodata Firlana Aira. Memang betul tekaan aku. Pakcik itu adalah ayah Firlana. Berdasarkan maklumat yang aku dapat, Pak Razak pernah memohon pinjaman duit dari bank tiga tahun yang lalu setelah dia gagal membayar hutangnya. Tapi malang permohonannya tidak berjaya.
Meja komputer aku tuju. Maklumat tentang kumpulan kongsi gelap yang diburu oleh polis sekarang terpampang di depan mata.
Black Tiger.
Kumpulan ini merupakan kumpulan yang paling besar dan kuat setakat ini. Black Tiger mempunyai banyak pengaruh dari dalam mahupun luar negara. Mereka sangat licik dan tidak mudah dikalahkan. Tiada siapa tahu identiti ketua besar mereka. Mereka hanya bekerja di bawah ketua yang dilantik yang akan menguruskan jual beli barang di negara masing-masing. Maksudnya, setiap negara mempunyai ketua Black Tiger yang tersendiri.
Ketua Black Tiger dari Malaysia merupakan musuh aku. Dia lah yang mengganggu Affan dulu dan dia juga lah yang menculik Firlana, anak Pak Razak tiga tahun yang lepas. Kini aku terpaksa berhadapan dengan dia. Secara tidak langsung, aku juga terlibat kerana aku dapat tahu yang Alyssa merupakan anak ketua Black Tiger. Alyssa yang tergila-gilakan aku.
![](https://img.wattpad.com/cover/165892448-288-k821637.jpg)
YOU ARE READING
#1 AkU BuKAn LelAki! {Selesai}
ActionKisah tentang seorang perempuan yang ditugaskan untuk menjadi seorang bodyguard. Tapi? Ada syaratnya... "Saya nak kamu tukar perwatakan dan penampilan kamu jadi lelaki." - Encik Azwan "Saya terima." - Ness Faizin Bukan bodyguard lah kalau takda caba...