Bab 18

14K 531 12
                                    

Mia memasuki bilik tidurnya. Dia melempar kesemua barang yang ada di atas meja soleknya. Dia menjerit bagaikan orang gila. Habis satu bilik di seleraknya. Pintu di ketuk kuat dari luar.

"Mia! Buka pintu ni nak.. Mia!"panggil puan Maria mommy kepada Mia.

Puan maria turun ke bawah untuk mengambil kunci bilik Mia. Tidak lama kemudian, dia kembali dengan kunci di tangan.

Klak!

Kunci terbuka. Pintu bilik di buka terkejut puan Maria melihat kondisi bilik tidur Mia yang berselerak dengan barang penuh di lantai.

"Ya Allah! Mia, kenapa ni"kata Puan Maria memeluk Mia.

"Mommy, Ridz dah kahwin mommy"kata Mia menagis teresak-esak.

"Tak apalah Mia, itu jodoh dia. Ramai lagi lelaki dekat luar sana"kata Puan Maria memeluk Mia erat. Dia risau kalau anaknya itu terikutkan emosi tak pasal-pasal jadi gila.

Mia tersenyum sinis dalam pelukan puan Maria.

************************************
Aku yang berbaring di atas sofa sudah tidak senang duduk. Kebosanan yang aku rasai sudah melebihi tahap. Dari duduk ke posisi berbaring ke posisi tertiarap dan kembali duduk.

Jam menunjukkan pukul 12 tengah hari. Aku sudah bosan tidak buat apa-apa di rumah. Mahu keluar tetapi Ridzwan tidak mengizinkan aku untuk keluar sendirian. Sebagai isteri yang baik mestilah patuhkan apa cakap suamikan.

Aku memasuki bilik music dan mengambil tempat duduk di atas kerusi piano. Penutup papan kekunci ku angkat. Lama aku tidak menyentuh piano kesayangan aku ni.

Jari jemari aku lembut sahaja bergerak di papan kekunci keyboard.

*Pasang lagi di atas👆🏻

Embun di pagi buta
Menebarkan bau basah
Detik demi detik ku hitung
Inikah saat kupergi?

Oh Tuhan kucinta dia
Berikanlah aku hidup
Takkan kusakiti dia
Hukum aku bila terjadi

Aku tak mudah untuk mencintai
Aku tak mudah mengaku kucinta
Aku tak mudah mengatakan
Aku jatuh cinta

Senandungku hanya untuk cinta
Tirakatku hanya untuk engkau
Tiada dusta, sumpah kucinta
Sampai 'ku menutup mata
Cintaku
Sampai 'ku menutup mata

Aku menyanyi dengan penuh perasaan. Lirikan suara aku dengan di dendangi bersama alunan Piano. Sangat mendayu.


Ridzwan memasuki rumah lalu terdengar akan suara nyanyian dari tingkat satu di mana bilik musik itu terletak.

Ridzwan menggalas begnya sebelah kanan bahu dan tangan kirinya melonggarkan tali lehernya. Kaki di atur menaiki anak tangga menuju ke bilik musik.

Ridzwan mendapati pintu bilik musik itu sedikit terbuka. Dia menghampiri pintu dan jarinya menolak pintu itu perlahan. Ridzwan menyandarkan bahunya di muka pintu dengan kaki di silangkan mendengar nyanyian aku.

Nyanyian aku berakhir dengan melodi piano. Ridzwan yang berada di muka pintu menepuk tangannya. Aku sedikit terkejut, terus kepala aku berpaling secara drastik ke arah muka pintu. Aku bangun mendapatkan Ridzwan. Tangan di capainya lalu di cium. Hormat suami kan...

"Bila kau balik?"tanya aku mengambil beg galas Ridzwan dan di bawa ke bilik di tingkat dua. Ridzwan hanya mengikut sahaja langkah aku.

Єи. Ѕυαмι 18 Тαнυи [✔️]Where stories live. Discover now