BKC - 35°

1.3K 103 0
                                    

"Baiklah, ayah." Firlana akur walau hatinya tetap nak dengar perbualan kami.

Aku dan Pak Razak melangkah keluar menuju ke gazebo yang terdapat di tepi rumah. Kawasan ini jauh sedikit dari pintu rumah. Jadi, tak ada masalah untuk bercerita. Nafas ditarik perlahan-lahan lalu hembus. Kedudukan kaki di betulkan untuk mencari keselesaan.

"Macam ni Pak Razak. Sebenarnya..."

××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××

"Tadi masa nak hantar Firlana balik ke rumah, saya perasan ada kereta yang ikut kami dari pusat beli-belah. Pemandu seorang lelaki dan ada tattoo harimau hitam dekat leher belah kiri. Saya syak itu kumpulan Black Tiger yang cuba nak culik Firlana. Atas sebab saya tak tahu. Jadi, saya ambil keputusan untuk lari dari pandangan dia. Akhirnya berjaya jugak. Dia takkan tahu kedudukan kita sebab saya dah pastikan takda kereta yang ikut kami dari belakang. Pak Razak jangan risau. Saya akan jaga keselamatan Firlana." jelasku pada Pak Razak.

"Terima kasih, Ness. Tak sia-sia pakcik upah kamu. Sebelum tu, pakcik nak tanya. Kamu...ada musuh jugak ke?" tanya Pak Razak ingin tahu.

"Erm tu saya tak pasti. Yang saya tahu, musuh majikan adalah musuh saya jugak." aku menjawab seraya menggaru leher yang tidak gatal.

"Termasuk musuh bekas majikan kamu?"

"Errr..." aku teragak-agak untuk menjawab pertanyaan itu. Aku pun tak pasti. Setakat ini aku berada dalam keadaan yang selamat. Tiada musuh yang menyerang.

"Tak apa lah. Kamu jaga diri. Jangan sampai kamu pulak yang tak selamat." nasihat Pak Razak kepadaku.

Aku hanya mengiakan. "Tapi kerja ni memang tak selamat, Pak Razak." aku berkata di dalam hati. Senyuman manis diberikan untuk mengurangkan kerisauan Pak Razak kepadaku.

+++

Di sebuah rumah besar yang jauh dari bandar, terdapat seorang lelaki duduk bersendirian di dalam sebuah bilik yang gelap . Dia sedang menghisap sebatang rokok berjenama Dunhill sambil menghadap ke tingkap dibelakangnya. Dua orang pengawal sedang menjaga pintu bilik itu dari dimasuki oleh orang yang tidak dikenali.

Tidak lama kemudian, seorang lelaki berpakaian hitam melangkah masuk ke dalam bilik itu setelah diberi kebenaran oleh dua orang pengawal. Pintu di ketuk tiga kali. Lelaki di dalam bilik itu mengarahkan dia masuk.

"Bos, saya dah hantar alamat rumah perempuan itu kepada kumpulan yang ditugaskan." kata lelaki yang berpakaian hitam itu, Nazmi.

"Bagus. Petang esok kita jalankan misi. Umpan bodyguard dia tu masuk perangkap. Aku tak sabar-sabar nak jumpa depan mata." arah lelaki yang digelar 'bos' itu.

"Baiklah. Kalau takda apa-apa lagi saya keluar dulu." kata Nazmi lalu melangkah keluar dari bilik yang gelap itu.

"Hahahaha tak sabar nya aku nak berjumpa dengan kau. Mesti kau terkejut bila tahu kebenarannya. Aku harap kau mati di depan mata aku dengan tangan aku sendiri. Asyik menyusahkan orang saja. Kau terimalah padahnya." lelaki itu ketawa seolah kata-katanya sangat lucu.

"Daddy, Alyssa nak keluar kejap. Nak jumpa kawan."

"Okey, sayang. Hati-hati dekat luar sana tu. Ada orang jahat."

#1 AkU BuKAn LelAki! {Selesai}Where stories live. Discover now