"Okey boleh. Bak sini telefon awak." aku meminta telefon Syahira. Nak mesej aku ehh? Nak ngorat ke nak bawa berkawan ni?
"Okey selesai. Nah."
"Terima kasih. Malam nanti saya mesej awak tau. Selamat tinggal."
"Selamat tinggal jugak sayang. Muahh.." amboi engkau Ness. Baru hari pertama kerja dah mengorat seorang perempuan. Belum lagi esok. Ishh ishh ishhh.
××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××
"Assalamu'alaikum,"
"Wa'alaikumussalam. Ya encik, cari siapa?"
"Saya cari Cik Siti."
"Oh, kamu ke Encik Ness Faizin??"
"Ya, saya."
"Baiklah. Saya Cik Siti, PA kepada Encik Affan. Encik boleh masuk ke bilik dihadapan saya. Encik Affan sedang menunggu."
"Okey, terima kasih."
Selesai berurusan dengan PA bakal majikan, aku melangkah masuk ke bilik yang ditunjukkan. Pintu diketuk tiga kali.
"Masuk," arah seseorang yang bersuara garau. Mungkin dia, bakal majikan aku.
"Assalamu'alaikum." salam diberi setelah pintu dibuka.
"Wa'alaikumussalam, kamu ke Ness Faizin?" tanya orang itu . Matanya memandang aku dari atas hingga bawah.
"Ya, saya." aku menjawab dengan senyuman yang manis.
"Kau boleh duduk."
"Terima kasih."
"Jadi, menurut ayah saya. Ada orang yang akan berjumpa saya nanti. Kamu lah orang itu kan?"
"Ya." senyuman masih di ukir walaupun aku dah bosan dengan soalan dia.
"Okey. Pertama, aku nak kau panggil aku 'bos'. Kedua, jangan guna saya-awak. Aku tak biasa. Ketiga, kau boleh jalankan tugas kau mulai sekarang. Kau kena ikut arahan aku. Faham?"
"Ya, aku faham."
"Okey bagus. Kau boleh balik. Jam 12 nanti kau ambil aku. Aku nak makan tengah hari."
"Baik, bos. Takda lagi kan?"
"Takda."
"Okey. Selamat tinggal!"
"Comel juga budak ni. Nasib kau lah jadi bodyguard aku. Ayah ni pun satu. Yang dia ambil bodyguard secomel tu kenapa? Ehh kejap, yang aku puji dia dah apahal? Aku suka dia ke? Ishh mana boleh. Haram. Aku bukan gay!" kata Affan dalam hati cuba untuk menidakkan perasaannya.
(Ness POV)
Itu saja yang dia nak beritahu? Penat-penat aku pergi syarikat ni. Buang masa betul. Nasib baik aku tak terserempak dengan daddy. Okey, sekarang ni aku nak buat apa? Pergi kafe je lah. Aku belum sarapan lagi ni.
+++
Bunyi loceng pintu kedengaran menandakan seseorang masuk ke dalam kafe. Aku lah tu. Kaki melangkah menuju ke meja di hujung sekali. Sementara menunggu tengah hari, aku nak duduk sini dulu. Ehh, itu bukan Syahira ke? lebih baik aku panggil dia.
"Sya!" aku menjerit sambil melambai-lambaikan tangan. Dia kelihatan tercari-cari dari mana arah bunyi itu. Tidak lama kemudian, dia pergi ke arah aku.
"Awak rupanya jerit nama saya. Terkejut saya tau. Ingatkan pencuri mana yang jerit nama saya tadi." kata Syahira.
"Saya memang pencuri pun. Pencuri hati awak. Chia chia..."
"Awak ni kan!"
"Alaa jangan marah. Saya gurau je." aku ketawa. Comelnya dia ni.
"Yelaa... Kenapa awak panggil saya ni?"
"Saja nak panggil awak. Awak buat apa kat sini?"
"Saya nak beli air. Haus sangat. Dari tadi tak minum. Awak pula buat apa dekat sini? Bukan awak dekat bangunan syarikat tu tadi ke?"
"Ha'ah. Saya saja nak duduk dekat sini sementara tunggu tengah hari. Jom lah duduk sekali dengan saya. Kita borak-borak ke?"
"Takpa ke? Tak mengganggu awak?"
"Kalau saya dah pelawa awak, tak mengganggulah maknanya. Ehh, duduklah. Dari tadi berdiri atau awak nak tunggu saya dudukkan awak?" aku memandang Syahira dengan pandangan nakal. Matanya membulat memandang aku.
"Ishh awak ni." mukanya sudah berona merah. Suka betul aku nak sakat dia.
"By the way, awak kerja apa ya?" Syahira bertanya setelah melihat pakaian ku yang lain daripada yang lain.
"Saya kerja sebagai bodyguard. Bos saya CEO syarikat tu." jawab aku. Aku taknak bagitahu yang syarikat tu kepunyaan daddy aku. Kalau aku bagitahu, mesti dia tanya macam-macam.
"Owh yeke!? Untunglah awak bekerja dengan CEO syarikat. Banyak orang kata, CEO syarikat tu kacak tapi tegas orang nya." kata Syahira.
"Tegas ke? Dia layan saya biasa saja."
"Tak tahulah. Saya bukan tahu sangat. Jumpa pun tak pernah." kata Syahira lagi
"Ni awak dah pesan air ke belum? Dari tadi sembang tapi takda air pun." aku mula mengubah topik. Lama kami berbual sampai aku tak sedar sudah tengah hari.
"Ya Allah, dah tengah hari. Okey lah Sya, harini saya belanja awak. Saya dah lambat ni. Nanti kita jumpa lagi. Selamat tinggal." kata aku dengan cemas. Lantas aku mengambil beg sandang ku dan membayar minuman tadi. Selesai saja membayar, aku berlari keluar tanpa sempat Syahira mengucapkan terima kasih.
+++
Weii, tolonglah VOTE!!!!! Huhuhu
👇
YOU ARE READING
#1 AkU BuKAn LelAki! {Selesai}
ActionKisah tentang seorang perempuan yang ditugaskan untuk menjadi seorang bodyguard. Tapi? Ada syaratnya... "Saya nak kamu tukar perwatakan dan penampilan kamu jadi lelaki." - Encik Azwan "Saya terima." - Ness Faizin Bukan bodyguard lah kalau takda caba...