Sedang leka memikirkan musuh, tanpa sedar penembak itu mengambil rifle nya dan menembak aku dari arah belakang. Tembakan terkena belakangku. Mungkin pada jantung sebab aku rasa terlalu sakit. Sangat sakit. Tiba-tiba penglihatanku gelap dan aku rebah bersama jeritan Aqil.
"Ness!!!" jerit Aqil dihadapanku.
"Aku okey." kata aku lalu senyum dengan mata terpejam rapat.
××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××
Enam bulan kemudian,
Suasana pagi hari di taman berdekatan rumah sangat menyenangkan. Aku sekarang dah pakai tudung, baju pun tak ketat. Menutup aurat sepenuhnya. Bak kata orang, aku dah jumpa hidayah. Memang betul. Hidayah bukan untuk ditunggu tapi untuk dicari.
Aku sekarang duduk di tepi kolan ikan sementara menunggu pukul sembilan pagi. Sekarang baru pukul tujuh pagi. Awal lagi. Kelihatan beberapa orang kanak-kanak sedang bermain lari-lari di tengah padang sambil dipantau oleh ibu bapa mereka. Pagi-pagi dah ajak ibu bapa pergi taman.
Lain pula aku, masa budak-budak dulu asyik terperap dalam bilik je main patung barbie. Main seorang pulak tu. Nasib baik waktu malam ibu aku simpan patung barbie dalam kotak atas almari. Kalau tak, malam hari pun aku main. Hari ini bersemangat pula aku nak pergi kerja. Maklumlah, lebih kurang sebulan jugak aku koma.
Lepas kejadian tu, aku dikerjakan ke Hospital Pulau Pinang. Semestinya kena bedah. Buang peluru di kaki kiri, bahu kiri dan dada. Nasib aku baik sebab peluru tu tak kena jantung. Allah bagi aku peluang untuk hidup. Aku sekarang pun dah kembali kepada usul-asal jantina aku iaitu perempuan.
Ibu aku cerita, masa aku koma dulu Affan yang selalu jaga. Katanya, kalau tak disebabkan aku selamatkan dia, mesti perkara ni takkan terjadi. Dia suka salahkan diri sendiri. Sedih juga aku dengar. Dah takdir aku jadi begini, beginilah. Lagi pun, dia tak boleh salahkan diri sendiri juga. Semua yang berlaku sudah ditentukan oleh Allah.
Ada juga perkara buruk yang berlaku. Kejadian ni berlaku masa minggu kedua aku koma. Ibu kata ada seorang perempuan nama Alyssa datang ke hospital sebab nak culik aku. Dia menyamar jadi seorang doktor yang baru bertugas untuk menjaga aku. Ibu percaya cakap dia. Satu malam tu, takda orang yang jaga aku. Affan sibuk, ibu dengan daddy pun sibuk. Alyssa yang menyamar sebagai doktor nak bawa aku keluar dari hospital. Guna kerusi roda. Tapi, terkantoi oleh pakcik guard yang meronda malam hari. Pakcik guard tu pun terus laporkan kepada pihak hospital. CCTV sebagai bukti.
Tapi malang, Alyssa sempat melarikan diri. Polis sedang mencari dia sampailah sekarang. Mungkin dia lari ke luar negara. Takda siapa yang tahu. Tiada rekot penerbangan atas nama dia. Nombor yang digunakan pun dah takda guna. Hairan juga.
Selepas itu, keadaan kembali normal. Tak ada gangguan daripada sesiapa.
Hujung bulan, aku sedar dari koma. Bila aku buka mata, benda pertama yang aku lihat adalah siling putih. Tahu dah aku dekat hospital. Masa tu, ibu dan daddy ada di sisi aku. Affan pula tak ada. Daddy tolong panggilkan doktor, sementara ibu nak menelefon Affan. Tapi aku tak bagi. Aku tak nak jumpa Affan dulu. Mungkin sebab malu. Menyamar sebagai lelaki sepanjang bertugas. Tipu dia. Mesti dia kecewa dengan aku.
Mujur aku tak amnesia. Cuma otak lambat sikit berfikir. Lama-lama dah okey. Rambut aku pun makin panjang. Nasib tak tumbuh janggut dan misai. Mana lah tahu sedar-sedar je dah jadi clan Wak Doyok.
![](https://img.wattpad.com/cover/165892448-288-k821637.jpg)
YOU ARE READING
#1 AkU BuKAn LelAki! {Selesai}
ActionKisah tentang seorang perempuan yang ditugaskan untuk menjadi seorang bodyguard. Tapi? Ada syaratnya... "Saya nak kamu tukar perwatakan dan penampilan kamu jadi lelaki." - Encik Azwan "Saya terima." - Ness Faizin Bukan bodyguard lah kalau takda caba...