"Kamu ni janganlah beraku-kau dengan bini. Tak manis orang pandang." pesan pakcik itu pula. Ya Allah pakcik, bila masa dia jadi bini saya?
"Saya sokong pakcik. Husband saya ni memang macam tu. Sejak saya mula-mula kenal dia lagi. Tak pernah berubah. Tapi itulah yang buatkan saya sayang dekat dia." aku memandang Camelia tajam. Kau tunggu kat rumah nanti, siap kau aku kerjakan.
"Nahh, ais krim kamu. Makan elok-elok."
"Terima kasih, pakcik." kata aku dan Camelia serentak. Kami pun berlalu pergi mencari tempat duduk. Ada satu tempat kosong bawah pokok. Macam takda tempat lain. Dahlah tersorok.
××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××
"Husband," Camelia memanggil aku.
"Hmm." jawab aku malas.
"Husband kerja apa eh?" tanya Camelia
"Gigolo." jawab aku sepatah.
"Husband! Wife tanya betul-betulkan!"
"Aku kerja bodyguard lah. Bising betul kau ni. Cuba la diam." aku marah. Dari tadi mulut tu asyik bercakap je.
"Ishh!"
"Jomlah balik. Nak dekat Maghrib ni. Tak elok keluar." kata aku seraya bangun dari duduk. Kunci kereta aku ambil dari poket.
+++
(Firlana POV)
"Aaarghhh!! Ayah, tolong Fir!!" aku menjerit ketakutan. Lelaki di depan aku ni sumpah hodoh. Dahlah tua!
"Kau, lepaskan anak aku! Dia takda kena mengena antara kita." kata ayah pada lelaki hodoh itu.
"Hahaha takda kena mengena kau cakap? Kau tak bayar hutang aku. Anak kau jadi mangsa! Dahlah cantik, comel pulak tu. Kalau aku jual, sumpah laku." hutang? Ayah ada berhutang dengan lelaki hodoh ini? Takkanlah...
"Siapa benarkan kau ambil anak aku, hah?! Takda dalam perjanjian yang kau boleh ambil anak aku." ayah cuba pertahankan kebenaran. Ehh? Kebenaran ke?
"Siapa cakap? Dalam perjanjian tertulis jika kau tak bayar hutang dalam masa terdekat, aku boleh buat apa-apa sahaja. Jadi, aku ambil anak kau lah ye." kata si lelaki hodoh itu.
"Ayah, Fir takut. Fir nak ibu."
"Fir jangan takut ye. Ayah ada dekat sini. Selagi Fir ada disisi ayah, selagi itu Fir selamat. Nanti bantuan akan datang. Fir tolong bertahan. Demi ayah dan ibu. Anak ayah kan kuat." bisik ayah pada aku.
"Hikss... Okey ayah."
"Hoii!! Apa yang kau bisikkan tu? Mati kau!!"
Bang!!!
"Ayahhh!!!"
Aku bangun dari tidur. Nafasku tercungap-cungap. Mimpi rupanya. Penculikan 3 tahun lepas terngiang-ngiang dikepala. Aku tak dapat lupakan. Makin aku cuba lupakan, makin kerap ia muncul.
"Firlana, kamu okey ke? Kenapa menjerit tadi? Sampai bawah ayah dengar." tanya ayah hairan lalu berjalan menuju kearah aku.
"Ayah, Fir takut. Mimpi tu datang lagi." jawab aku ketakutan.
"Fir, dah berapa kali ayah pesan. Sebelum tidur baca doa, cuci kaki. Kamu selalu lupa. Haih... Semalam ayah jumpa Pak Cik Azwan. Ayah dah minta tolong dia hantarkan bodyguard untuk Fir. Ayah tak perlu risau lagi keselamatan Fir lepas ni."
YOU ARE READING
#1 AkU BuKAn LelAki! {Selesai}
AkčníKisah tentang seorang perempuan yang ditugaskan untuk menjadi seorang bodyguard. Tapi? Ada syaratnya... "Saya nak kamu tukar perwatakan dan penampilan kamu jadi lelaki." - Encik Azwan "Saya terima." - Ness Faizin Bukan bodyguard lah kalau takda caba...