"Terima kasih. By the way, nama aku Ness. Kau pula?"
"Nama aku--" belum sempat aku memperkenalkan diri, seseorang telah memanggil lelaki tersebut.
"Husband!! Cepatlah. Nanti kedai pizza tutup." kata seorang perempuan yang sedang mengandung. Isteri dia ke?
"Kejap lah! Err, aku pergi dulu ye. Kalau ada jodoh, kita jumpa lagi. Bye comel." kata lelaki itu lalu menuju ke arah isterinya. Cakap macam takda bini. Baru nak ngorat. Hmm!!
××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××
(Ness POV)
Malam tadi aku terserempak dengan seorang perempuan ni. Comel. Pendek. Aku baru nak berkenalan dengan dia. Tapi Camelia tiba-tiba muncul. Kacau daun betullah! Oh ya, malam tadi aku dengan Camelia pergi kedai pizza sebab Camelia mengidam. Macam-macam lah.
Pagi ini aku nak pergi Mall. Aku nak beli kasut baru. Jam sekarang menunjukkan pukul 9.00 pagi. Camelia belum bangun lagi. Penat sangat kot. Dahlaa malam tadi tidur dekat bilik aku. Perabot yang aku pesan belum sampai lagi. Mungkin Ahad ini. Hari ini hari Khamis. Ada dalam 3 hari lagi.
"Lebih baik aku pergi sekarang. Kalau Camelia bangun, mesti dia nak ikut." kata aku seraya bangun dari sofa. Kunci kereta di atas meja aku ambil. Aku melangkah menuju ke tempat parking kereta.
Witt witt
Kedengaran kereta berbunyi setelah aku menekan butang buka kunci di remote kunci. Apa yang aku cakap ni?
Mall yang aku ingin tuju hanya mengambil masa kurang dari 30 minit. Jauh kan. Ada je Mall yang dekat tapi aku taknak sebab kasut dekat situ tak best. Aku dah pernah pergi.
Masa berlalu dengan pantas. Akhirnya aku sampai juga di Aeon Mall. Mall yang aku nak sangat pergi. Dekat sini ada kedai Popular. Aku nak singgah kejap untuk beli buku. Cakap pasal buku kan, teringat pulak awek malam tadi. Haihh, dah angau aku ni. Ingat, kau tu perempuan! Parah ni.
Tanpa membuang masa, aku masuk ke dalam Mall. Hmm, sejuk! Aku melangkah menuju ke kedai kasut. Aku nak beli kasut Nike. Macam biasa, warna hitam. Selesai memilih dan membayar, aku pergi ke kedai buku pula. Malam tadi aku tak jumpa buku yang aku nak beli. Akhirnya, aku beli buku lain pula. Harap dekat sini ada lah buku yang aku cari tu.
"Hmm, mana dia?"
"Haa! Ada pun. Novel Ramlee Awang Murshid. Penunggu Rimba Tombiruo." kata aku dengan gembira. Akhirnya, dapat juga buku ini.
"Ehh, kau pun peminat novel ini?" tanya seseorang kepadaku. Aku memusing ke belakang.
Dupp
"Err ye. Aku memang dah lama minat novel RAM. Kau pula?" tanya aku dengan perasaan gugup. Macam mana boleh terserempak dekat sini?
"Aku baru je, Ness. Kau apa khabar? Mana isteri kau?" tanya orang itu. Dia belum perkenalkan diri lagi.
"Isteri? Yang mana?" tanya aku balik dengan hairan. Bila masa aku kahwin?
"Yela, perempuan mengandung yang bersama dengan kau malam tadi. Takkan kau ada banyak isteri kot."
"Oh, Camelia. Dia bukan isteri aku lah. Kau salah faham ni."
![](https://img.wattpad.com/cover/165892448-288-k821637.jpg)
YOU ARE READING
#1 AkU BuKAn LelAki! {Selesai}
AksiKisah tentang seorang perempuan yang ditugaskan untuk menjadi seorang bodyguard. Tapi? Ada syaratnya... "Saya nak kamu tukar perwatakan dan penampilan kamu jadi lelaki." - Encik Azwan "Saya terima." - Ness Faizin Bukan bodyguard lah kalau takda caba...