BKC - 23°

1.8K 127 2
                                    

"Alhamdulillah, sihat. Tapi itu lah. Ada masalah sikit." kata aku sayu.

"Masalah apa? Share lah. Kalau aku boleh tolong, aku tolong."

"Kau order air dulu lah. Nanti aku cerita."

"Okey."

"Waiter!!"

××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××

"Masalah apa yang kau cakap tadi?" tanya Is tidak sabar.

"Sebenarnya... Macam ni. Bos aku suruh aku cari seorang perempuan ni. Nama dia Firlana Aira. Masalahnya aku tak tahu nak cari dekat mana."

"Dalam maklumat takda alamat rumah dia ke?"

"Takda. Cuma nombor telifon je ada."

"Dahtu? Call lah."

"Dah cuba call. Tapi tak dapat. Nombor lama kot."

"Owh... Kenapa bos kau suruh cari perempuan tu?"

"Bos aku nak aku jadi bodyguard dia. Aduhh, aku baru je nak berhenti jadi bodyguard." aku mengeluh. Memang dari awal lagi aku nak berhenti lepas tugas aku selesai. Tapi lain pulak jadinya.

"Bersabarlah Ness. Kau kan kuat. Apa kata kau tenangkam fikiran dulu. Jalan-jalan pergi taman. Manalah tahu kau TERserempak dengan dia ke. TERjumpa dia ke." Is memberikan cadangan. Dia ni kadang-kadang bijak jugak. Huhu...

"Bagus jugak idea kau tu. Aku pun penat sekarang ni. Nak rehat. Okeylah Is, aku balik dulu. Kalau ada masa, kita lepak sama-sama lagi. Tengok wayang. Aku belanja."

"Perghh, Ness belanja. First time ni. Haha... Okey. Nanti kita jumpa lagi."

"Assalamu'alaikum."

"Wa'alaikumussalam. Hati-hati jalan."

+++

Beberapa hari kemudian...

"Huargg, mengantuknya." Hari baru tengah hari. Cepat pulak aku mengantuk.

"Sayang, jom keluar. Baby bosanlah." kata Camelia. Masih wujud rupanya perempuan ni. Dari tadi diam.

"Malaslah. Aku mengantuk ni. Nak tidur."

"Alaa, jom lah. Baby nak beli baju. Nak beli baju baby kecil ni sekali." pujuk Camelia. Baju baby kecil? Dia tu baby besar lah?

"Malaslah. Kau pergi lah seorang. Bukannya ada yang nak culik mak buyung macam kau."

"Sayang! Jahat lah dia ni! Ishhh!!" kata Camelia lalu menghentak kakinya tanda protes.

"Woii woii... Rosak lantai rumah aku ni nanti."

"Sayang~..jomlahhh. Baby nak beli barang, please!!" alolololo.. Cian nye dia. Huh!

"Yelahh yelahh. Pergi bersiap sekarang. Aku bagi masa 10 minit je. Kalau lambat, tak jadi pergi." akhirnya aku mengalah. Perempuan always win kan? Ehh, aku pun perempuan jugak. Haha...

#1 AkU BuKAn LelAki! {Selesai}Where stories live. Discover now