"Kenapa Ness? Ada benda buruk berlaku ke dekat anak pakcik?" tanya Pak Razak cemas. Mukanya sudah berpeluh.
"Pak Razak jangan risau. Saya akan selamatkan Firlana. Pak Razak hanya perlu berdoa banyak-banyak supaya dia selamat." jawab Ness untuk menenangkan hati Pak Razak.
'Kau tunggulah penyangak.' kata hati Ness.
××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××
Malam yang gelap dan sunyi tidak pernah menggetarkan hati aku. Salakan anjing bersahutan kedengaran jauh di bukit hutan. Aku berjalan dengan berhati-hati memasuki lorong gelap di sebelah bangunan pasaraya. Kelihatan tiga orang lelaki berbadan sasa dan bertatu sedang menunggu aku di hujung lorong. Macam takda tempat lain nak jumpa.
Aku tidak membawa sebarang kayu atau pistol seperti filem-filem di dalam televisyen. Hanya membawa sebilah pisau dapur sudah mencukupi. Pisau dapur yang sudah di asah tajam untuk memotong daging atau lemak. Aku selitkan di pinggang. Semestinya pisau itu berlapik.
Aku sudah sampai di hujung lorong. Lelaki pertama yang aku nampak ialah lelaki yang aku sangat kenal, Jimi. Berkepala botak dan bertopi merah. Sama juga dengan baju nya, warna merah. Ini mesti terpengaruh dengan cerita gangster. Semua merah, sebabnya merah adalah warna darah. Jadi?
Tanpa membuang masa, aku terus bertanyakan kedudukan Firlana. Kata mesej tadi, aku perlu ke lorong ini jika mahu menyelamatkan Firlana. Tapi batang hidung pun aku tak nampak. Perangkap?
"Hahaha...bodoh juga kau ni. Kau ingat kami akan bagi perempuan itu macam tu je?"
"Hahaha..kau pun bodoh jugak. Kau ingat aku akan pergi ke sini macam tu je?" aku mengejek kata-kata Jimi. Mukanya sudah merah padam. Demam ke bang?
"Guys, serang!" seorang lelaki datang dari arah belakang cuba untuk menyepak aku tapi malangnya dia yang tersungkur atas sebab tali kasutnya terbuka.
Seorang lagi lelaki tinggi dan kurus datang menghampiri aku sambil membawa sebatang kayu untuk menghentak kepala aku. Dengan mudahnya aku mengelak. Lelaki itu tergamam. Kayu sudah terlepas dari tangannya disebabkan hayunan yang terlalu kasar. Tanpa membuang masa, aku terus menarik badan lelaki itu lalu aku tundukkan dan menyiku tulang belakangnya.
Bunyi tulang lelaki itu kedengaran. Jeritan lelaki itu aku endahkan. Siapa suruh kurus sangat? Makan macam tak makan.
Aku memandang ke arah Jimi. Sengihan sinis terukir dibibirnya. Jimi mengangkat tangan seolah memberikan isyarat kepada dua orang rakannya, Ben dan Khan.
Ben merupakan seorang peninju dan juga seorang banduan. Beberapa tahun yang lepas, Ben telah menganggu orang awam tanpa sebab. Jadi, dia dimasukkan ke dalam lokap selama empat tahun. Tetapi tidak sampai tiga minggu, seseorang telah datang untuk menjaminnya. Orang itu adalah 'bos' yang digelarnya sekarang.
Khan pula merupakan seorang remaja yang sangat nakal di Universiti dulu. Perangainya sangat dikenali oleh semua pelajar. Famous? Semestinya. Tapi malang tidak berbau, dia dibuang Universiti dan juga dibuang keluarga kerana menghisap dadah dan sering minum ketum di belakang bangunan tandas.
Sekarang, mereka di sini. Menjadi orang penting dalam kumpulan kongsi gelap. Menjual segala jenis dadah dan barang haram ke luar negara. Tidak lupa, mereka juga menjual perempuan di Thailand. Kata mereka, itu saja cara mereka untuk membalas jasa 'bos' yang telah mengutip mereka dahulu.
Hmm panjang pulak cerita...
Sedang aku mengelamun, tanpa sedar Ben telah mengambil langkah. Tumbukan dilepaskan menggunakan tangan kirinya, tepat melandas ke wajah aku. Aku terundur beberapa langkah. Ada sedikit darah yang terkeluar di hidung. Tumbukan Ben sangat keras. Tidak sampai disitu saja, Ben mengambil pistol yang diletakkan di belakang seluarnya. Tembakan dilepaskan.

YOU ARE READING
#1 AkU BuKAn LelAki! {Selesai}
БоевикKisah tentang seorang perempuan yang ditugaskan untuk menjadi seorang bodyguard. Tapi? Ada syaratnya... "Saya nak kamu tukar perwatakan dan penampilan kamu jadi lelaki." - Encik Azwan "Saya terima." - Ness Faizin Bukan bodyguard lah kalau takda caba...