"Tak tahulah. Saya bukan tahu sangat. Jumpa pun tak pernah." kata Syahira lagi
"Ni awak dah pesan air ke belum? Dari tadi sembang tapi takda air pun." aku mula mengubah topik. Lama kami berbual sampai aku tak sedar sudah tengah hari.
"Ya Allah, dah tengah hari. Okey lah Sya, harini saya belanja awak. Saya dah lambat ni. Nanti kita jumpa lagi. Selamat tinggal." kata aku dengan cemas. Lantas aku mengambil beg sandangku dan membayar minuman tadi. Selesai saja membayar, aku berlari keluar tanpa sempat Syahira mengucapkan terima kasih.
××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××
"Maaf bos, aku lambat sikit. Ada hal tadi." kata aku dengan nada kesal. Lima minit je lambatnya.
"Hmm.. Lain kali jangan buat lagi." tegas Khairul Affan berkata.
"Bawa aku pergi mana-mana kedai makan yang kau rasa sedap." kata Khairul Affan lagi
"Baik bos!" segera aku membuka pintu belakang kereta BMW X5 model terbaru itu. Ini kereta bos. Bukan kereta aku. Aku pergi sini pun pakai teksi. Taknak kantoikan aku ni orang kaya.
Oh ya. Tentang aku berpindah ke rumah baru tu sudah selesai. Haihh.. Tinggal seorang lah aku kali ni. Tapi takpa, aku akan cari teman serumah baru nanti. Lelaki ke perempuan? Haa itu aku tak boleh jawab dulu.
Beberapa minit kemudian, kami sudah pun sampai ke destinasi yang di tuju.
"Okey bos. Kita dah sampai!" kata aku riang.
"Kedai Ummi Kitchen?" tanya Affan kehairanan.
"Ya, bos. Sebenarnya aku belum pernah makan sini lagi. Aku saja nak bawa bos ke sini. Nak rasa makanan mereka."
"Okey takpa." fuhh...nasib baik. Aku keluar terlebih dahulu dan membukakan pintu untuk bos.
"Silakan duduk bos." pelawa aku.
Selepas itu, datang seorang pelayan perempuan sambil membawa sehelai kertas kecil.
"pesanan, encik." kata pelayan itu yang umurnya mungkin dalam lingkungan 30-an.
"Jus oren dua, nasi goreng seafood dua." kata aku pula setelah melihat menu yang diberikan.
"Okay, encik. Tunggu sebentar ya." kata pelayan itu lagi.
"Ehem. Jadi, ayah aku yang pilih kau sebagai bodyguard atau kau yang nak?" Affan memulakan perbualan apabila melihat aku mendiamkan diri.
"Err Encik Azwan yang pilih aku. Mulanya aku taknak sebab aku ni perem--" opss, sikit lagi aku nak bagitau!
"Perem apa? Perempuan?" teka Affan seraya memandang aku dengan pandangan yang mencurigakan
"Eh bukan! Bukan! Bos salah dengar kot. Bila masa aku sebut perem..hehe." aku dah mula cuak.
"Yelaa.." Aku nak menjerit. Sesiapa tolong ambil balang.
Tidak lama kemudian, pelayan tadi pun sampai.
"Jemput makan, encik." kata pelayan itu sambil senyum...kat aku.
"Terima kasih, awak." dan pelayan itu berlalu dengan gediknya. Maaf, aku suka yang muda-muda je.
Selesai saja kami makan, aku bertanya kepada Affan.
"Bos ada nak pergi mana-mana ke?"
"Takda. Hantar aku terus ke pejabat."
"Baik, bos." aku hanya ikut arahannya.
Di dalam kereta, kami ada berbual-bual beberapa perkara.
"Ness Faizin, boleh kau perkenalkan diri kau dengan lebih terperinci?"
"Boleh. Okey pertama, nama aku Ness Faizin. Umur 21 tahun. Adik beradik ada dua orang. Aku anak pertama. Adik aku umur lima tahun. Tinggal berseorangan. Tinggi aku 163 cm tak silap lah. Berat pula tak ingat. Untuk pengetahuan bos, aku hanya bekerja selama lima bulan. Tamat."
"Ibu bapa kau kat mana?"
"Ibu bapa aku masih hidup, alhamdulillah. Mereka sekarang sedang berbulan madu kat Korea." tipu sunat, haha. Takkan aku nak bagitahu benda yang betul, kan?
"Owh, okey. Hanya lima bulan ya. Jadi, sepanjang lima bulan ini, kau mesti sentiasa ada bersama aku."
"Yupp! Okey dah sampai." kata aku teruja.
(Nota! Mungkin aku akan gelar Khairul Affan tu sebagai bos Affan k.)
Aku dan bos Affan naik ke tingkat empat menggunakan lif. Dalam lif tu ada banyak orang. Aku teragak-agak nak merapatkan jarak antara kami sebab...haram woii! Batal air wuduk aku nanti HAHAHAHAHHA.
(Affan POV)
Telingaku dapat menangkap bunyi degupan jantungku sendiri. Degupan yang laju membuatkankan dahiku berpeluh.
Kenapa dengan jantung aku ni? Tiba-tiba saja laju. Arghh! Takkan aku dah jatuh cinta kot. Dengan budak Ness ni? Gila ke?! Dia lelaki lah. Aku bukan gay!
+++
RINGAN-RINGANKAN JARI ANDA UNTUK MENGVOTE YA..HUHUHU
👇
![](https://img.wattpad.com/cover/165892448-288-k821637.jpg)
YOU ARE READING
#1 AkU BuKAn LelAki! {Selesai}
AcciónKisah tentang seorang perempuan yang ditugaskan untuk menjadi seorang bodyguard. Tapi? Ada syaratnya... "Saya nak kamu tukar perwatakan dan penampilan kamu jadi lelaki." - Encik Azwan "Saya terima." - Ness Faizin Bukan bodyguard lah kalau takda caba...