Bab 11

14.2K 593 16
                                    

Hari minggu pun tiba. Sudah beberapa hari aku terperap di rumah. Bosan tu, tak usah cakaplah. Aku melangkah keluar dari bilik lalu bergerak ke halaman belakang. Tuala yang tersangkut di bahu di letakkan di atas kerusi malas yang berada di tepi kolam. Baju tshirt di buka dan tinggal singlet sahaja yang tersarung di tubuhnya dan berseluar tight pendek. Aku berdiri di sisi kolam dan terus terjun ke dalam kolam.

Mungkin berenang mampu menghilangkan bosan ku. Aku berenang dari hujung kolam ke hujung lagi satu. Sesudah penat, aku mengapungkan diri di tengah-tengah kolam.

"Bosan ke?"tegur seseorang.

Aku memandang empunya suara pantas aku menenggelamkan sedikit badan ku dan tangan ku di silang ke bahu.

"Macam mana kau boleh masuk? Kenapa kau ada dekat sini?"soal ku.

"Abang Ery bagi aku masuk. Salah ke aku nak jenguk tunang aku?"kata Ridz.

"Kau datang sini kenapa?"tanya aku lagi yang masih berada di dalam kolam.

"Aku nak ajak kau keluarlah. Abang Ery cakap kau selalu merengek bosan duduk rumah"kata Ridz tangannya di masukkan ke dalam poket seluar.

Aku menayangkan muka cemberut. Marah dengan abang ku. Perlu ke sampai bagitahu budak ni.

"Kau nak ikut tak ni?".

"Nak-nak. Kejap"pantas aku berenang ke tangga kolam.

"Aku tunggu dekat dalam"Ridz berlalu masuk. Tak elok tengok anak dara begitu.

Aku mencapai tuala lalu membungkus badan aku yang basah kuyup. Baju tshirt di capai dan kaki melangkah masuk ke dalam rumah menuju ke bilik untuk bersiap.

Tidak lama kemudian, aku turun ke ruang tamu. Ridz yang tadinya khusyuk bermain telefon mengangkat wajahnya memandang aku tidak berkelip.

"Amboi Ridz sampai macam tu sekali kau tengok si Elly tu. Sabar ya. Minggu depan dah. Lepas tu kau boleh renung dia puas-puas"ujar Ery yang menghampiri Ridz di ruang tamu.

 Lepas tu kau boleh renung dia puas-puas"ujar Ery yang menghampiri Ridz di ruang tamu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ridz secara drastik mengalihkan pandangannya apabila di tegur oleh Ery.

"Adik pergi dulu"ujar aku menyalami tangan abang ku begitu juga dengan Ridz dan melangkah keluar.

Kunci kereta Ridz di tekan. Pintu di buka dan kami memasuki perut kereta. Ridz memandu keluar dari perkarangan rumah terus meluncur laju ke jalan raya. Elly memandang Ridz yang sedang memandu.

"Kau tak payahlah tenung aku macam tu. Aku tahu aku handsome"kata Ridz tersenyum nipis.

"Perasan"kata Elly lalu pandangannya di lemparkan ke luar tingkap. Ridz tersenyum puas.

Tidak lama kemudian, mereka tiba di satu tempat yang menjadi tempat Ridz dan kawan-kawannya setiap dua minggu sekali.

"Litar? Kita nak buat apa datang sini?"tanya Elly kebingungan.

Єи. Ѕυαмι 18 Тαнυи [✔️]Where stories live. Discover now