Bosan duduk seorang diri, aku mengambil keputusan untuk balik. Walaupun belum pukul dua pagi, aku dah tak larat nak dengar music yang terlalu kuat. Sakit telinga. Sakit juga hati sebab takda seorang perempuan pun nak layan aku. Jambu sangat ke muka aku ni? Hmm...
Pintu kereta aku buka dengan malas lalu masuk ke dalam. Belum sempat aku memakai tali pinggang keledar, seseorang telah membuka pintu di sebelah pemandu.
"Hai babe..."
'Ni apahal ni?'
××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××
Kringgggg!!!
Bunyi alarm telah mengejutkan aku dari tidur. Huh, penatnya. Jam baru menunjukkan pukul sembilan pagi. Aku ingat nak cari perempuan tu lagi. Kenapa lah susah sangat?
Tuala yang tergantung di belakang pintu aku capai. Aku malas nak mandi lama-lama. Mandi burung je lah aku hari ni.
Selesai mandi, aku keluar dari bilik mandi dengan siap berpakaian. Pomet yang selalu aku guna dah habis. Terpaksa lah keluar rumah dengan rambut macam ni. Aku hanya sikat saja untuk nampak kemas. Minyak wangi aku semburkan di badan.
Telefon di bawah bantal aku ambil lalu di simpan di dalam beg kecil. Aku bawa beg tapi letak dalam kereta. Siapa macam tu kita geng.
Hari ni aku nak cari perempuan tu di kedai buku. Mana lah tahu dia dekat sana. Tanpa membuang masa aku terus mengambil kunci kereta di atas meja. Sebelum keluar, aku pergi ke dapur terlebih dahulu. Nak periksa barang dapur apa yang tiada. Dapat aku pergi beli sekali nanti.
Selesai menyenaraikan barang yang tidak ada, aku melangkah keluar dari rumah. Lif di tuju. Tak ada sesiapa. Sunyi. Mungkin penghuni di blok sini belum bangun kot. Maklum lah, hari ini hari ahad. Cuti. Aku saja yang keluar untuk bekerja.
Ditingkat bawah pun sunyi. Aneh. Kebiasaannya ada saja makcik-makcik bawang yang melepak di bawah ini. Mungkin bawang dah habis dan pergi membeli di pasar. Aku pun tak tahu.
Dengan perasaan hairan, aku berjalan menuju ke tempat letak kenderaan. Kereta aku dah tiga hari tak start. Maklumlah aku hanya menggunakan motor saja beberapa hari ni. Nak jimat minyak katakan.
Destinasi pertama, pasaraya.
+++
"Beli beli beli beli!! Ikan keli, ikan sardin, ikan fish semua ada."
"Lai lai lai lai!! Ayam panggang, ayam bakar, ayam kukus, ayam golek, ayam baring semua ada. Murah Murah!!"
Sungguh meriah pasar basah di awal pagi ini. Aku mengambil keputusan untuk membeli barang basah terlebih dahulu. Sampai sahaja di sini, sudah kedengaran suara penjual-penjual yang menjual bahan mentah. Tapi ada seorang penjual perempuan cina yang menarik perhatian aku.
"Mari mari mari!! Sayur murah sini mari. Lu beli ai happy. Lu tak beli ai cincang sampai naik gaji. Mari sini, mari sini!!"
Sampai begitu sekali beliau mahu menarik perhatian pelanggan. Hahaha, sungguh terhibur aku dibuatnya.
"Aunty, bagi saya satu ikat sayur sawit dan kacang panjang."
"Okey ah boy....terima kasih."
"Sama-sama." kata aku lalu memberikan senyuman. Sudah terbiasa orang panggil aku ah boy.
-Ayam √
-Ikan √
-Sayur √
-Tomato √
-Buah-buahan
-Bawang putih dan merah
-Oat
-Nestum
-Lobak √
-Beras
-Garam
-Kicap
-Keropok
![](https://img.wattpad.com/cover/165892448-288-k821637.jpg)
YOU ARE READING
#1 AkU BuKAn LelAki! {Selesai}
AcciónKisah tentang seorang perempuan yang ditugaskan untuk menjadi seorang bodyguard. Tapi? Ada syaratnya... "Saya nak kamu tukar perwatakan dan penampilan kamu jadi lelaki." - Encik Azwan "Saya terima." - Ness Faizin Bukan bodyguard lah kalau takda caba...