"Ada-ada saja akak ni. Hahaha..." selesai saja urusan membayar, aku terus balik ke rumah. Jam menunjukkan pukul sebelas malam. Ibu dan daddy mungkin sudah tidur.
"Assalamu'alaikum." kata aku perlahan kerana tidak mahu mengejutkan ibu aku yang tidur lena. Aku terus naik ke bilik. Selesai mandi, aku merebahkan badan di atas katil.
"Esok aku dah mulakan kerja. Bodyguard? aku tak terfikir pun nak buat kerja tu. Hmm? dah pukul 12 malam. Lebih baik aku tidur..."
××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××
Keesokan harinya, aku datang ke tempat kerja seperti biasa. Pintu di ketuk setelah sampai di hadapan pejabat Encik Azwan.
"Masuk," arah Encik Azwan.
"Selamat pagi, bos!" kata aku setelah memasuki pejabat itu.
"Selamat pagi. Hmm? Kamu ni siapa? Pekerja baru ke?"
"Bos tak kenal saya? Sampai hati bos kan." kata aku sayu.
"Saya kenal kamu ke? Dah la tak payah nak buat drama dekat sini. Macam perempuan! Eh jap. Suara kamu macam saya pernah dengar lah. Siapa ya?"
"Saya memang perempuanlah. Bos tak kenal saya ke? Saya Ness Faizin. Pekerja kesayangan bos dan bakal menantu bos."
"Kamu Ness Faizin? Wow penampilan yang hebat. 100% macam lelaki. Bagus-bagus. Kacak juga kamu ya."
"Semestinya lah bos. Daddy saya kan kacak, anak dia pun sama."
"Hahaha... Mana barang-barang kamu yang lain?"
"Ada dalam kereta. By the way bos, apa yang saya patut buat sekarang ni?"
"Sebelum kamu mulakan kerja, saya nak kamu baca dan tandatangan surat perjanjian ini dulu."
"Surat perjanjian? Hmm, saya bekerja sebagai bodyguard hanya lima bulan. Tamat saja tempoh yang diberikan, saya tidak lagi bertugas sebagai bodyguard. Saya Ness Faizin binti Nasri Fisa akan bertugas sebagai bodyguard kepada Encik Khairul Affan bin Azwan. Sepanjang tempoh sebagai bodyguard, saya hendaklah memastikan majikan saya iaitu Encik Affan dalam keadaan selamat." Affan?macam pernah dengar nama tu. Dekat mana ya?
"Macam mana? Kamu setuju?"
"Okey setuju. Hanya lima bulan kan? Selepas lima bulan, saya bebas."
"Ya betul. Kamu akan ikut ke mana saja Affan pergi. Awasi dia, jangan bagi dia cedera."
"Baik bos!"
"Sekarang kamu pergi ke Syarikat KC Group. Anak saya bekerja di sana."
"Syarikat KC Group? Bukan itu syarikat..."
"Ya, syarikat daddy kamu." muka aku dah cuak. Aku harap sangat ibu sudah memaklumkan pekerjaan aku sekarang kepada daddy.
+++
Syarikat KC Group
Aku memberhentikan kereta ku di hadapan sebuah syarikat. Perlahan-lahan aku mendongakkan kepala memandang bangunan yang tinggi itu melalui cermin kereta. Walaupun ini syarikat daddy aku, tapi aku tak pernah jejak kaki di sini.
Daddy aku ada tawarkan aku untuk bekerja di sini, tapi aku menolak atas sebab aku tidak minat dengan hal perniagaan. Aku melangkah masuk ke dalam menuju ke kaunter pertanyaan.
"Ye encik, boleh saya bantu?" tanya seorang gadis di kaunter pertanyaan itu.
"Saya nak berjumpa Encik Khairul Affan. Dekat mana tempat dia?"
"Encik ni siapa?"
"Saya Ness bodyguard baru Encik Affan."
"Owh, sebentar ya." kata gadis itu lalu mencapai telefon errr..telefon awam kan?Hahaha aku pun tak tahu.
"Encik Ness boleh pergi ke tingkat empat. Encik akan bertemu dengan Cik Siti iaitu PA Encik Affan."
"Owh okey. Terima kasih." kata aku lalu memberikan senyuman kepadanya. Gadis tadi kelihatan terpana melihat senyuman ku. Tergoda lah tu. Haha perasannya.
Dengan segera aku pergi ke lif. Menunggu pintu lif terbuka.
Masa aku dalam lif, ada seorang perempuan ni asyik pandang aku je. Aku tak selesa lah. Aku pun tegur dia.
"Hey, kenapa pandang saya?"
"....."
"Hello?" tanya aku lagi bila tiada sahutan dari dja. Aku melambai-lambai tangan aku di depan mukanya.
"Hahh? Ye ada apa?" jawab si gadis itu bila dia sedar dari lamunan.
"Saya yang perlu tanya awak. Kenapa awak pandang muka saya? Ada apa-apa yang tak kena ke?"
"Eh tak tak. Maaf. Saya cuma teringatkan ex saya. Muka dia hampir saya dengan awak. Maaf sekali lagi."
"Oh yeke.. Takpe. Mungkin muka dia hampir sama dengan saya, tapi kebahagiaan yang dia dan saya bagi takkan sama. Chia chia..."
"Hahaha awak ni lawak lah. Apa nama awak eh?"
"Nama saya Ness. Awak pula?"
"Saya Syahira. Awak boleh panggil saya Sya je."
"Kalau saya panggil Sya..yang boleh tak?"
"Haha boleh je. Takde masalah hahaha."
'Auu dia ni sweet lah, lawak, comel, kacak pulak tu. Untunglah kalau aku dapat dia. Mesti setiap hari dia bagi ayat-ayat manis. Bahagianya!' monolognya.
Tidak lama kemudian, lif pun berbunyi menandakan sudah sampai ke tingkat yang ingin dituju.
"Okey lah Sya. Saya keluar dulu. Rasanya betullah ni tingkat empat."
"Awak, boleh minta nombor telefon tak? Nanti senang saya nak mesej awak."
"Okay boleh. Bak sini telefon awak." aku meminta telefon Syahira. Nak mesej aku ehh? Nak ngorat ke nak bawa berkawan ni?
"Okey selesai. Nah."
"Terima kasih. Malam nanti saya mesej awak tau. Selamat tinggal."
"Selamat tinggal jugak sayang. Muahh.." amboi engkau Ness. Baru hari pertama kerja dah mengorat seorang perempuan. Belum lagi esok. Ishh ishh ishhh.
+++
Baru edit
Anda dikehendaki mengVOTE!!!!!
👇
![](https://img.wattpad.com/cover/165892448-288-k821637.jpg)
YOU ARE READING
#1 AkU BuKAn LelAki! {Selesai}
AksiKisah tentang seorang perempuan yang ditugaskan untuk menjadi seorang bodyguard. Tapi? Ada syaratnya... "Saya nak kamu tukar perwatakan dan penampilan kamu jadi lelaki." - Encik Azwan "Saya terima." - Ness Faizin Bukan bodyguard lah kalau takda caba...