BKC - 36°

1.3K 102 6
                                    

"Aku yang bosan atau kau? Ye lah. Asyik terperap je dalam rumah. Nak keluar pun tak boleh." kata aku ingin mengejek Firlana. Jelingan tajam diberikan kepadaku.

"Menyesal aku teman kau dekat luar ni. Menyakitkan hati je." kata Firlana seraya melangkah masuk ke dalam rumah. Kerusi yang dibawanya tadi ditinggalkan. Bagus, ada jugak kerusi untuk aku duduk.

Dalam aku tak sedar, ada seseorang memerhati aku di dalam kereta sejak Firlana keluar dari rumah. Di tangannya memegang telefon dan sedang bercakap dengan seseorang. Rakannya di sebelah melihat saja perbuatannya.

××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××

Tepat jam tiga petang, aku mengambil kunci kereta untuk bersiap sedia membawa Firlana memberi barang dapur di Emart. Enjin kereta dihidupkan. Sementara menunggu enjin kereta panas, aku memanggil Firlana untuk turun ke bawah. Dia tu kalau bersiap sangatlah lama. Kalau tak panggil, dia takkan turun.

Selepas menunggu beberapa minit, Firlana akhirnya turun ke bawah. Dia memakai baju kemeja bewarna merah jambu muda, seluar jeans panjang dan tudung bawal bewarna hitam. Tidak lupa cermin mata hitam nya yang diletakkan di atas kepala. Dah macam diva. Nak pergi beli barang dapur je. Bukannya jauh pun Emart tu.

"Kau pakai lawa sangat ni dah kenapa?"

"Salah ke? Mana lah tahu terjumpa jodoh. Aku tak nak jadi anak dara tua."

"Eleh. Ingat kau cantik sangat ke? Nak muntah aku dengar."

Jelingan yang tajam dihadiahkan kepadaku. Bantal kecil di sisinya di ambil lalu dibalingkan ke arah aku. Dengan pantas aku mengelak balingannya. Tidak semena, bantal kecil itu terkena orang dibelakang aku. Firlana terkejut.

"A...ayah. Ayah buat apa dekat sini? Bukan ayah dah pergi kerja ke?" tanya Firlana kepada ayahnya, Pak Razak.

"Ayah tertinggal barang dalam bilik. Ni dah kenapa main baling-baling bantal? Bukan kamu dua perlu beli barang dapur ke?"

"Err nak pergi lah ni ayah, eh Pak Razak. Firlana ni bersiap lama sangat." aku tersengih memandang Pak Razak apabila menyedari aku tersasul memanggilnya ayah.

"Ha ye lah. Firlana, hati-hati."

"Baik, ayah. Firlana faham."

"Kami pergi dulu Pak Razak."

Pak Razak mengangguk. Aku dan Firlana berjalan keluar menuju ke arah kereta. Pintu pemandu aku buka lalu masuk ke dalam kereta. Tali pinggang keselamatan aku pasangkan. Break ditarik dan kereta mula jalan menuju ke destinati yang ingin dituju, Emart.

Firlana yang berada di sebelah ku memandang ke arah luar. Memerhati kesesakan yang sering berlaku di bandar. Nasib kami baik sebab hari ini tidak terlalu banyak kenderaan yang berada di atas jalan raya. Bangungan Emart sudah kelihatan walaupun kami masih jauh satu kilometer.

Aku masuk ke simpang di sebelah kanan. Menuju terus ke tempat letak kenderaan bawah tanah. Mencari tempat yang masih kosong, akhirnya jumpa juga setelah tiga kali pusingan. Hari bekerja pun tempat letak kenderaan penuh.

Sebelum keluar dari kereta, aku menelefon seseorang terlebih dahulu. Aku menyuruh Firlana tunggu sebentar. Dia hanya akur.

"Assalamu'alaikum, Is. Kita jumpa dekat depan Emart."

"Wa'alaikumussalam. Bila?"

"Sekarang. Aku tunggu kau. Jangan lama sangat."

"Okey. Jumpa nanti."

#1 AkU BuKAn LelAki! {Selesai}Where stories live. Discover now