"Abang?!"aku tersentak.
Abang aku atau nama diberi Ery Julian sedang berpeluk tubuh sambil bersandar di muka pintu dapur. Nampak kacak.
Yes abang aku memang kacak. Sampai aku pun tertarik. Tetapi apakan daya Ery abang kandung ku. Ku hadam sahajalah perasaan itu. Tapi, kalau sekali tengok. Muka aku memang tidak sama langsung dengan Ery. Mata dia yang berwarna grey itu membuktikan bahawa aku dengan dia berlainan.
Aku mempunyai mata berwarna hazel dan bulat. Hidung ku pula tidak semancung abang aku Ery. Argh apa nak kusutkan fikiran memikirkan pasal tu. Yang penting aku ada abang yang selalu menyayangi aku.
"Adik balik dengan siapa tadi?" Ery merenung ku tajam.
Aduh..mati aku. Ni kalau aku cakap aku balik dengan lelaki confirm kena duduk luar sampai malam.
"Erm.. Adik balik dengan kawan." kaki ku melangkah perlahan menuruni anak tangga menghadap abang aku yang sudah menyinga.
Seram siot kalau tengok abang aku tengah marah. Boleh tercabut jantung aku.
"Adik! Baik adik jujur dengan abang. Sebelum nanti adik yang kena"kata Ery.
Aku menerpa ke arah Ery lalu mencium tangannya tanda minta maaf.
"Abang adik minta maaf. Tadi ada lelaki tu selamatkan adik dari kena samun. Dia offer nak hantar adik balik tapi adik tak nak. Lepas tu dia tarik adik naik motor dengan dia. Adik minta ampun abang"aku berkata dengan sekali nafas. Tercungap-cungap aku mencari nafas.
Ery menundukkan sedikit kepalanya untuk memandang aku.
"Abang maafkan adik. Lain kali bagitahu abang dulu kalau ada orang lelaki nak hantar adik balik rumah. Tak elok orang pandang".
"Baik boss" aku mengangkat tabik sambil tersenyum.
"Dah adik pergi naik atas mandi solat lepas tu turun makan".
"Abang masak?".
"Iyalah. Siapa lagi yang nak masak".
"Cayalah abang. Sayang abang"aku memeluk leher abang aku lalu menghadiahkan kucupan dipipinya.
Aku berlari menaiki anak tangga menuju ke bilik.
*********
Di kolej vokasional,
Ridzwan memasuki dorm lalu merebahkan badannya diatas katil. Penat bukan kepalanglah sebab bertumbuk tadi. Rakan-rakannya terus datang menyerbunya.
"Weh, wan. Aku dengar kau bonceng cikaro cun hari ni"kata Zaim.
"Ha'ah. Weh ape cer ni bro. Cerita lah"tanya Mirul.
"Korang ni aku nak rehat pun tak senang lah."ridzwan membetulkan duduknya. Dia bersandar di kepala katil. Rakan-rakannya yang lain tekun memasang telinga.
"Aku terserempak dengan perempuan tu dekat pavi. Budak dance. Tapi dance dia bukan calang-calang tau. Lepas tu masa aku nak balik, aku dengar orang jerit dekat carpark. Aku pun pergilah. Tengok-tengok budak perempuan tu jugak kena kacau. Aku rasa kesian pula kalau nak biar dia macam tu je. So, aku debiklah mamat yang kacau dia. Then, aku offerlah hantar dia balik. Habis" ridzwan menarik selimutnya lalu menekup mukanya. Dia berpura-pura tidur.
"Alah wan, itu je ke? Cite lah macam mana rupa perempuan tu" kata Yazid.
"Malas"jawab Ridzwan pendek dengan wajahnya di tutup dengan kain selimut.
"Weh tadikan aku dengar Zack jumpa kau dekat trafic light. Bukan main syok lagi dia bercerita Pasal cikaro yang kau bonceng tadi. Aku nampak dia tengok phone dia yang ada gambar body cikaro tu. Pergh!! Mantap siak!!". Kata Yazid kepada Zaim, Mirul dan yang lain.
YOU ARE READING
Єи. Ѕυαмι 18 Тαнυи [✔️]
Romance{𝓕𝓲𝓻𝓼𝓽 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂} Elly seorang gadis yang berumur 20 tahun terpaksa mencari calon suami sebelum abangnya berangkat ke australia. Di sebabkan tempuh untuk mencari calon yang diberikan oleh abinya telah tamat. Dia terpaksa berkahwin dengan pili...