Sekali lagi, dia menumbuk aku tapi kali ini di perut. Senak. Itu yang aku rasakan. Nasib baik aku tak datang bulan.
"Kau! Aku dah kata jangan bawa polis. Itu balasannya!" Zimi berkata lalu dia mengarah dua orang lelaki yang memegang tangan aku sejak tadi untuk lepaskan tangan aku.
Mereka menurut.
××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××
Dengan kasar, mereka menolak aku sehingga jatuh. Zimi tidak membuang masa, dia terus menyepak aku dengan sekuat hati, berkali-kali. Alyssa hanya memandang tanpa riak. Firlana pula menangis tanpa henti.
Aku batuk hingga mengeluarkan darah. Zimi tersenyum sinis. Dia tidak berpuas hati lagi. Pistol yang diletakkan di belakang seluarnya tadi dicapai. Zimi melepaskan satu das tembakan ke arah kaki kiri aku.
"Arghh... Sial!" aku meraung kesakitan.
Kaki kiri aku pegang lalu cengkam dengan sekuat hati untuk mengurangkan kesakitan walaupun ianya hanyalah sia-sia. Zimi mengacukan pistolnya ke arah kaki kanan aku pula, tapi belum sempat dia berbuat demikian, seseorang menolak pintu bilik ini dengan kasar.
Zimi menoleh ke belakang. Seorang lelaki bersama-sama tiga orang anggota polis sedang mengacukan pistol ke arah Zimi dan tiga orang orang bawahannya. Nasib mereka malang kerana tidak membawa apa-apa senjata.
"Kami polis. Anda telah dikepung. Letakkan senjata anda." kata salah seorang anggota polis, Safuan.
Aku sudah ternganga. Macam dalam filem. Tak sangka dapat tengok depan mata. Zimi tidak menyerah kalah. Dia melepaskan tembakan kepada Aqil. Ya. Aqil lah yang masuk bersama tiga orang anggota polis tadi. Aqil pantas mengelak. Dia berlari ke arah Zimi dan menyepak kepala musuhnya sehingga Zimi jatuh terduduk.
"Woah..." aku kagum. Hilang terus rasa sakit di kaki.
Tidak lama selepas itu, sekumpulan anggota polis masuk ke dalam bilik. Mereka menggari Zimi dan tiga orang bawahannya. Seorang anggota polis perempuan segera berlari ke arah Firlana dan membuka ikatan pada tangan dan kaki Firlana. Aku pula dibantu oleh Aqil. Kaki kiri aku dibalut menggunakan kain yang sentiasa dibawa oleh Aqil untuk mengelakkan darah keluar dengan lebih banyak. Tentang Alyssa pula? Aku pun tak tahu mana dia lari.
"Sedap kena tembak?" tanya Aqil kepadaku.
"Fuhh, sedap wo. Macam kena gigit buaya." kata aku geram.
Aqil ketawa. Bahu aku dipapahnya keluar dari bilik. Tiba-tiba, aku berhenti. Aqil hairan lalu dia bertanya, "Kenapa?"
"Kau pergi dulu. Aku ada benda sikit nak buat." kata aku lalu menarik tangan dari pegangan Aqil.
"Eh sedar diri sikit. Kau tu baru lepas kena tembak. Ada hati nak jalan sendiri."
"Alaa aku kuat lagi lah. Kau pergi je dulu. Aku okey. Dah shuh."
"Yelah."
Aqil melepaskan aku. Dengan berhati-hati, aku berjalan menuju ke satu bilik selang tiga bilik yang menempatkan aku tadi. Aku tak tahu kenapa aku rasa ada seseorang kena ikat dalam bilik tu sebab masa aku mula-mula masuk bilik tadi, aku terdengar suara seseorang menjerit kesakitan. Macam suara lelaki.
Tombol pintu aku pulas lalu aku menolak pintu itu. Seorang lelaki sedang terbaring di atas lantai dengan keadaan kaki dan tangannya terikat. Di mulutnya disumbatkan segumpal kain buruk. Dia merenung wajah aku lama sebelum,
"Mmm hmm! Mhmm..."
"Eh Affan? Macam mana kau ada dekat sini?" aku bertanya sambil mengeluarkan kain buruk itu dari mulut Affan.
"To...tolong aku heh heh heh..." jawab Affan tercungap-cungap.
Tanpa membuang masa, aku memapah Affan keluar dari bilik dengan berhati-hati setelah aku membuka ikatan tali pada tangan dan kakinya. Walaupun keadaan kaki aku sakit. Nyawa Affan yang paling penting.
Selepas menuruni tangga ke tingkat bawah, aku membawa Affan menuju ke pintu gudang. Kelihatan beberapa anggota polis sedang menunggu ketibaan kami. Empat buah ambulance dan sebuah lori polis diletakkan di luar gudang. Takkan lah dekat dalam pulak.
Tiba sahaja di hadapan pintu, aku menoleh ke belakang seketika. Pandanganku tertancap pada seseorang di sebalik tiang di tingkat dua. Dia sedang memerhati kami. Lebih tertumpu kepada aku. Di tangannya sedang memegang rifle.
"Eh sniper? " dahiku berkerut.
Dia mengacukan rifle ke arah aku setelah menyedari kewujudannya di kesan. Belum sempat aku ingin mengelak, tembakan yang dilepaskan terkena bahu kiri aku dari arah belakang.
"Arghh..." jerit aku kesakitan.
Pegangan tangan Affan pada bahu kiri aku terlepas. Affan yang menyedarinya segera melihat ke arah aku yang sudah jatuh tersungkur. Aqil yang terdengar jeritan itu terus berlari ke arah aku.
"Weh kau okey ke?" tanya Aqil cemas.
"Ba...bawa Affan pergi dari sini. A...aku okey." jawab aku seraya menolak Aqil pergi dari sini bersama Affan.
"Tapi..."
"Cepat! Penembak tu masih ada dekat sini."
"Okey. Nanti aku ambil kau pula." kata Aqil lalu dia memapah Affan menuju ke embulance.
Aku yang jatuh tersungkur terus bangkit. Pistol yang diberi Aqil ketika di dalam bilik tadi aku capai di belakang seluar. Penembak tu masih menyorok di sebalik tiang. Mungkin cari masa yang sesuai untuk lari.
Aku melangkah lima tapak ke kiri dan tiga tapak ke belakang. Penembak itu sedang sibuk mengisi peluru pada rifle nya. Tanpa membuang masa, pistol di angkat menggunakan tangan kanan dan diacukan ke arah kepala penembak itu. Picu ditarik.
Tembakan tersasar tapi tetap terkena kaki kanannya. Aku baru je nak buat headshot. Tapi tangan aku bergegar disebabkan menahan sakit di bahu dan kaki. Kena tembak dua kali weh. Gila tak sakit.
Penembak itu ingin membuat serangan balas. Laser Rifle diacukan ke arah dada kiri aku. Tepat pada jantung. Dengan pantas aku sembunyi di sebalik kotak-kotak yang berselerak. Pistol aku pegang dengan erat. Badan aku dah lemah. Mungkin sebab dah terlalu banyak darah keluar.
Tanpa membuang masa, aku keluar dari tempat menyorok dan menembak penembak itu dengan dua kali tembakan. Tembakan pertama tersasar tapi nasib aku baik, tembakan kedua tepat kena perutnya. Darah membuak-buak keluar dari mulutnya.
"Heh, mati jugak kau." kata aku sinis seraya melangkah menuju ke pintu gudang.
Aqil yang melihat perlawanan tadi ternganga. Tidak percaya aku pandai guna pistol. Tapi hakikatnya ini kali pertama aku guna. Pegang tu selalu lah. Lagi pun ini kali pertama aku berhadapan dengan musuh yang sebenar-benarnya. Sebelum ini hanya musuh olok-olok je.
Sedang leka memikirkan musuh, tanpa sedar penembak itu mengambil rifle nya dan menembak aku dari arah belakang. Tembakan terkena belakangku. Mungkin pada jantung sebab aku rasa terlalu sakit. Sangat sakit. Penglihatanku tiba-tiba sahaja gelap dan aku rebah bersama jeritan Aqil.
"Ness!!!" jerit Aqil dihadapanku.
"Aku okey." kata aku lalu senyum dengan mata terpejam rapat.
.
.
.
.Bersambung...
NESS DAH MATIIIIIII
TIDAKKKKKKKK!!!
JANGAN LUPA VOTE
👇
YOU ARE READING
#1 AkU BuKAn LelAki! {Selesai}
ActionKisah tentang seorang perempuan yang ditugaskan untuk menjadi seorang bodyguard. Tapi? Ada syaratnya... "Saya nak kamu tukar perwatakan dan penampilan kamu jadi lelaki." - Encik Azwan "Saya terima." - Ness Faizin Bukan bodyguard lah kalau takda caba...