Aku memalingkan wajah ku memandang empunya suara. Terbuntang mata ku melihat wajah lelaki itu.
Zack!!
Zack melabuhkan punggungnya di sebelah aku. Aku membuat muka menyampah. Aku memang sudah bencikan dia sejak dia cuba mengambil kesempatan dekat aku sewaktu event dekat kolejnya tempoh hari.
"Awak tak ada kelas ke zack? Buat apa dekat sini?"tanya ku.
"Kelas i dah habis, itu yang i datang sini. Ingat nak tengok you menari, tapi tak nampak pun. So i merayaulah dekat sekitar sini, tiba-tiba ternampak you."kata zack.
"Tak payah nak ber i-you sangatlah. Geli tahu tak geli"kata ku.
"Erm.. elly, kakak lisa nak pergi toilet kejap. Elly tunggu sini tau"kata lisa. Aku hanya mengangguk.
Aku menyedut air minuman ku tanpa menghiraukan zack yang berada di sebelah ku. Mata zack tiba-tiba tertumpu pada jari ku.
"Sejak bila awak pakai cincin ni?"tanya zack
"Sejak saya dah bertunang".
Tergamam zack. Matanya tiba-tiba memerah. Lalu dia terus mengcekik belakang leher ku.
"Zack, awak ni dah kenapa? Lepas lah sakit tau tak"kata ku kesakitan.
"Heh! Kau dengar sini, aku nak kau putuskan pertunangan kau. Kau ingat aku tak tahu siapa tunang kau. Aku nak kau jadi milik aku. Kalau aku tak dapat kau, jangan harap Ridz akan dapat kau. Kau ingat tu"kata zack marah dengar nada berbisik.
"Zack, lepaslah. Kau ni dah kenapa? Aku tak suka kau pun. Kau boleh tak jangan ganggu aku"kata ku.
"Heh! Kau yang buat aku gila bayang dekat kau. Aku gilakan kecantikan kau. Aku gila kan duit kau"kata zack tersenyum sinis.
Lisa yang baru sahaja sampai, terus melulu ke arah ku. Lisa terus menarik ku ke arahnya.
"Hoi! Kau ni dah kenapa?! Dia ni tunang orang, hormatlah sikit"kata lisa marah.
"Kau ingat apa aku cakap. Aku tak akan lepaskan kau"kata zack dan terus berlalu dari situ.
Aku memeluk tubuh lisa. Mataku sudah mula berkaca. Aku takut. Serius aku takut dengan lelaki psycho macam tu. Lisa menghantarku pulang.
***********
Petangnya di kolej...Ridzwan sedang melakukan amali pendawaian elektronik. Sedang, dia melakukan kerja, rakannya mula menyergah apabila melihat ridzwan terlampau khusyuk melakukan kerja.
"Woi!"sergah yazid.
"Ish kau ni. Aku patri mulut kau ni kang baru tahu"kata ridz sambil mengacukan pematri ke arah wajah yazid. Yazid berganjak sedikit ke belakang.
"Relaxlah ridz, aku saja nak kacau kau. Aku tengok kau khusyuk sangat. Itu yang aku sergah tu"yazid tersengih macam kerang busuk.
"Yang kau tersengih tu kenapa? Pergilah sambung buat kerja kau."kata Ridz.
"Oi! Yazid. Meh sini kau. Apa punya kerja kau ni. Wayar kau sambung ni tak boleh nak on"kata Zaim.
Yazid kembali ke tempatnya untuk memeriksa. Dia ni pantang kalau orang komplen kerjanya tak betul. Yazid memerhati satu persatu wayar yang di sambung. Lalu matanya beralih ke arah bateri.
"Oi! Kau yang cabut bateri aku kan. Setanlah kau ni!"kata yazid. Zaim tersenyum sambil mengangkat dua jari seperti peace dengan senyuman.
"Jaga kau. Zaim!!"kata yazid mengejar Zaim. Yang lain hanya ketawa melihat gelagat dua orang itu.
Salah seorang pelajar lelaki datang menghampiri meja Ridz lalu berbisik sesuatu. Ridz terkedu. Pematri yang berada di tangannya tadi di letak ke pemengang. Dia mengorak langkah keluar dari bengkel itu. Rakannya yang lain apa lagi turut sama keluar mengikuti jejak Ridz. Langkahnya di atur ke kelas zack.
YOU ARE READING
Єи. Ѕυαмι 18 Тαнυи [✔️]
Romance{𝓕𝓲𝓻𝓼𝓽 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂} Elly seorang gadis yang berumur 20 tahun terpaksa mencari calon suami sebelum abangnya berangkat ke australia. Di sebabkan tempuh untuk mencari calon yang diberikan oleh abinya telah tamat. Dia terpaksa berkahwin dengan pili...