BKC - 6°

3.7K 303 20
                                    

Aku dan bos Affan naik ke tingkat empat menggunakan lif. Dalam lif tu ada banyak orang. Aku teragak-agak nak merapatkan jarak antara kami sebab...haram woii! Batal air wuduk aku nanti HAHAHAHAHHA.

(Affan POV)

Telingaku dapat menangkap bunyi degupan jantungku sendiri. Degupan yang laju membuatkan dahiku berpeluh.

Kenapa dengan jantung aku ni? Tiba-tiba saja laju. Arghh! Takkan aku dah jatuh cinta kot. Dengan budak Ness ni? Gila ke?! Dia lelaki lah. Aku bukan gay!

××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××

"Bos? Bos okey ke? Dari tadi berpeluh. " tegur aku setelah melihat bos Affan yang seperti keresahan.

"Hah? Haa aku okey je. Kau jangan risau. " jantung ni pun. Dari tadi tak henti-henti berdegup.

Tidak lama kemudian, lif pun berbunyi menandakan sudah sampai ke tingkat yang ingin di tuju

"Bos, aku nak jumpa Cik Siti sekejap, boleh?"

"Kenapa? "

"Aku ada benda sikit nak bincang."

"Hmm yelah. Jangan lama sangat. Kau tu masih budak lagi. "

"Baik, bos. " budak? Umur 21 tahun ni dia panggil budak? Redo je lah Ness.

Aku pun berlalu pergi menuju ke meja Cik Siti. Aku sebenarnya nak suruh dia buat iklan. Aku nak cari teman serumah. Perempuan. Tapi aku tak beritahu lah yang teman serumah tu untuk aku. Perempuan pula tu. Mesti dia tanya benda yang bukan-bukan nanti.

"BAAHHHH! "

"Oh burit mak mung, oh burit burit.. " pfftt

"AHAHAHAHHAHAHAHHAHAHAHHAHHAH. lawak lah Cik Siti ni AHAHAHAHHA. "

"Ishh Ness ni kan?!"

"Ahahaha maaflah. Tadi Ness nampak Cik Siti termenung je. Itu yang Ness kejutkan Cik Siti. Tak tahu pula Cik Siti sebut benda tu ahahahahahahaha. "

"Erghhh! Ness nak apa datang sini? Dan dah berapa kali akak pesan, jangan panggil akak Cik Siti. Panggil je akak Siti. "

"Yelahh... Sebenarnya Ness nak minta tolong akak. "

"Minta tolong apa? Kenapa tak minta tolong bos Affan je?"

"Taknaklah. Nak minta tolong akak juga."

"Minta tolong apa?"

"Kawan Ness tinggal seorang. Dia nak cari teman serumah. Tapi tak jumpa. Dia suruh Ness cari tapi Ness mana tahu nak cari macam mana. Itu yang Ness nak minta tolong akak."

"Cari kan teman serumah untuk kawan Ness ke? kenapa tak Ness saja yang jadi teman serumah dia?"

"Eh mana boleh. Kawan Ness tu perempuan. Takkan lah Ness nak duduk sekali dengan dia."

"Oh perempuan. Ingatkan lelaki."

"Boleh tak akak tolong ni?"

"Boleh saja. Bukannya susah. Nanti kalau akak dah jumpa akak bagitahu Ness. Rumah dia kawasan mana?"

"Dia tinggal dekat pangsapuri. Kawasan Santubong."

"Okey... Apa-apa nanti akak beritahu."

"Okey akak... Terima kasih. Muahh. Selamat tinggal."

"Ishh, akak dah bertunang lah!"

+++

Taman Mewarti

"Camelia!"

"Ya ibu,"

"Kamu dari mana? Dari tadi ibu panggil."

"Maaf, tadi Lia kemas baju."

"Kemas baju? Kamu dah dapat ke rumah sewa tu?"

"Sudah ibu. Tapi pangsapuri. Kawasan Santubong."

"Takpa la.. Asalkan dekat dengan tempat kerja kamu tu. Jom makan, ibu dah siap masak."

"Okey ibu."

Hai, nama aku Camelia. Umur aku 20 tahun. Keluarga aku bukan Islam. Aku anak yatim. Daddy aku dah takda sejak aku lahir lagi. Aku membesar dengan ibu aku, kakak aku dan makcik. Aku jarang rapat dengan lelaki sebab tak biasa. Dari kecil sekeliling aku perempuan. Dulu sekolah pun di sekolah perempuan. Aku bekerja sebagai ahli perniaaan. Baru sahaja aku bekerja.

Malam tadi aku nak cari rumah sewa. Belum sempat aku nak cari, kawan aku telefon. Dia beritahu ada seorang rakan dia nak cari teman serumah. Tapi pangsapuri la. Dekat kawasan Santubong. Aku pun terima sebab dekat dengan tempat kerja aku. Aku tak kesah bayar sewa berapa, asalkan aku ada tempat tinggal.

"Ibu, nanti petang Lia dah nak gerak tau. Lia nak pergi awal, dapat Lia berehat nanti."

"Okey... Ibu setuju je apa yang kamu nak. Asalkan kamu gembira."

"Terima kasih, ibu. Sayang ibu!"

"Sayang kamu jugak." aku tersengih. Memang aku selalu dimanjakan ibu.

.

.

.

Bersambung...

Hello korang!

Jangan lupa Vote tau!

Selamat berpuasa!

#1 AkU BuKAn LelAki! {Selesai}Where stories live. Discover now