Ishh.. Aku belum sempat balas, daddy sudah menamatkan panggilan.
Hmm, kau tunggu lah sayang. Bergembira lah dulu. Mungkin kali ini merupakan kali terakhir kau gembira dengan orang tersayang. Kemudian, kau bergembira dengan aku pulak. Kita hidup bersama. Berdua. Hanya kita berdua.
'Wait for me, honey. You're just for me. I will love you and make you mine. Forever! If I can't get you, no one can get you'
××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××
MALAM yang sunyi bertemankan bintang di langit membuatkan aku berasa tenang. Bunyi cengkerik dan salakan anjing menambahkan lagi ketenteraman pada diri aku.
Sudah seminggu berlalu sejak peristiwa di hotel itu. Hidup aku tenang tanpa gangguan Alyssa. Camelia pula sudah keluar dari hospital dua hari yang lepas dan kini sedang tinggal bersama keluarga Iskandar. Katanya, ibu Iskandar yang mengajaknya tinggal bersama. Perut Camelia pula semakin membesar. Aku tidak kesah. Aku juga mempunyai kerja yang perlu di buat.
Sedang aku termenung melihat langit yang diterangi bulan, telefon aku tiba-tiba berdering. Panggilan daripada bos Azwan. Ini mesti tentang perempuan itu.
"Assalamu'alaikum, bos." aku memberi salam terlebih dahulu.
"Wa'alaikumussalam. Macam mana kerja? Ada perkembangan?" tanpa membuang masa, bos Azwan terus bertanya tentang tugas itu. Haih, sabar je lah dapat bos macam ini.
"Belum lagi bos. Ada masalah sikit dekat sini. Tapi bos jangan risau, saya tetap akan jalankan tugas secepat mungkin." kata aku meyakinkan bos Azwan. Dia ini nampak saja sambil lewa, tapi dalam pada masa yang sama, dia lah yang paling tegas!
"Ya saya tahu itu. Kamu tidak pernah mengecewakan. Tentang musuh saya itu, kamu kena berhati-hati juga. Mereka boleh bertindak pada bila-bila masa sahaja. Saya dapat tahu yang mereka juga ada anak buah di Sarawak. Mereka ada di mana-mana sahaja. Walaupun kamu sudah tidak menjaga anak saya, kamu tetap menjadi sasaran mereka. Sebabnya saya pun tak tahu. Kamu fikirlah sendiri. Itu sahaja yang saya nak bagitahu. Okey bye. Semoga berjaya!!" setelah bos Azwan bercakap panjang lebar, dia terus menutup panggilan tanpa menunggu aku membalasnya.
"Ehh bos!!"
Haihh, sabar untuk kali kedua.
Aku tak sempat nak bertanya tentang perempuan itu. Nak telefon balik, memang tak lah dia nak angkat.
Tidak sampai 60 saat, telefon aku berdering sekali lagi. Bukan panggilan dari bos Azwan, tapi dari Iskandar. Ada masalah ke?
"Yeoboseyo."
"Assalamu'alaikum."
"Ehem wa'alaikumussalam. Kau nak apa?" aku bertanya dengan nada serius setelah lawak ku tidak menjadi.
"Aku nak ajak kau lepak. Kau free tak? Aku ada benda nak bincang ni."
"Tak. Aku mahal."
"Anji---."
"Yelah. Jumpa tempat biasa. Bye."
Tutt..
Panggilan ditamatkan oleh aku dengan sengaja. Pasti Iskandar tengah geram sekarang. Muahahahaha...
YOU ARE READING
#1 AkU BuKAn LelAki! {Selesai}
AksiyonKisah tentang seorang perempuan yang ditugaskan untuk menjadi seorang bodyguard. Tapi? Ada syaratnya... "Saya nak kamu tukar perwatakan dan penampilan kamu jadi lelaki." - Encik Azwan "Saya terima." - Ness Faizin Bukan bodyguard lah kalau takda caba...