BKC - 39°

1.5K 97 0
                                    

"Kau jangan risau. Aku sedia untuk membantu."

"Tapi nanti Firlana mati kalau aku bawa kau atau sesiapa pun. Kau sendiri tahu itu."

"Aku ada rancangan."

××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××

Keesokkan harinya, aku pergi ke Pulau Pinang dengan menaiki kapal terbang. Semestinya, takkan nak meredah laut guna kereta kot. Aku tak bawa senjata. Hanya tangan kosong. Kalau aku bawa pun bukannya lepas. Biarlah aku jadi hero sejati kali ini. Ecehh...

Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Akhirnya sampai juga. Sebuah teksi berhenti di hadapan ku. Beg galas kecil yang berisi pakaian di ambil lalu diletakkan di tempat duduk belakang. Pintu sebelah pemandu dibuka. Semua nya dibuat oleh pemandu itu. Rasa seperti bos.

"Terima kasih." ujar aku lalu masuk ke dalam kereta.

"Encik nak ke mana?" tanya pemandu itu.

"Tolong pergi ke hotel ini." jawab aku seraya menunjukkan sekeping kertas yang tertera nama sebuah hotel.

"Baiklah."

Perjalanan ke destinasi mengambil masa 40 minit. Sepanjang perjalanan, aku hanya memikirkan nasib ku nanti. Entah hidup entah tidak. Aku sudah membuat keputusan. Selesai saja kerja ini, aku mahu berhenti. Kembali ke fitrah asal aku. Seorang perempuan.

Tetapi masih di tempat kerja yang sama. Bos yang sama. Cuma, mahu meneruskan kerja sebagai bodyguard mungkin tidak. Kerja ini terlalu bahaya. Cukuplah apa yang aku hadap selama ini.

"Sudah sampai." kata pemandu itu menghentikan lamunanku. Beberapa keping not sepuluh ringgit di dalam poket di ambil lalu diberikan kepada pemandu.

"Kalau lebih simpan je. Saya ikhlas. Terima kasih." ujar aku kemudian mengambil beg di tempat duduk belakang. Pemandu itu hanya tersenyum. Mungkin sudah biasa dengan pelanggan seperti aku.

Kini aku berdiri di hadapan sebuah hotel. Mengikut perancangan, aku kena masuk ke satu bilik bernombor 075. Bilik itu sudah ditempah oleh Aqil. Itu saja yang di suruhnya. Entah apa-apa lah yang Aqil rancang. Aku ikut saja.

Aku pergi ke kaunter sambil membawa beg galas kecil. Di kaunter itu, seorang perempuan sedang tersenyum ke arah aku apabila menyedari aku mendekatinya.

"Selamat datang. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" tanya perempuan itu. Aku melihat tag nama yang tersemat di dada kirinya, Liana.

"Kawan saya ada tempah satu bilik. Bilik nombor 075."

"Oh, sebentar ya." kata Liana. Dia memusing ke belakang dan membuka satu laci yang terdapat banyak kunci di dalamnya.

"Ini kunci bilik 075. Tingkat empat. Encik boleh naik lif disebelah kanan." kata Liana lagi lalu menyerahkan kunci itu kepadaku.

Aku mengambilnya. "Terima kasih."

Selepas itu, aku berjalan menuju ke lif yang dikatakan. Butang naik ditekan. Sementara menunggu, aku melihat sekeliling. Tidak banyak orang pada masa ini. Mungkin mereka sedang berehat di dalam bilik masing-masing. Sekarang sudah pukul sepuluh pagi. Masih awal lagi untuk bersiar-siar.

Aku keluar dari lif setelah sampai di tingkat empat. Langkah menuju ke bilik nombor 075. Kemudian, aku masuk ke dalam bilik itu. Beg galas ditanggalkan lalu diletakkan di atas katil. Sekarang tiada apa-apa yang aku mahu lakukan. Lebih baik aku berehat dengan secukupnya. Perjalanan yang panjang dari Kuching ke Pulau Pinang membuatkan badan aku rasa melekit dan penat. Tambah lagi sakit ketika di pukul hari tu tidak hilang lagi.

#1 AkU BuKAn LelAki! {Selesai}Where stories live. Discover now