"It's okay. Jom balik. Dah lama kita kat sini." kata aku. Memang betul pun. Dah nak dekat 40 minit aku keluar. Dah lah aku tengah bawa PA bos sendiri.
"Taknak. Makanan belum habis lagi. Tak baik membazir."
"Yelah.." Alyssa menyambung semula memakan makanannya. Aku hanya memerhati. Tangan aku sekali lagi diambil lalu diletakkan di pinggangnya seolah-olah aku sedang memeluk dirinya. Aku hanya membiarkan. Tiada rasa mahu bergaduh. Alyssa kelihatan tersenyum gembira.
××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××
Selesai makan, kami balik semula ke office. Macam biasa, Alyssa tak nak lepaskan aku. Tangan aku dipaksa memeluk pinggangnya. Dipaksa? Ya aku memang di PAKSA. Semua orang memandang ke arah kami berdua. Dah macam sweet couple. Sampainya di office..
"Amboi kau, bukan main sweet dengan si Alyssa tu. Ada apa-apa ke?" tanya bos Affan
"Bos jangan fikir macam-macam eh. Aku takda apa-apa hubungan pun dengan dia. Dia tu je mengada, gedik." jawab aku cepat. Takkan nak cakap yang aku dengan Alyssa ni couple. Ehh couple palsu.
"Aku tak percaya. Nanti aku tanya si Alyssa tu sendiri."
"Ehh tak payahlah. Tanya dia buat apa, bukannya apa yang dia cakap tu betul."
"Yang kau gelabah sangat ni kenapa? Kau ada sorok sesuatu dari aku?"
"Mana ada, bos ni. Dah lah, lebih baik bos buat kerja bos tu. Kejap lagi ada meeting, aku nak panaskan enjin kereta."
"Nak mengelak lah tu, hehh."
Aku mengendahkan kata-kata bos Affan. Makin lama aku layan, makin pening kepala. Aku keluar dari pejabat dan berjalan menuju ke lift. Ada 2 orang lelaki dan 2 orang perempuan berdiri dekat situ. Mungkin tunggu pintu lift terbuka. Takkanlah nak jadi penari tiang kat depan tu. Minta dijauhkan.
"Ehh Ness, apa khabar kau sekarang? Aku dengar kau couple dengan PA bos Affan." tanya salah seorang lelaki dekat situ. Ada tag nama. HILMAN.
"Ya hai. Aku macam biasa sihat wal'afiat cuma pening sikit sebab melayan perangai bos Affan tu. Itu ini tak kena. Alyssa ke yang kau maksudkan? Bila masa pulak aku couple dengan dia. Mengarutlah."
"Kau tak payah tipulah. Satu office ni tahu yang kau couple dengan Alyssa." kata Haziq pula. Lelaki yang berdiri disebelah Hilman.
"Hah? Dari mana mereka tahu? Aku tak cakap apa-apa pun." gila kau tak terkejut. Tak sampai 5 jam wehh aku dengan Alyssa ni couple PALSU.
"Kau tak tengok ke Ig Alyssa. Takkan insta girlfriend sendiri kau tak follow kot." jawab Hilman. Aduhh.. Masalah ni.
"Mana? Bak sini tunjuk kat aku." tanya aku untuk kepastian. Entah-entah saja je nak prank aku.
"Ni haa.. Dating with my beloved boyfriend. Sweet gila." kata Hilman sambil tunjuk handphone dia dekat aku. Ada gambar aku dengan Alyssa. Sejak bila dia ambil gambar aku nih? Aku tak perasan pun.
"Ehh mana ada aku couple dengan dia. Alyssa gurau je kot." aku tetap taknak mengaku.
"Alahh kau ni kan Ness. Si Alyssa tu dah lama suka dekat kau. Bagilah dia tu peluang." Hilman.
"Betul tu. Aku setuju." kata Haziq pula menyokong kata-kata Hilman.
"Mengarutlah korang ni." tiba-tiba..
YOU ARE READING
#1 AkU BuKAn LelAki! {Selesai}
AzioneKisah tentang seorang perempuan yang ditugaskan untuk menjadi seorang bodyguard. Tapi? Ada syaratnya... "Saya nak kamu tukar perwatakan dan penampilan kamu jadi lelaki." - Encik Azwan "Saya terima." - Ness Faizin Bukan bodyguard lah kalau takda caba...